1.0] Surah Al-Ankabut ayat 22;
Seperti yang telah dikupas minggu lepas, dimana manusia tidak mungkin akan dapat melepaskan diri daripada berjumpa dengan Allah dan dipertanggungjawabkan amalan dan tiada selain Allah yang dapat menolong apatah lagi untuk menolak segala Keputusan dan Keadilan-Nya.
Kalau begitulah haqiqatnya, apa yang perlu dilakukan oleh hamba-Nya?.
Satu-satu-nya jalan atau syarat untuk melindungi diri dari azab Allah ialah dengan beriman kepada Allah, kembali bertaubat, meninggalkan kesalahan dan dosa yang telah dilakukan sebelum ini dan memohon ampun dan bertaubat kepada Allah dengan At-Taubatu Ilaihi.
2.0] Surah Al-Ankabut ayat 23;
3.0] Ayat ini ialah tentang orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, yang menafikan dalil-dalil bagi KeEsaan Allah yang telah Allah tunjukkan sekarang iaitu bumi, langit dan segala isinya, juga dalil-dalil yang Allah telah turunkan kepada Rasul-Nya, juga mereka menafikan Hari Kebangkitan.
4.0] Dalam ayat-ayat sebelum ini ada 3 usul yang telah dipelajari iaitu tentang;
i) At-Tauhid, contohnya ialah seperti tentang KeEsaan Allah dan dalil-dalil-Nya, tentang Nabi Ibrahim as dan kaumnya dan sebagainya.
ii) Ar-Risaalah, contohnya ialah tentang kebenaran adanya manusia yang dilantik menjadi rasul dengan bukti kebenaran, contohnya Nabi Ibrahim as sendiri.
iii) Al-Ba'ath, contohnya ialah tentang cerita Hari Kebangkitan.
Ketiga-tiga usul itu ditolak oleh orang-orang yang kufur, dimana orang-orang itu berputus-asa (يءسو) ya isu daripada Rahmat Allah dan mereka itu mendapat azab yang pedih.
5.0] Orang-orang ini tiada harapan untuk mendapat Rahmat Allah kerana mereka tidak takut akan azab Allah dan mereka tidak mengharap balasan dan bagi mereka disediakan azab yang menyakitkan di dunia dan di akhirat. Mereka adalah orang-orang kafir, penyembah-penyembah berhala. Walhal berhala-berhala itu tidak memberi manafaat atau pun tidak dapat menolak mudhorat sedikit pun.
6.0] Kalimah ayat Allah bermaksud bukti-bukti KeEsaan Allah dan ianya adalah samaada dalam bentuk;
i) Ayat kauniyah iaitu bukti daripada ciptaan Allah, bukti yang Allah ciptakan seperti bumi, langit dan segala isinya dan sebagainya,
ii) Ayat Quraniah iaitu wahyu, firman Allah yang diturunkan melalui utusan-utusan-Nya iaitu para nabi. Isi Al-Quran iaitu apa yang difirman Allah dalam Al-Quran mesti dapat dibuktikan dengan kebenaran apa yang Allah ciptakan. Begitu Allah firman begitulah yang Allah cipta.
7.0] Allah menceritakan tentang orang-orang yang telah berputus asa (yaisu) daripada rahmat Allah. Rahmat Allah dalam ayat ini bermaksud Syurga. Orang yang menafikan ayat-ayat Allah dan tidak percaya Hari Kiamat tiada harapan langsung untuk dapat masuk Syurga.
8.0] Banyak ayat-ayat Al-Quran yang menyatakan bahawa rahmat Allah itu Allah hadkan bagi orang beriman, Allah sediakan khas, tiada boleh berkongsi. Hanya untuk orang yang bertaqwa. Contohnya terdapat didalam surah Al-'A'raf ayat 156.
9.0] Rahmat didunia ini semua makhluk mendapatnya. Contohnya, segala kesenangan hidup, air , udara, matahari, makanan dan sebagainya. Tetapi rahmat yang sangat istimewa di Syurga, dikhaskan lillazi, ada lam ikhtisas, penekanan, untuk orang yang beriman, yang mengikuti sungguh-sungguh jalan yang diajar oleh seorang rasul yang ummi iaitu Nabi saw yang mereka dapati namanya disebut dalam kitab-kitab mereka Taurat dan Injil. Ciri-ciri Nabi ini ialah untuk menegakkan amal ma'ruf nahi mungkar, mengharamkan bagi mereka yang kotor atau busuk, untuk menghilangkan bebanan dan belenggu mereka.
10.0] Perbandingan penggunaan istilah dalam ayat-ayat Al-Quran yang membawa makna berbeza, iaitu diantara kalimah yaisu يءسو yang membawa makna ' قطعالاءمل, dengan qonato قنط
امر ممكن مع طول الاءنتظار
10.1] Perhatikan perbezaan;
i) Rujuk surah As-Syuura ayat 28 yang menggunakan kalimah qonatu قنط yang bermakna berputus asa.
Contoh disini ialah ketika berlaku kemarau panjang, seorang demi seorang manusia mati, begitu juga binatang dan pokok-pokok. Berbagai ikhtiar sudah dilakukan seperti solat hajat, solat mohon hujan istisqa'. Melakukan ikhtiar secara betul atau secara syirik, sehingga telah betul-betul berputus asa. Kemudian Allah menurunkan hujan. Itu rahmat-Nya. Semata-mata Rahmat dari Allah telah datang, setelah hampiri putus asa tetapi tetap berikhtiar dan masih terus mengharap pertolongan dari Allah, Qonato.
ii) Rujuk juga surah Al-Hijr ayat 55;
Ayat ini adalah tentang cerita Nabi Ibrahim as melayan tetamunya malaikat yang tidak menjamah hidangannya. Nabi Ibrahim as tidak marah atau kecewa kerana dia telah pun mendapat pahala dari niat dan perbuatan baiknya dan malaikat itu pula membawa khabar gembira yang dia akan mendapat anak. Walaupun Nabi Ibrahim as dan isterinya sudah sangat lanjut usia, tetapi malaikat menasihatinya supaya tidak putus-asa (la qonit) dari terus mengharap daripada Allah.
iii) Rujuk pula surah Az-Zumar ayat 53;
Allah masih panggil dengan nama yang baik kepada hamba-Nya yang melampaui batas dengan panggilan "Ya 'ibaadi", walaupun bagi yang menderhaka. Bandingkan dengan orang Islam yang sampai-hati membunuh sesama Muslim dan sanggup melakukan apa sahaja atas dasar berjihad hanya saja apabila pendapat tidak sealiran. Sepatutnya fahamilah Islam ini dengan lebih cerdas dari pelbagai aspek, barulah dapat punyai hati yang lebih baik.
11.0] لا تقنط jangan berputus asa dari rahmat Allah.
Apa rahmat Allah bagi yang banyak berdosa? Jangan berputus asa (قنط) untuk mencari keampunan Allah. Bertaubatlah jika ingin mendapat harapan pengampunan daripada Allah. Orang-orang kafir pula يءسو putus asa dan tidak perlu berharap kerana hanya sia-sia.
12.0] Bandingkan dengan ayat yang menggunakan kalimah يءسوyang juga membawa makna putus asa dalam ayat-ayat ini
i) Rujuk surah Al-Ankabut ayat 23 seperti yang sudah dijelaskan diatas.
ii) Rujuk surahYusuf ayat 87;
Ayat ini adalah nasihat Nabi Yaakub as (bapa kepada Nabi Yusuf as) kepada anak-anaknya. Nabi Yaakub as diuji Allah dengan ujian yang datang daripada anak-anaknya sendiri iaitu fitnah yang sangat ketara. Lantaran benci kepada Nabi Yusuf as, saudara-saudaranya mencampakkannya ke dalam perigi buta dan mereka yakin Nabi Yusuf as telah mati namun diselamatkan Allah.
Selepas 4 dekad, Negeri Nabi Yaakub as berlaku kelaparan dan mereka mendengar di Mesir negerinya makmur kerana diperintahkan oleh seorang 'alim (mengetahui), qowiy (kuat bekerja ) dan amin (boleh dipercayai) iaitulah Nabi Yusuf as.
Inilah sifat yang perlu ada pada setiap pekerja dari peringkat bawahan hingga atasan dan adalah perlu dilihat kriteria ini sebagai syarat untuk diambil seseorang bekerja, iaitu sifat 'alim, qowiy dan amin.
Dalam ayat ini digunakan ولا تايءسوا. dan jangan kamu berputus asa. Kenapa tidak gunakan kalimah لا تقنط? Kerana mereka merasa mustahil untuk menemui Nabi Yusuf as kembali.
iii) Rujuk juga surah At-Talaq ayat 4; surah At-Talaq dikenali juga sebagai surah An-Nisa sughra kerana surah ini banyak memberi hukum hakam bagi memberi pembelaan terhadap kaum hawa.
Surah At-Talaq ayat 4 yang bermaksud, "...Dan perempuan-perempuan dikalangan kamu yang putus asa daripada kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka), maka idahnya ialah tiga bulan, dan demikian juga idah perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah sehingga melahirkan anak yang dikandungnya. Dan (ingatlah) sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah memudahkan baginya segala urusan".
Surah At-Talaq ayat 4 yang bermaksud, "...Dan perempuan-perempuan dikalangan kamu yang putus asa daripada kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka), maka idahnya ialah tiga bulan, dan demikian juga idah perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah sehingga melahirkan anak yang dikandungnya. Dan (ingatlah) sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah memudahkan baginya segala urusan".
13.0] Surah At-Talaq ayat 4 ini adalah tentang perceraian yang ada beberapa kategori iaitu;
i) dicerai sebelum dicampuri
ii) dicerai ketika masih haid
iii) dicerai ketika tiada haid atau tidak pernah kedatangan haid
Iv) bercerai kematian suami
14.0] Allah kata, la qonit, jangan putus asa untuk mendapat keampunan Allah walau pun dosa banyak dan masa suntuk. Contohnya untuk Nabi Ibrahim as dikatakan jangan berputus asa untuk mendapatkan anak (zuriat), walaupun kamu mengaku sudah tua dan isteri kamu mengaku عجوز عقيم tua dan mandul kerana kuasa Allah mengatasi sesuatu. Sebenarnya, dari percakapan seseorang, dapat diungkap status psikologinya.
Allah ulang-ulang kalimah JANGAN PUTUS ASA لا تقنط terhadap perkara yang ممكن' yang ada kemungkinan boleh terjadi. Walau pun tidak mudah atau terpaksa menunggu lama tetapi jangan putus asa, jangan putus harap.
15.0] Sementara ال يءسو al -ya'su ialah قطع ا لاء مل
putus harapan langsung bagi benda yang mustahil akan dapat berlaku.
Contohnya,
i) Orang kafir yang tidak percaya tauhid, hari kebangkitan atau adanya rasul, adalah mustahil untuk dapat masuk ke syurga jika mati dalam keadaan ini.
ii) Dalam kepala anak-anak Nabi Yaakub as, adalah mustahil untuk dapat mencari kembali Nabi Yusuf, sebab itu dalam ayat itu digunakan la yai asi.
iii) Dalam surah At-Taalaq ayat 4 pula, perempuan yang telah putus haid, tidak perlu berharap lagi untuk datang haid ya isna minal mahid.
Bahasa Alquran adalah terlalu indah.
Bahasa Alquran adalah terlalu indah.
16.0] Rujuk surah Az-Zaariyat ayat 29 iaitu ayat tentang Nabi Ibrahim as dan isterinya yang sudah tidak mengharapkan untuk mendapat anak iaitu sudah putus harapan, tetapi mungkin dapat berlaku dan Allah kata jangan berputus asa.
17.0] Rujuk surah Surah Maryam ayat 5 iaitu tentang Nabi Zakaria as dan pasangannya yang juga sudah tidak muda, sangat memerlukan penggantinya iaitu mahukan seorang anak, walhal, dalam ayat 4, Nabi Zakaria juga telah mengaku tua dan isterinya pula عا قرا mandul yang tidak mungkin mengandung. Berbeza dengan عا قم mandul yang susah untuk mengandung tetapi ada kemungkinan dapat mengandung seperti isteri Nabi Yaakub. Isteri Nabi zakaria yang 'aaqir perlu di repair atau dibaiki dahulu seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Anbiya ayat 90. "واء صلحنا dan Kami betulkan, baiki isterinya". Jangan hanya dengan lambatnya Allah tunaikan atau makbulkan doa, sudah putus asa kerana ini menjadi kesalahan besar, sebaliknya teruslah berharap hanya kepada Allah.
18.0] Bezakan qunut قنت (kepatuhan), doa qunut dalam solat iaitu doa kepatuhan. Manakala yang kita bincangkan diatas ialah 'قنط'(putus asa). Orang Islam yang tahu agama, faham Al-Quran terutama dalam segi bahasanya, tidak akan ada ruang untuk putus asa kalau pun tidak ada harapan disini pasti Allah akan bagi disana, di Syurga Allah.
19.0] Kalimah لا تقنط dan لا تيءسو, kedua-duanya bermaksud jangan berputus asa tetapi dalam konteks berbeza dan tidak ditemui bahasa yang tepat dalam Bahasa Melayu.
No comments:
Post a Comment