1.0] Terakhir yang kita telah pelajari ialah tentang surah Al-Ankabut ayat 43. Ayat yang menyatakan bahawasanya hanya mereka yang alim sahaja yang dapat menggunakan nikmat akalnya untuk memahami dan mendapat manafaat daripada perumpamaan-perumpamaan yang Allah berikan di dalam Al-Quran. Ini kerana tiada makhluk yang diciptakan oleh Allah tanpa tujuan, walaupun pada pandangan kita makhluk tersebut kecil, hina bahkan kita fikir tidak sepatutnya ada kerana kita tidak tahu untuk apa tujuannya, seperti nyamuk, kuman dan lain-lain tetapi sebetulnya semua itu ada ibroh (pengajaran), ada aayah (tanda) yang hanya bagi orang yang menggunakan nikmah akalnya sahaja yang dapat fahami dan menggunakan manafaat dan faedah dari ayat-ayat tersebut.
2.0] Malangnya kebanyakan mereka yang bukan Mukmin, orang-orang yang selain Muslim yang bersungguh-sungguh mempelajari ayat-ayat kauniyah itu, mereka mengkajinya, Ittasyafaha, bersungguh mengungkap, menjelaskan rahsia disebaliknya sehingga ada daripada mereka yang asalnya tidak beriman kepada Allah boleh jadi beriman. Walaupun tidak sedikit juga yang terus menerus dalam kekufuran setelah mereka memahami apa yang mereka kaji itu. Itu urusan mereka dengan Allah, tidak menjadi masalah kita. Ayat kauniyah, Allah serahkan kepada semua hamba-Nya untuk dikaji, tidak kira Mukmin atau Kafir sesuai dengan kebolehan masing-masing kerana ayat-ayat kauniyah itu ada ibroh (pengajaran) dan aayah (bukti, tanda) yang menunjukkan Kebesaran Pencipta-Nya.
3.0 Kita tidak mungkin mengetahui atau dapat mengenal Allah melalui Zat-Nya kerana Dia Maha Ghaib, lantaran itu kita mengenal Allah melalui kesan sifat-sifat-Nya yang Dia tunjukkan melalui segala ciptaan-Nya. Apabila kita ingin mengenali Allah Maha Bijaksana, bagaimana caranya? Kita perlulah mengkaji kesan-kesan Kebijaksanaan Allah pada ciptaan-Nya. Begitu juga kita tidak mungkin mengetahui sikap Latif (lemah lembut) Allah kecuali mengkaji kesan sikap Latif Allah melalui ciptaan-Nya. Itulah yang Allah kata melalui perumpamaan-Nya yang tiada dapat memanafaatkannya melainkan orang yang alim yang gunakan nikmat akalnya.
4.0] Daripada Ibnu Kathir dalam tafsirnya tentang surah Al-Ankabut ayat 43 ini di dalam Al-Quran Al-'Azim, "Berkatalah sebahagian ulama salaf, "Apabila aku mendengar perumpamaan di dalam Al-Quran, falam afhamhu, bakaitu 'ala nafsih (maka aku tidak dapat fahami, aku tangisi diriku), atau aku tertawakan diriku, merasa sangat kecewa, menyesal dan merasa sangat rugi kerana jika tidak dapat faham bermakna diriku bodoh dan tidak dapat memanafaatkan nikmat akalku". Kalau orang tuduh kita bodoh, kita akan marah, ini kita sendiri yang sedar kebodohan diri. Ramai salafussoleh yang mencapai perasaan seperti itu. Itu orang-orang hebat dahulu, berbanding kita yang tidak menangis, kerana apa? Wallahu 'a'lam. Subhanallah.
5.0] Ayat-ayat yang ada perkataan mathal (perumpamaan) hendaklah diperhati benar-benar dan perlu ada sedikit sebanyak penguasaan ilmu balaghah untuk memahaminya.
6.0] Surah Al-Ankabut ayat 44 dan 45;
Ada 3 perkara penting di dalam ayat 44 dan 45 di atas iaitu tentang faedah penciptaan beberapa langit dan bumi dikaitkan dengan membaca Al-Quran dan mendirikan solat. Apa hubungan ketiga-tiga-nya ini? Di dalam ayat 44, diceritakan bahawa Allah menciptakan langit-langit dan bumi dengan hak (bil haqqi). Maknanya penciptaan yang bukan dengan sia-sia tetapi mengandungi hikmah. Itu sebagai perintah pertama dari Allah supaya memerhati penciptaan langit dan bumi dan lagi dikuatkan dengan adanya kalimah inna (sungguh) dan la' dalam ayat tersebut. Sungguh ada aayatan (tanda) kekuasaan dan kebesaran Allah lil mu'minin (bagi orang-orang mukmin).
7.0] Peliknya ayat seterusnya, iaitu ayat 45 pula sebagai perintah kedua iaitu, "Bacalah wahai Muhammad apa-apa yang telah diwahyukan kepadamu iaitu Al-Quran dan dirikanlah solat", (sebagai perintah ketiga). Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) itu adalah lebih besar keutamaannya dari ibadah lain. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
8.0] Sebelum diteruskan perbincangan, ada suatu riwayat untuk kita fahami tanasuk (keserasian hubungan) antara ayat penciptaan langit dan bumi dengan bacaan Al-Quran dan solat. Riwayat ini ialah daripada Saidatina Aisyah Ummul Mukminin r.anha, dirawikan oleh Imam Ibnu Hibban. Saidatina Aisyah r.anha bercerita bahawa, "Pernah pada suatu malam, ketika Nabi saw tidur di rumahku, ketika giliranku, ketika badanku telah menyentuh badan Nabi saw, tiba-tiba Nabi saw berkata, "Ya Aisyah, bolehkah engkau izinkan aku untuk menyembah Allah?" Aisyah merasa kagum. Nabi benar-benar mengakui hak seorang isteri. Lantas jawab Aisyah, "Ya Rasulullah, demi Allah, sesungguhnya aku suka kedekatan aku dengan mu seperti sekarang ini, walau bagaimana pun aku pun suka apa yang menyebabkan engkau suka". Jawapan yang diplomatik spontan bagi orang yang cerdas dan tinggi iman. Bayangkan seorang Nabi meminta izin daripada isterinya, dan bayangkan apa jawapan yang diberikan oleh kita sebagai seorang isteri kepada permintaan seorang suami sekarang. Ada pendapat yang mengatakan bahawa kalau ingin tahu samada seseorang itu pandai atau tidak, tengok semasa dia bertanya bukan semasa dia menjawab. Jika semasa menjawab pun sudah nampak kepintarannya ternyatalah pandainya.
[Nota; bagi kita orang awam adalah tidak boleh untuk kita mendedahkan suasana suami-isteri kepada umum kerana menjadi sebagai umpatan, tetapi tidak bagi kehidupan Nabi saw yang mana semua keadaannya jadi sebagai teladan].
9.0] Nabi saw pun fahamlah maksud Saidatina Aisyah. Nabi saw bangun, berwudhu' dan kemudian solat. Saidatina Aisyah pula tidak tidur dan dia melihat Nabi saw menangis bersangatan terus menerus dalam solatnya. sehingga janggutnya basah dengan airmata, begitu juga pangkuan dan tempat sujud Nabi saw basah akibat tangisannya sehinggalah ke waktu subuh. Biasanya Nabi saw akan solat sunat fajar di rumahnya kemudian keluar solat subuh berjemaah di masjid tetapi tidak pula pada hari itu. Akhirnya Bilal pun masuk memberitahu Nabi saw untuk solat subuh berjemaah bersama. Apabila Bilal melihat Nabi saw menangis, Bilal berkata, "Ya Rasulullah, kau menangis, sedangkan Allah telah mengampunkan dosamu jika ada, padahal engkau tiada pun berdosa". Nabi saw menjawab,"Bukankah aku tidak/belum menjadi hamba Allah yang bersyukur. Aku menangis kerana malam tadi turun kepadaku ayat dari surah Aa-Li Imran ayat 190 dan 191".
Daripada Aisyah r.anha, komentar Nabi saw tentang ayat diatas ialah, "Kecelakaan (wailun) bagi sesiapa yang membacanya dan tidak berfikir tentang isi kandungannya". Wailun iaitu kecelakaan atau kebinasaan yang menimpa seseorang akibat perbuatan diri sendiri. Contohnya, seorang budak A yang pandu motor dengan laju tanpa pakai topi keledar, brek motornya pula rosak dan dia memegang handle motornya dengan kaki, yang kemudiannya melanggar tiang elektrik dan patah kedua kakinya, itulah wailun atau kecelakaan. Berbanding pula dengan budak B yang pandu motor dengan berdisiplin, pakai topi keledar, berhenti di simpang empat ketika lampu isyarat merah, yang tiba-tiba dilanggar oleh sebuah kereta yang terbabas dan patahlah kedua kakinya. Keadaan itu bukan wailun, bukan kecelakaan.
10.0] Ayat yang Nabi saw terima diatas ialah ayat yang menceritakan tentang langit dan bumi dan Allah beritahu ciri-ciri Ulul Al-Bab. Orang yang digolongkan sebagai Ulul Al-Bab mempunyai 2 sifat yang diintegrasikan, yang bersatu di dalam dirinya, iaitu;
i) Tazakkur- menggunakan akal, kecerdasan spiritual.
ii) Tafakkur- menggunakan otak, kecerdasan intelektual.
11.0] Allah menyuruh kita fikirkan ayat itu, dan Nabi saw pula memberi komentar bahawa celakalah orang yang membacanya dan dia tidak memikirkan apa yang ada di dalam isi kandungan ayat itu. Apa hubungan penciptaan langit dan bumi dengan membaca Al-Quran dan kemudian mesti tafakkur tentang isinya? Jika tidak berbuat demikian, diancam dengan celaka (wailun).
[Nota; Janganlah pula jadi loyar buruk, iaitu tidak mahu celaka lantas terus tidak mahu membaca Al-Quran kerana jika tidak mahu membaca Al-Quran maka akan mendapat kecelakaan berganda.]
12.0] Ayat-ayat seperti ini banyak yang kita terlepas pandang dan adalah susah untuk diimplimentasikan dalam kehidupan sekarang. Sebaiknya dalam tazkirah atau khutbah solat Jumaat perlulah sesekali diisi dengan ilmu-ilmu baharu yang menggalakkan jemaah tazakkur dan tafakkur. Bukan berada ditakok lama dengan isi khutbah yang dapat dijangka dan berulang- ulang sehingga jemaah tidak termotivasi dan lemah mengantuk.
13.0] Apa komentar Nabi saw terhadap surah Al-Ikhlash? Sabda Nabi saw, "Siapa yang membaca-nya sekali seolah membaca 1/3 Al-Quran, membacanya dua kali seperti membaca 2/3 Al-Quran dan membaca -nya tiga kali seperti membaca sepenuhnya Al-Quran". Komentar Nabi saw tentang surah Aa-Li Imran ayat 191 ini lebih-lebih lagi keras amaran-nya, dan kita mestilah ada usaha, mestilah ada keberanian untuk memberi penjelasan kepada umat manusia tentang ayat ini, tentang hubungan penciptaan langit dan bumi dengan perbuatan membaca Al-Quran dan solat. Ayat kauniyah-nya ialah tentang penciptaan langit dan bumi manakala ayat qauliyah pula ialah perbuatan membaca Al-Quran dan bersolat.
14.0] Setakat ini sudah menjadi lumrah masyarakat membaca surah Yasin untuk pelbagai keperluan dan situasi seperti dibaca di majlis pindah rumah atau sebelum musafir dan sebagainya.Tidak dinafikan bahawa itu adalah suatu amalan baik tetapi jika tujuannya semata-mata sebagai amalan ritual, untuk mendapat pahala, untuk menghalau iblis syaitan, alangkah lebih cantiknya, lebih indahnya, lebih baiknya dan lebih bermaknanya jika isi kandungan surah Yasin itu difahami dan ditafakkurkan. Apabila isi kandungan surah Yasin itu diteliti ternyata ceritanya lebih banyak tentang ayat-ayat kauniyah yang memerlukan tazakkur tafakkur dan tidak ada kena mengena dengan situasi pindah rumah dan sebagainya.
15.0] Kembali kepada surah Al-Ankabut ayat 190 dan 191 diatas yang tiada kena mengena langsung dengan azab atau siksaan atau neraka, tetapi kenapa Nabi saw telah bersangatan menangis? Kerana apa? Jawapannya ialah kerana Allah telah berfirman bahawa penciptaan langit dan bumi adalah tanda yang paling besar tentang Kebesaran Allah bagi Ulul Al-Bab memerhati dan memikirkan. Apabila kita merasa Kebesaran Allah, secara otomatik kita akan merasa betapa kerdilnya kita, betapa hinanya kita, betapa lemahnya kita berbanding Allah Pencipta kita, Allahu Akbar, Allah Maha Besar.
16.0] Bayangkan jika kita terperangkap dihadapan seekor harimau lapar yang besar, betul-betul berdepan dengan kita, matanya tepat merenung kita yang kecil, tiada kemungkinan untuk lepas lari, apa perasaan kita ketika itu? Masihkah boleh bergembira mengambil gambar atau berleka-leka? Tentu sekali kita merasa tersangat takut, terlalu lemah dan kecil. Dari mana perasaan takut, lemah dan kecil itu timbul?
17.0] Bayangkan jika kita dapat merasakan Kekuatan, Kekuasaan dan Kebesaran Allah, Perasaan lahawlawala quwwata illa billah (tiada daya upaya diri kecuali daya upaya Allah) itu dapat kita rasakan sedalam-dalamnya. Dengan memahami ayat-ayat kauniyah, memerhati, mengkaji ayat-ayat kholkussamaa waatiwal ardh (tanda-tanda penciptaan langit dan bumi), mendapat amaran ancaman kecelakaan daripada Nabi saw, maka diharapkan dapat memberi kesan kepada hati tentang Kebesaran Allah dan kelemahan diri kita sendiri. Ini kesan atau akibat dari memahami ayat Al-Quran yang kita baca, iaitu tanpa kita paksa, tanpa kita sengaja, akan kita rasa hakikat Kebesaran Allah dan kelemahan diri. Ayat-ayat خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْاَرْضُ (penciptaan langit dan bumi) ialah ayat حَقِيقَةُ التَّكْبِيْرُ (hakikat membesarkan Allah).حَقِيقَةُ التَّكْبِيْرُ-ialah gabungan اِنْقِطَاعُ الرَّجَاءِ اِلَى غَيْرِاللهِ+ شِدَّةُ الاِفْتِقَارِ+اِظْهَارُ الضُّعْفِ
iaitu Hakikat Membesarkan Allah ialah dengan menzahirkan kelemahan diri, sangat-sangat berhajat kepada Allah dan putus harapan kepada selain Allah.
18.0] Izhaarud Dhu'fi yang bermaksud menzahirkan kelemahan diri sehingga kita faham makna sebenar dan sedalam-dalamnya kalimah Laa hawlawala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan kekuatan diri melainkan daya upaya Kekuatan Allah). Apabila tercapai tahap ini, takabbur tidak ada, riak jauh sekali, hilang ujub diri. Izhaarud dhu'fi ialah satu bentuk Tawadduk yang akan menzahirkan Haqiiqatul Takbir (Hakikat membesarkan Allah). Allahu Akbar, Allah Maha Besar.
19.0] "Allahu Akbar, Allah Maha Besar", adalah kalimah takbir, kita sedang membesarkan Allah. Pertanyaannya;
i) Adakah Allah jadi besar kerana kita membesarkan Allah?.
ii) Adakah Allah jadi besar jika semua orang bertakbir Allahu Akbar?
iii) Adakah Allah jadi tidak besar jika tiada orang yang ucapkan Allahu Akbar?.
iv) Adakah Allahu Akbar kita (takbir kita) itu memberi kesan kepada Kebesaran Allah?.
Jawapannya, Tidak, tidak ada kesan, kerana Allah Ghaniyyun (Maha Kaya), Allah sudah Besar walaupun kita tidak membesarkannya. Haqiiqatul Takbir ialah untuk menghancurkan Takabbur diri. Dengan berjayanya kita hancurkan Takabbur diri, kemuncaknya nanti ialah Izhaarud Dhu'fi yang dizahirkan dalam tingkah-laku, ucapan, tindakan dan dalam serba serbi aspek kehidupan seseorang itu. Terpancar rasa kelemahan diri sehingga di dalam apa-apa perlakuannya dimulai dengan kalimah-kalimah seperti Bismillah, Insyaa Allah, Masyaa Allah, Subhanallah, La hawlawala quwwata illa billah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.
20.0] Izhaarud Dhu'fi seseorang membuatnya merasa tidak ada apa-apa kelebihan diri, tidak punya apa-apa;
i) Apabila dipuji, jawapannya,"Saya tidak berhak dipuji".
ii) "Saya akan lakukan besok", disambung "Insyaa Allah".
iii) "Berjaya kamu?", dijawab "Maa syaa Allah, la hawla wala quwwata illa billah".
iv] "Kau fikir aku pandai? Aku tidak berhak dipuji, jangankan berjaya untuk mendapat apa-apa, untuk mengedipkan mata pun aku tidak berdaya".
Saat itu, Takabbur tidak ada, riak tidak ada, ujub tidak ada, yang ada hanyalah rasa lemahnya diri dan BesarNya Allah.
21.0] Tidak ada maknanya jika lidah mengatakan Allahu Akbar, Allah Maha besar tetapi pada masa yang sama hati diri masih merasa diri besar. Jika lidah mengungkap "Allahu Akbar", hati berkata "Ana akbar", tanda belum mencapai Haqiiqatul Takbir dan Izhaarud Dhu'fi. Apabila keduanya dapat dicapai, yang ada hanyalah perasaan betul-betul berserah kepada Allah, tidak pernah merasa dirinya berupaya, tidak berani untuk mempastikan boleh buat sesuatu tanpa izin Allah, tidak merasa miliki apa-apa, semua milik Allah. Semua yang ditangannya adalah kepunyaan Allah.
22.0] Izhaarud Dhu'fi seseorang akan menghadirkan Syiddatul Iftiqaar (bersangatan berhajat kepada Allah). Diri ini amat memerlukan semua bantuan Allah. Bekerja, memimpin, duduk, bangun, makan, minum, semuanya perlu kepada bantuan Allah. Rasa berhajat kepada Allah sangat-sangat kuat.
23.0] Untuk dapat rasakan bagaimana perasaan Syiddatul Iftiqaar dari segi praktikalnya, terdapat contohnya di dalam Al-Quran. Cubalah sewa sebuah sampan nelayan, kemudian pergilah ke Laut Cina Selatan diMusim Tengkujuh seorang diri. Ribut taufan, laut bergelora, dayung patah, sampan akan pecah, tiada insan dapat menolong, tiada tempat bergantung, diri sendiri belum bersedia untuk mati. Saat itu diri merasa sangat lemah tiada berdaya walaupun andainya diri itu pemegang rekod renang Olimpik. Izhaarud Dhu'fi dan Syiddatul Iftiqaar sangat kuat, sangat berhajat diri kepada Allah. Ingin harapkan kepada siapa lagi? Berharap kepada sampan? Sampan akan pecah, berharap kepada keris yang dibawa? Keris sudah terjatuh kedalam lautan. Berharap kepada siapa?.
24.0] Kalau di daratan, apabila sakit boleh dipanggil doktor, apabila lapar boleh minta makan, jika terjatuh boleh minta tolong orang yang lalu-lalang, berbeza sangat dengan keadaan sampan karam di lautan. Perasaan yang sangat kuat hanya kepada Allah. Segala harapannya tertumpu semata-mata kepada Allah. Itulah Haqiiqatul Takbir. Merasa Kekuasaan Allah. Takbir begitulah yang Allah inginkan daripada kita.
25.0] Oleh itu bacalah ayat-ayat Kauniyah di dalam Al-Quran untuk merasakan Kebesaran Allah melalui ayat-ayat (tanda-tanda) ciptaanNya. Tujuannya supaya tanpa kita sedari, segala Takabbur diri, rasa kekuasaan diri, rasa kekuatan diri semakin lebur, runtuh sedikit demi sedikit.
26.0] Kekuasaan Allah itu kita tidak dapat melihatNya sendiri, Zat Allah itu Ghaib.Tetapi melalui alam ciptaanNya pada sekelian makhlukNya, segala sifatNya terserlah. Mungkin ketika mendaki Kemuncak Everest, seorangan, merasa diri kecil, kerdil, hati tersentuh, menangis merasakan Takbir (Kebesaran Allah). Jika kita tidak tafakkur, kita tidak dapat merasa apa-apa. Ayat yang dahsyat sekali pun tidak dapat memberi banyak manafaat kepada kita.
27.0] Seronok juga kita apabila Nabi saw memberi Tamsyil bahawa satu huruf Al-Quran yang dibaca akan mendapat 10 kebaikan, tetapi untuk mendapat sedikit pertanggung-jawaban, elok tengok kembali sababul wurud hadith tersebut. Sahabat-sahabat Nabi saw semuanya faham Al-Quran. Sayangnya tidak semua yang rajin untuk membaca Al-Quran. Apabila mereka membaca Al-Quran pasti hati mereka tersentuh, maka hadith itu adalah sebagai motivasi kepada para sahabat Nabi saw. Hakikatnya, maksudnya, ialah kepada sahabat Nabi saw, tetapi bagi kita yang membaca Al-Quran tetapi tidak faham apa-apa, bagaimana pula ganjarannya?.
28.0] Ayat Kauniyah tentang penciptaan langit dan bumi diceritakan di dalam Ayat Qauliyah iaitu ayat atau firman Allah di dalam Al-Quran. Kita boleh baca isinya di dalam Al-Quran. Tujuannya ialah untuk mendapat Haqiqatul Takbir iaitu akan ternampak, terserlah secara otomatik, tidak dibuat-buat, tidak disengajakan Syiddatul Iftiqar (bersangatan berhajat) kepada Allah, kerana sudah merasa Inqitoo 'urrajaa' ila ghairillah (putus harapan kepada selain Allah).
29.0] Anda boleh bayangkan ketika kita sudah ada perasaan Haqiiqatul Takbiir (hakikat Kebesaran Allah) dan hati dipenuhi dengan Syiddatul Iftiqar (bersangatan berharap kepada Allah) dan Inqitoo 'urrajaa' ila ghairillah (putus harapan kepada selain Allah). Bayangkan ketika kita sudah merasa kita seorang diri berdiri dihadapan Allah, bagaimana agaknya solat kita? Mesti lain perasaan kita, mesti berbeza. Kalaulah ketika itu diletakkan peralatan untuk mengkaji hati, perasaan dan jiwa kita, bagaimana catatan gelombang yang dirakam agaknya? Kita sebenarnya sedang menunggu kajian yang sedang dilakukan dan agak memakan masa sebelum hasilnya dapat diterbitkan untuk panduan umum tentang keadaan orang yang solat dengan khusyuk berbanding orang yang tidak khusyuk, orang yang membaca Al-Quran dengan khusyuk berbanding orang yang tidak khusyuk. Auranya berbeza, nurnya berbeza. Kajian seumpamanya pernah dibuat oleh saintis jepun yang mengkaji tentang perubahan molekul air yang dibacakan ayat-ayat suci berbanding air yang dimaki-maki dengan kata-kata kejian.
30.0] Jangan-jangan keadaan sel dalam tubuh orang yang sedang khusyuk sangat berbeza daripada keadaan sel dalam tubuh orang yang sedang marah atau mengamuk. Kita ini hanya terdiri daripada timbunan sel. Di dalam Al-Quran ada diberitahu bahawa orang yang terkesan dengan bacaan Al-Quran, kulitnya menjadi lembut, berdiri bulu romanya, hatinya menjadi lembut. Pastilah memberi kesan kepada setiap sel tubuh;
i) Apa kesan bacaan Al-Quran dan solat yang khusyuk kepada sel di dalam tubuh?
ii) Apa kesan marah kepada sel di dalam tubuh?
Katakanlah tajuk-tajuk seperti itu yang dikemukakan di dalam khutbah Jumaat, pastinya jemaah tidak mengantuk dan sangat bermanafaat.
31.0] Di dalam surah Al-Ankabut ayat 44 ini, Kholaqallahus samaawaati wal ardha bil haq, (Allah telah menciptakan langit dan bumi dengan hak, dengan sebenarnya), secara hikmah, bukan sia-sia. Tujuan Allah ciptakan ialah untuk berikan kebaikan, untuk kepentingan makhlukNya. Allah Ghaniyyun 'alal 'aalamin, semuanya hanya untuk kepentingan hambaNya dan manafaat dalam penciptaan langit dan bumi, siang dan malam, bergelora lautan, bulan, bintang, api, makanan, burung dan sebagainya, semua itu Allah menciptanya Bil Haq, dengan ada tujuan.
32.0] Aghraadh ul khalqi (tujuan penciptaan) terbahagi kepada 2 iaitu Gharadhun 'Aqiidiyyah (tujuan akidah) dan Gharadhun Maadiyyah (tujuan duniawi). Penciptaan Bil Haq tiada yang sia-sia, walaupun penciptaan seekor nyamuk atau lalat, atau pisang berbuah dua kali, atau mungkin ayam beranakan kambing;
i) Penciptaan untuk tujuan akidah atau tauhid ('Aqiidiyyah)- supaya dengan mengkaji apa yang Allah ciptakan itu akidah kita semakin kuat meningkat kepada Allah, sepertimana di dalam surah Aa-Li Imran ayat 191 diatas.Yang ragu jadi nyata, yang yakin bertambah yakin. Lantaran itu tidak boleh diabaikan begitu sahaja segala ciptaan Allah.
ii) Penciptaan untuk tujuan duniawi (Maadiyyah)- supaya dengan mengkaji apa yang Allah ciptakan itu, kita akan mendapat banyak manafaat, kepentingan kebendaan kita di dunia ini. Contohnya kajian keatas air hujan, buah-buahan dan sebagainya yang dapat di ambil banyak manafaat untuk kegunaan kehidupan di dunia ini. Contoh lain seperti kejadian seekor kambing, yang dagingnya boleh dimakan, bulunya boleh dijadikan baju, kulitnya boleh dibuat beg dan sebagainya.
33.0] Walaupun tujuan penciptaan makhluk ada 2, tetapi cara kita mengambilnya mestilah dari yang pertama dahulu baru yang kedua. Contohnya lihat surah Al-Waqiah ayat 68, 69 dan 70,iaitu tentang air.
Setiap kali kita ingin meminum air, tidak sepatutnya kita terus minum, sebaliknya ingat kembali ayat 68, 69,dan 70 ini dimana Allah menyuruh kita menjawab dahulu, dan untuk dapat menjawab kita perlu belajar dahulu segala sesuatu tentang air, tentang kejadian hujan, dan kita hanya mampu berkata Subhanallah. Teruskan dengan ayat seterusnya, iaitu "Sekiranya Kami mahu, nescaya Kami jadikannya masin, mengapa kamu tidak bersyukur?" Lantaran sifat Allah Yang Maha Pengasih Penyayang, air itu menjadi tawar sehingga sesuai untuk kita minum. Apabila kamu nikmati air itu, mengapa kamu tidak bersyukur?' Oleh itu setiap kali ingin meneguk minuman atau air, kita perlulah berfikir sejenak tentang nikmat Allah ini, mudah-mudahan dengan cara begitu iman kita akan bertambah dan kita semakin bersyukur.
34.0] Contoh lain ialah ketika kita memetik buahan seperti betik atau mangga dan sebagainya. Seharusnya kita berhenti sejenak merenung sekejap pertanyaan Allah di dalam surah Al-Waqiah ayat 63 hingga 67.
Allah tanya kita tentang hasil tanaman itu dan
kita seharusnya menjawab dahulu soalan daripada Allah sebelum memakannya dan menjadi semakin bertambahnya iman. Manis atau
masam hasil tanaman itu kita tidak boleh mencelanya, kerana kedua-duanya adalah tanda Kebesaran dan Kekuasaan Allah. Hanya
Allah yang mampu menciptanya, samada manis atau masam atau busuk sekali pun. Mana yang lebih susah bagi Allah untuk mencipta
mangga manis atau mangga masam atau mangga busuk? Mana yang lebih menunjukkan Kekuasaan Allah? Semuanya adalah sama,
kesemuanya adalah dengan Kekuasaan Allah. Kita wajib melihat bahawa semuanya adalah sama, kita tidak patut mencelanya, tidak
patut mencela apa saja yang Allah telah Ciptakan, apa saja yang Allah telah jadikan. Oleh itu kita tidak boleh guna kalimah
'sepatutnya'. Kita tidak boleh komplain, "Nama saja mangga Harum Manis, sepatutnya manis, elok, tetapi ini masam, busuk, baik
tebang saja pokoknya". Kita tidak boleh ada kalimah 'patut mematut' sebab semuanya Ciptaan Allah, yang ada tujuan, Bil Haq.
35.0] Kita masih banyak Takabbur dalam diri, belum sempurna Takbir (membesarkan Allah). Masih banyak Gharadun Maadiyyahnya (kepentingan / tujuan duniawinya) daripada Gharadun 'Aaqiidiyyahnya (kepentingan / tujuan akidahnya). Dimana 'Ubudiyyah kita?.
36.0] Ada ikan yang hidup 200 meter di dalam laut, tanpa ada sinar matahari, tidak pernah timbul, kita tidak merasa apa-apa manafaat darinya, kita tidak tahu Gharadun Maadiyyahnya, tetapi yang pastinya ada Gharadun Maadiyyahnya. Inilah maksudnya penciptaan Bil Haq.
37.0] Apabila kita telah memahaminya, hidup akan menjadi sangat bahagia, kita tidak akan merasa kesusahan, yang ada hanya perasaan tenang walaupun hidup dibawah pokok mati atau pokok rendang, walaupun jika menanam pokok bunga yang diharap berbunga indah tetapi sebaliknya mati, tidak apa, menanam pokok buahan namun tidak berbuah, tidak apa, hujan atau tidak, tidak apa, yang ada hanya "Subhaanaka haq maa kholaqta haaza baatilan" (Maha Suci Engkau, Haq Engkau , tidaklah Engkau Menciptakan itu sia-sia).
38.0] Apabila hari hujan, ada yang komplain, susahnya akibat hujan. Apa kata apabila Allah menjawab dengan memerintahkan langit supaya tidak turunkan hujan selama 6 bulan? Akhirnya hidup menjadi bingung, duduk dirumah terasa ingin keluar, apabila diluar ingin segera balik, pagi tunggu petang, petang tunggu pagi. Allahu Akbar. Subhanallah.
39.0] Itu baru satu sahaja daripada makna Allah ciptakan langit dan bumi Bil Haq. Yang lain perlu kaji dan carilah sendiri. Kaji ayat-ayat Kauniyah di dalam Al-Quran. Moga diberkati.
2.0] Malangnya kebanyakan mereka yang bukan Mukmin, orang-orang yang selain Muslim yang bersungguh-sungguh mempelajari ayat-ayat kauniyah itu, mereka mengkajinya, Ittasyafaha, bersungguh mengungkap, menjelaskan rahsia disebaliknya sehingga ada daripada mereka yang asalnya tidak beriman kepada Allah boleh jadi beriman. Walaupun tidak sedikit juga yang terus menerus dalam kekufuran setelah mereka memahami apa yang mereka kaji itu. Itu urusan mereka dengan Allah, tidak menjadi masalah kita. Ayat kauniyah, Allah serahkan kepada semua hamba-Nya untuk dikaji, tidak kira Mukmin atau Kafir sesuai dengan kebolehan masing-masing kerana ayat-ayat kauniyah itu ada ibroh (pengajaran) dan aayah (bukti, tanda) yang menunjukkan Kebesaran Pencipta-Nya.
3.0 Kita tidak mungkin mengetahui atau dapat mengenal Allah melalui Zat-Nya kerana Dia Maha Ghaib, lantaran itu kita mengenal Allah melalui kesan sifat-sifat-Nya yang Dia tunjukkan melalui segala ciptaan-Nya. Apabila kita ingin mengenali Allah Maha Bijaksana, bagaimana caranya? Kita perlulah mengkaji kesan-kesan Kebijaksanaan Allah pada ciptaan-Nya. Begitu juga kita tidak mungkin mengetahui sikap Latif (lemah lembut) Allah kecuali mengkaji kesan sikap Latif Allah melalui ciptaan-Nya. Itulah yang Allah kata melalui perumpamaan-Nya yang tiada dapat memanafaatkannya melainkan orang yang alim yang gunakan nikmat akalnya.
4.0] Daripada Ibnu Kathir dalam tafsirnya tentang surah Al-Ankabut ayat 43 ini di dalam Al-Quran Al-'Azim, "Berkatalah sebahagian ulama salaf, "Apabila aku mendengar perumpamaan di dalam Al-Quran, falam afhamhu, bakaitu 'ala nafsih (maka aku tidak dapat fahami, aku tangisi diriku), atau aku tertawakan diriku, merasa sangat kecewa, menyesal dan merasa sangat rugi kerana jika tidak dapat faham bermakna diriku bodoh dan tidak dapat memanafaatkan nikmat akalku". Kalau orang tuduh kita bodoh, kita akan marah, ini kita sendiri yang sedar kebodohan diri. Ramai salafussoleh yang mencapai perasaan seperti itu. Itu orang-orang hebat dahulu, berbanding kita yang tidak menangis, kerana apa? Wallahu 'a'lam. Subhanallah.
5.0] Ayat-ayat yang ada perkataan mathal (perumpamaan) hendaklah diperhati benar-benar dan perlu ada sedikit sebanyak penguasaan ilmu balaghah untuk memahaminya.
6.0] Surah Al-Ankabut ayat 44 dan 45;
Ada 3 perkara penting di dalam ayat 44 dan 45 di atas iaitu tentang faedah penciptaan beberapa langit dan bumi dikaitkan dengan membaca Al-Quran dan mendirikan solat. Apa hubungan ketiga-tiga-nya ini? Di dalam ayat 44, diceritakan bahawa Allah menciptakan langit-langit dan bumi dengan hak (bil haqqi). Maknanya penciptaan yang bukan dengan sia-sia tetapi mengandungi hikmah. Itu sebagai perintah pertama dari Allah supaya memerhati penciptaan langit dan bumi dan lagi dikuatkan dengan adanya kalimah inna (sungguh) dan la' dalam ayat tersebut. Sungguh ada aayatan (tanda) kekuasaan dan kebesaran Allah lil mu'minin (bagi orang-orang mukmin).
7.0] Peliknya ayat seterusnya, iaitu ayat 45 pula sebagai perintah kedua iaitu, "Bacalah wahai Muhammad apa-apa yang telah diwahyukan kepadamu iaitu Al-Quran dan dirikanlah solat", (sebagai perintah ketiga). Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) itu adalah lebih besar keutamaannya dari ibadah lain. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
8.0] Sebelum diteruskan perbincangan, ada suatu riwayat untuk kita fahami tanasuk (keserasian hubungan) antara ayat penciptaan langit dan bumi dengan bacaan Al-Quran dan solat. Riwayat ini ialah daripada Saidatina Aisyah Ummul Mukminin r.anha, dirawikan oleh Imam Ibnu Hibban. Saidatina Aisyah r.anha bercerita bahawa, "Pernah pada suatu malam, ketika Nabi saw tidur di rumahku, ketika giliranku, ketika badanku telah menyentuh badan Nabi saw, tiba-tiba Nabi saw berkata, "Ya Aisyah, bolehkah engkau izinkan aku untuk menyembah Allah?" Aisyah merasa kagum. Nabi benar-benar mengakui hak seorang isteri. Lantas jawab Aisyah, "Ya Rasulullah, demi Allah, sesungguhnya aku suka kedekatan aku dengan mu seperti sekarang ini, walau bagaimana pun aku pun suka apa yang menyebabkan engkau suka". Jawapan yang diplomatik spontan bagi orang yang cerdas dan tinggi iman. Bayangkan seorang Nabi meminta izin daripada isterinya, dan bayangkan apa jawapan yang diberikan oleh kita sebagai seorang isteri kepada permintaan seorang suami sekarang. Ada pendapat yang mengatakan bahawa kalau ingin tahu samada seseorang itu pandai atau tidak, tengok semasa dia bertanya bukan semasa dia menjawab. Jika semasa menjawab pun sudah nampak kepintarannya ternyatalah pandainya.
[Nota; bagi kita orang awam adalah tidak boleh untuk kita mendedahkan suasana suami-isteri kepada umum kerana menjadi sebagai umpatan, tetapi tidak bagi kehidupan Nabi saw yang mana semua keadaannya jadi sebagai teladan].
9.0] Nabi saw pun fahamlah maksud Saidatina Aisyah. Nabi saw bangun, berwudhu' dan kemudian solat. Saidatina Aisyah pula tidak tidur dan dia melihat Nabi saw menangis bersangatan terus menerus dalam solatnya. sehingga janggutnya basah dengan airmata, begitu juga pangkuan dan tempat sujud Nabi saw basah akibat tangisannya sehinggalah ke waktu subuh. Biasanya Nabi saw akan solat sunat fajar di rumahnya kemudian keluar solat subuh berjemaah di masjid tetapi tidak pula pada hari itu. Akhirnya Bilal pun masuk memberitahu Nabi saw untuk solat subuh berjemaah bersama. Apabila Bilal melihat Nabi saw menangis, Bilal berkata, "Ya Rasulullah, kau menangis, sedangkan Allah telah mengampunkan dosamu jika ada, padahal engkau tiada pun berdosa". Nabi saw menjawab,"Bukankah aku tidak/belum menjadi hamba Allah yang bersyukur. Aku menangis kerana malam tadi turun kepadaku ayat dari surah Aa-Li Imran ayat 190 dan 191".
Daripada Aisyah r.anha, komentar Nabi saw tentang ayat diatas ialah, "Kecelakaan (wailun) bagi sesiapa yang membacanya dan tidak berfikir tentang isi kandungannya". Wailun iaitu kecelakaan atau kebinasaan yang menimpa seseorang akibat perbuatan diri sendiri. Contohnya, seorang budak A yang pandu motor dengan laju tanpa pakai topi keledar, brek motornya pula rosak dan dia memegang handle motornya dengan kaki, yang kemudiannya melanggar tiang elektrik dan patah kedua kakinya, itulah wailun atau kecelakaan. Berbanding pula dengan budak B yang pandu motor dengan berdisiplin, pakai topi keledar, berhenti di simpang empat ketika lampu isyarat merah, yang tiba-tiba dilanggar oleh sebuah kereta yang terbabas dan patahlah kedua kakinya. Keadaan itu bukan wailun, bukan kecelakaan.
10.0] Ayat yang Nabi saw terima diatas ialah ayat yang menceritakan tentang langit dan bumi dan Allah beritahu ciri-ciri Ulul Al-Bab. Orang yang digolongkan sebagai Ulul Al-Bab mempunyai 2 sifat yang diintegrasikan, yang bersatu di dalam dirinya, iaitu;
i) Tazakkur- menggunakan akal, kecerdasan spiritual.
ii) Tafakkur- menggunakan otak, kecerdasan intelektual.
11.0] Allah menyuruh kita fikirkan ayat itu, dan Nabi saw pula memberi komentar bahawa celakalah orang yang membacanya dan dia tidak memikirkan apa yang ada di dalam isi kandungan ayat itu. Apa hubungan penciptaan langit dan bumi dengan membaca Al-Quran dan kemudian mesti tafakkur tentang isinya? Jika tidak berbuat demikian, diancam dengan celaka (wailun).
[Nota; Janganlah pula jadi loyar buruk, iaitu tidak mahu celaka lantas terus tidak mahu membaca Al-Quran kerana jika tidak mahu membaca Al-Quran maka akan mendapat kecelakaan berganda.]
12.0] Ayat-ayat seperti ini banyak yang kita terlepas pandang dan adalah susah untuk diimplimentasikan dalam kehidupan sekarang. Sebaiknya dalam tazkirah atau khutbah solat Jumaat perlulah sesekali diisi dengan ilmu-ilmu baharu yang menggalakkan jemaah tazakkur dan tafakkur. Bukan berada ditakok lama dengan isi khutbah yang dapat dijangka dan berulang- ulang sehingga jemaah tidak termotivasi dan lemah mengantuk.
13.0] Apa komentar Nabi saw terhadap surah Al-Ikhlash? Sabda Nabi saw, "Siapa yang membaca-nya sekali seolah membaca 1/3 Al-Quran, membacanya dua kali seperti membaca 2/3 Al-Quran dan membaca -nya tiga kali seperti membaca sepenuhnya Al-Quran". Komentar Nabi saw tentang surah Aa-Li Imran ayat 191 ini lebih-lebih lagi keras amaran-nya, dan kita mestilah ada usaha, mestilah ada keberanian untuk memberi penjelasan kepada umat manusia tentang ayat ini, tentang hubungan penciptaan langit dan bumi dengan perbuatan membaca Al-Quran dan solat. Ayat kauniyah-nya ialah tentang penciptaan langit dan bumi manakala ayat qauliyah pula ialah perbuatan membaca Al-Quran dan bersolat.
14.0] Setakat ini sudah menjadi lumrah masyarakat membaca surah Yasin untuk pelbagai keperluan dan situasi seperti dibaca di majlis pindah rumah atau sebelum musafir dan sebagainya.Tidak dinafikan bahawa itu adalah suatu amalan baik tetapi jika tujuannya semata-mata sebagai amalan ritual, untuk mendapat pahala, untuk menghalau iblis syaitan, alangkah lebih cantiknya, lebih indahnya, lebih baiknya dan lebih bermaknanya jika isi kandungan surah Yasin itu difahami dan ditafakkurkan. Apabila isi kandungan surah Yasin itu diteliti ternyata ceritanya lebih banyak tentang ayat-ayat kauniyah yang memerlukan tazakkur tafakkur dan tidak ada kena mengena dengan situasi pindah rumah dan sebagainya.
15.0] Kembali kepada surah Al-Ankabut ayat 190 dan 191 diatas yang tiada kena mengena langsung dengan azab atau siksaan atau neraka, tetapi kenapa Nabi saw telah bersangatan menangis? Kerana apa? Jawapannya ialah kerana Allah telah berfirman bahawa penciptaan langit dan bumi adalah tanda yang paling besar tentang Kebesaran Allah bagi Ulul Al-Bab memerhati dan memikirkan. Apabila kita merasa Kebesaran Allah, secara otomatik kita akan merasa betapa kerdilnya kita, betapa hinanya kita, betapa lemahnya kita berbanding Allah Pencipta kita, Allahu Akbar, Allah Maha Besar.
16.0] Bayangkan jika kita terperangkap dihadapan seekor harimau lapar yang besar, betul-betul berdepan dengan kita, matanya tepat merenung kita yang kecil, tiada kemungkinan untuk lepas lari, apa perasaan kita ketika itu? Masihkah boleh bergembira mengambil gambar atau berleka-leka? Tentu sekali kita merasa tersangat takut, terlalu lemah dan kecil. Dari mana perasaan takut, lemah dan kecil itu timbul?
17.0] Bayangkan jika kita dapat merasakan Kekuatan, Kekuasaan dan Kebesaran Allah, Perasaan lahawlawala quwwata illa billah (tiada daya upaya diri kecuali daya upaya Allah) itu dapat kita rasakan sedalam-dalamnya. Dengan memahami ayat-ayat kauniyah, memerhati, mengkaji ayat-ayat kholkussamaa waatiwal ardh (tanda-tanda penciptaan langit dan bumi), mendapat amaran ancaman kecelakaan daripada Nabi saw, maka diharapkan dapat memberi kesan kepada hati tentang Kebesaran Allah dan kelemahan diri kita sendiri. Ini kesan atau akibat dari memahami ayat Al-Quran yang kita baca, iaitu tanpa kita paksa, tanpa kita sengaja, akan kita rasa hakikat Kebesaran Allah dan kelemahan diri. Ayat-ayat خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْاَرْضُ (penciptaan langit dan bumi) ialah ayat حَقِيقَةُ التَّكْبِيْرُ (hakikat membesarkan Allah).حَقِيقَةُ التَّكْبِيْرُ-ialah gabungan اِنْقِطَاعُ الرَّجَاءِ اِلَى غَيْرِاللهِ
iaitu Hakikat Membesarkan Allah ialah dengan menzahirkan kelemahan diri, sangat-sangat berhajat kepada Allah dan putus harapan kepada selain Allah.
18.0] Izhaarud Dhu'fi yang bermaksud menzahirkan kelemahan diri sehingga kita faham makna sebenar dan sedalam-dalamnya kalimah Laa hawlawala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan kekuatan diri melainkan daya upaya Kekuatan Allah). Apabila tercapai tahap ini, takabbur tidak ada, riak jauh sekali, hilang ujub diri. Izhaarud dhu'fi ialah satu bentuk Tawadduk yang akan menzahirkan Haqiiqatul Takbir (Hakikat membesarkan Allah). Allahu Akbar, Allah Maha Besar.
19.0] "Allahu Akbar, Allah Maha Besar", adalah kalimah takbir, kita sedang membesarkan Allah. Pertanyaannya;
i) Adakah Allah jadi besar kerana kita membesarkan Allah?.
ii) Adakah Allah jadi besar jika semua orang bertakbir Allahu Akbar?
iii) Adakah Allah jadi tidak besar jika tiada orang yang ucapkan Allahu Akbar?.
iv) Adakah Allahu Akbar kita (takbir kita) itu memberi kesan kepada Kebesaran Allah?.
Jawapannya, Tidak, tidak ada kesan, kerana Allah Ghaniyyun (Maha Kaya), Allah sudah Besar walaupun kita tidak membesarkannya. Haqiiqatul Takbir ialah untuk menghancurkan Takabbur diri. Dengan berjayanya kita hancurkan Takabbur diri, kemuncaknya nanti ialah Izhaarud Dhu'fi yang dizahirkan dalam tingkah-laku, ucapan, tindakan dan dalam serba serbi aspek kehidupan seseorang itu. Terpancar rasa kelemahan diri sehingga di dalam apa-apa perlakuannya dimulai dengan kalimah-kalimah seperti Bismillah, Insyaa Allah, Masyaa Allah, Subhanallah, La hawlawala quwwata illa billah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.
20.0] Izhaarud Dhu'fi seseorang membuatnya merasa tidak ada apa-apa kelebihan diri, tidak punya apa-apa;
i) Apabila dipuji, jawapannya,"Saya tidak berhak dipuji".
ii) "Saya akan lakukan besok", disambung "Insyaa Allah".
iii) "Berjaya kamu?", dijawab "Maa syaa Allah, la hawla wala quwwata illa billah".
iv] "Kau fikir aku pandai? Aku tidak berhak dipuji, jangankan berjaya untuk mendapat apa-apa, untuk mengedipkan mata pun aku tidak berdaya".
Saat itu, Takabbur tidak ada, riak tidak ada, ujub tidak ada, yang ada hanyalah rasa lemahnya diri dan BesarNya Allah.
21.0] Tidak ada maknanya jika lidah mengatakan Allahu Akbar, Allah Maha besar tetapi pada masa yang sama hati diri masih merasa diri besar. Jika lidah mengungkap "Allahu Akbar", hati berkata "Ana akbar", tanda belum mencapai Haqiiqatul Takbir dan Izhaarud Dhu'fi. Apabila keduanya dapat dicapai, yang ada hanyalah perasaan betul-betul berserah kepada Allah, tidak pernah merasa dirinya berupaya, tidak berani untuk mempastikan boleh buat sesuatu tanpa izin Allah, tidak merasa miliki apa-apa, semua milik Allah. Semua yang ditangannya adalah kepunyaan Allah.
22.0] Izhaarud Dhu'fi seseorang akan menghadirkan Syiddatul Iftiqaar (bersangatan berhajat kepada Allah). Diri ini amat memerlukan semua bantuan Allah. Bekerja, memimpin, duduk, bangun, makan, minum, semuanya perlu kepada bantuan Allah. Rasa berhajat kepada Allah sangat-sangat kuat.
23.0] Untuk dapat rasakan bagaimana perasaan Syiddatul Iftiqaar dari segi praktikalnya, terdapat contohnya di dalam Al-Quran. Cubalah sewa sebuah sampan nelayan, kemudian pergilah ke Laut Cina Selatan diMusim Tengkujuh seorang diri. Ribut taufan, laut bergelora, dayung patah, sampan akan pecah, tiada insan dapat menolong, tiada tempat bergantung, diri sendiri belum bersedia untuk mati. Saat itu diri merasa sangat lemah tiada berdaya walaupun andainya diri itu pemegang rekod renang Olimpik. Izhaarud Dhu'fi dan Syiddatul Iftiqaar sangat kuat, sangat berhajat diri kepada Allah. Ingin harapkan kepada siapa lagi? Berharap kepada sampan? Sampan akan pecah, berharap kepada keris yang dibawa? Keris sudah terjatuh kedalam lautan. Berharap kepada siapa?.
24.0] Kalau di daratan, apabila sakit boleh dipanggil doktor, apabila lapar boleh minta makan, jika terjatuh boleh minta tolong orang yang lalu-lalang, berbeza sangat dengan keadaan sampan karam di lautan. Perasaan yang sangat kuat hanya kepada Allah. Segala harapannya tertumpu semata-mata kepada Allah. Itulah Haqiiqatul Takbir. Merasa Kekuasaan Allah. Takbir begitulah yang Allah inginkan daripada kita.
25.0] Oleh itu bacalah ayat-ayat Kauniyah di dalam Al-Quran untuk merasakan Kebesaran Allah melalui ayat-ayat (tanda-tanda) ciptaanNya. Tujuannya supaya tanpa kita sedari, segala Takabbur diri, rasa kekuasaan diri, rasa kekuatan diri semakin lebur, runtuh sedikit demi sedikit.
26.0] Kekuasaan Allah itu kita tidak dapat melihatNya sendiri, Zat Allah itu Ghaib.Tetapi melalui alam ciptaanNya pada sekelian makhlukNya, segala sifatNya terserlah. Mungkin ketika mendaki Kemuncak Everest, seorangan, merasa diri kecil, kerdil, hati tersentuh, menangis merasakan Takbir (Kebesaran Allah). Jika kita tidak tafakkur, kita tidak dapat merasa apa-apa. Ayat yang dahsyat sekali pun tidak dapat memberi banyak manafaat kepada kita.
27.0] Seronok juga kita apabila Nabi saw memberi Tamsyil bahawa satu huruf Al-Quran yang dibaca akan mendapat 10 kebaikan, tetapi untuk mendapat sedikit pertanggung-jawaban, elok tengok kembali sababul wurud hadith tersebut. Sahabat-sahabat Nabi saw semuanya faham Al-Quran. Sayangnya tidak semua yang rajin untuk membaca Al-Quran. Apabila mereka membaca Al-Quran pasti hati mereka tersentuh, maka hadith itu adalah sebagai motivasi kepada para sahabat Nabi saw. Hakikatnya, maksudnya, ialah kepada sahabat Nabi saw, tetapi bagi kita yang membaca Al-Quran tetapi tidak faham apa-apa, bagaimana pula ganjarannya?.
28.0] Ayat Kauniyah tentang penciptaan langit dan bumi diceritakan di dalam Ayat Qauliyah iaitu ayat atau firman Allah di dalam Al-Quran. Kita boleh baca isinya di dalam Al-Quran. Tujuannya ialah untuk mendapat Haqiqatul Takbir iaitu akan ternampak, terserlah secara otomatik, tidak dibuat-buat, tidak disengajakan Syiddatul Iftiqar (bersangatan berhajat) kepada Allah, kerana sudah merasa Inqitoo 'urrajaa' ila ghairillah (putus harapan kepada selain Allah).
29.0] Anda boleh bayangkan ketika kita sudah ada perasaan Haqiiqatul Takbiir (hakikat Kebesaran Allah) dan hati dipenuhi dengan Syiddatul Iftiqar (bersangatan berharap kepada Allah) dan Inqitoo 'urrajaa' ila ghairillah (putus harapan kepada selain Allah). Bayangkan ketika kita sudah merasa kita seorang diri berdiri dihadapan Allah, bagaimana agaknya solat kita? Mesti lain perasaan kita, mesti berbeza. Kalaulah ketika itu diletakkan peralatan untuk mengkaji hati, perasaan dan jiwa kita, bagaimana catatan gelombang yang dirakam agaknya? Kita sebenarnya sedang menunggu kajian yang sedang dilakukan dan agak memakan masa sebelum hasilnya dapat diterbitkan untuk panduan umum tentang keadaan orang yang solat dengan khusyuk berbanding orang yang tidak khusyuk, orang yang membaca Al-Quran dengan khusyuk berbanding orang yang tidak khusyuk. Auranya berbeza, nurnya berbeza. Kajian seumpamanya pernah dibuat oleh saintis jepun yang mengkaji tentang perubahan molekul air yang dibacakan ayat-ayat suci berbanding air yang dimaki-maki dengan kata-kata kejian.
30.0] Jangan-jangan keadaan sel dalam tubuh orang yang sedang khusyuk sangat berbeza daripada keadaan sel dalam tubuh orang yang sedang marah atau mengamuk. Kita ini hanya terdiri daripada timbunan sel. Di dalam Al-Quran ada diberitahu bahawa orang yang terkesan dengan bacaan Al-Quran, kulitnya menjadi lembut, berdiri bulu romanya, hatinya menjadi lembut. Pastilah memberi kesan kepada setiap sel tubuh;
i) Apa kesan bacaan Al-Quran dan solat yang khusyuk kepada sel di dalam tubuh?
ii) Apa kesan marah kepada sel di dalam tubuh?
Katakanlah tajuk-tajuk seperti itu yang dikemukakan di dalam khutbah Jumaat, pastinya jemaah tidak mengantuk dan sangat bermanafaat.
31.0] Di dalam surah Al-Ankabut ayat 44 ini, Kholaqallahus samaawaati wal ardha bil haq, (Allah telah menciptakan langit dan bumi dengan hak, dengan sebenarnya), secara hikmah, bukan sia-sia. Tujuan Allah ciptakan ialah untuk berikan kebaikan, untuk kepentingan makhlukNya. Allah Ghaniyyun 'alal 'aalamin, semuanya hanya untuk kepentingan hambaNya dan manafaat dalam penciptaan langit dan bumi, siang dan malam, bergelora lautan, bulan, bintang, api, makanan, burung dan sebagainya, semua itu Allah menciptanya Bil Haq, dengan ada tujuan.
32.0] Aghraadh ul khalqi (tujuan penciptaan) terbahagi kepada 2 iaitu Gharadhun 'Aqiidiyyah (tujuan akidah) dan Gharadhun Maadiyyah (tujuan duniawi). Penciptaan Bil Haq tiada yang sia-sia, walaupun penciptaan seekor nyamuk atau lalat, atau pisang berbuah dua kali, atau mungkin ayam beranakan kambing;
i) Penciptaan untuk tujuan akidah atau tauhid ('Aqiidiyyah)- supaya dengan mengkaji apa yang Allah ciptakan itu akidah kita semakin kuat meningkat kepada Allah, sepertimana di dalam surah Aa-Li Imran ayat 191 diatas.Yang ragu jadi nyata, yang yakin bertambah yakin. Lantaran itu tidak boleh diabaikan begitu sahaja segala ciptaan Allah.
ii) Penciptaan untuk tujuan duniawi (Maadiyyah)- supaya dengan mengkaji apa yang Allah ciptakan itu, kita akan mendapat banyak manafaat, kepentingan kebendaan kita di dunia ini. Contohnya kajian keatas air hujan, buah-buahan dan sebagainya yang dapat di ambil banyak manafaat untuk kegunaan kehidupan di dunia ini. Contoh lain seperti kejadian seekor kambing, yang dagingnya boleh dimakan, bulunya boleh dijadikan baju, kulitnya boleh dibuat beg dan sebagainya.
33.0] Walaupun tujuan penciptaan makhluk ada 2, tetapi cara kita mengambilnya mestilah dari yang pertama dahulu baru yang kedua. Contohnya lihat surah Al-Waqiah ayat 68, 69 dan 70,iaitu tentang air.
Setiap kali kita ingin meminum air, tidak sepatutnya kita terus minum, sebaliknya ingat kembali ayat 68, 69,dan 70 ini dimana Allah menyuruh kita menjawab dahulu, dan untuk dapat menjawab kita perlu belajar dahulu segala sesuatu tentang air, tentang kejadian hujan, dan kita hanya mampu berkata Subhanallah. Teruskan dengan ayat seterusnya, iaitu "Sekiranya Kami mahu, nescaya Kami jadikannya masin, mengapa kamu tidak bersyukur?" Lantaran sifat Allah Yang Maha Pengasih Penyayang, air itu menjadi tawar sehingga sesuai untuk kita minum. Apabila kamu nikmati air itu, mengapa kamu tidak bersyukur?' Oleh itu setiap kali ingin meneguk minuman atau air, kita perlulah berfikir sejenak tentang nikmat Allah ini, mudah-mudahan dengan cara begitu iman kita akan bertambah dan kita semakin bersyukur.
34.0] Contoh lain ialah ketika kita memetik buahan seperti betik atau mangga dan sebagainya. Seharusnya kita berhenti sejenak merenung sekejap pertanyaan Allah di dalam surah Al-Waqiah ayat 63 hingga 67.
35.0] Kita masih banyak Takabbur dalam diri, belum sempurna Takbir (membesarkan Allah). Masih banyak Gharadun Maadiyyahnya (kepentingan / tujuan duniawinya) daripada Gharadun 'Aaqiidiyyahnya (kepentingan / tujuan akidahnya). Dimana 'Ubudiyyah kita?.
36.0] Ada ikan yang hidup 200 meter di dalam laut, tanpa ada sinar matahari, tidak pernah timbul, kita tidak merasa apa-apa manafaat darinya, kita tidak tahu Gharadun Maadiyyahnya, tetapi yang pastinya ada Gharadun Maadiyyahnya. Inilah maksudnya penciptaan Bil Haq.
37.0] Apabila kita telah memahaminya, hidup akan menjadi sangat bahagia, kita tidak akan merasa kesusahan, yang ada hanya perasaan tenang walaupun hidup dibawah pokok mati atau pokok rendang, walaupun jika menanam pokok bunga yang diharap berbunga indah tetapi sebaliknya mati, tidak apa, menanam pokok buahan namun tidak berbuah, tidak apa, hujan atau tidak, tidak apa, yang ada hanya "Subhaanaka haq maa kholaqta haaza baatilan" (Maha Suci Engkau, Haq Engkau , tidaklah Engkau Menciptakan itu sia-sia).
38.0] Apabila hari hujan, ada yang komplain, susahnya akibat hujan. Apa kata apabila Allah menjawab dengan memerintahkan langit supaya tidak turunkan hujan selama 6 bulan? Akhirnya hidup menjadi bingung, duduk dirumah terasa ingin keluar, apabila diluar ingin segera balik, pagi tunggu petang, petang tunggu pagi. Allahu Akbar. Subhanallah.
39.0] Itu baru satu sahaja daripada makna Allah ciptakan langit dan bumi Bil Haq. Yang lain perlu kaji dan carilah sendiri. Kaji ayat-ayat Kauniyah di dalam Al-Quran. Moga diberkati.
Mohon share. Terima kasih
ReplyDeleteMohon share. Terima kasih
ReplyDelete