1.0] Dari siri lepas, perbincangan pertama ialah tentang rahsia tartiibuz-zikr iaitu rahsia susunan penyebutan, penuturan ketiga-tiga musuh Allah iaitu Qarun, Fir'aun dan Haman. Qarun disebut dahulu sebelum Fir'aun dan Haman. Ianya difahami oleh para mufassir sebagai tasliah kepada Nabi Muhammad saw yang ada persamaan antara hubungan Nabi Musa dan Qarun dengan hubungan Nabi Muhammad saw dan penentang-penentangnya khasnya keluarganya sendiri. Qarun bukan sekadar ada hubungan nasab dengan Nabi Musa, bahkan dia juga sepupu Nabi Musa as yang seatuk (berkongsi seorang datuk). Orangnya sangat kaya-raya tetapi kekayaannya didapati dengan memiskinkan orang lain, mengeksploitasi kemiskinan orang lain. Qarun apabila dia melihat orang miskin, itu sebagai lombong emas baginya. Dengan kemiskinan orang dia nampak peluang untuk mengeksploitasi mereka. Disuruhnya orang miskin bekerja dan berkhidmat semaksima mungkin demi untuk mendapatkan makanan dan minuman, untuk mendapat upah, mata pencarian, imbalan yang hanya paling minima diberikan oleh Qarun. Begitulah mentaliti Qarun yang Kapitalism, mazhab Qaruniah. Melihat kemiskinan orang lain, bukan untuk ditolong, tetapi sebagai peluang untuk menompokkan lebih kekayaan bagi diri sendiri.
2.0] Qarun juga berjawatan penting dalam kerajaan Fir'aun, kerana ia diberi portfolio untuk memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Kesejahteraan Kaum Bani Israil. Fir'aun yang berdarah Qibti, penguasaan dimonopoli oleh kaum yang berdarah Qibti, manakala Mesir yang dihuni juga oleh ramai orang yang berdarah Bani Israil, maka Qarun dipilih sebagai wakil mereka. Ada persamaan pada kedudukan Qarun didepan Nabi Musa as dengan kedudukan Abu Lahab didepan Nabi Muhammad saw.
3.0] Tentang Fir'aun pula, pakar sejarah berbeza pendapat. Dikatakan Fir'aun semasa Nabi Musa as ialah Ramses ke 2 yang memerintah selama 66 tahun dari tahun 1279 SM (sebelum Masihi) sehingga tahun 1213 SM (sebelum Masihi).
[Nota; SM=Sebelum Masihi=Qoblal Miilad=sebelum kelahiran Nabi Isa as].
Fir'aun yang sangat kejam, sangat zalim, tidak mengenal hati budi, sanggup melakukan apa saja untuk mengekalkan kekuasannya.
4.0] Tentang Haman pula, umat Kristian dahulu mendakwa bahawa Al-Quran telah mengatakan satu kesilapan sejarah yang paling teruk, memberi maklumat palsu, bohong, kerana mereka tidak ketahui, tidak kenal Haman dan tidak disebutkan hal Haman dalam kitab mereka, sehinggalah dapat difahami Tulisan Hieroglyphic iaitu abjad yang berupa simbol-simbol binatang, tulisan Mesir Kuno. Perkataan Hieroglyphic berasal dari Yunani. Selepas tulisan Hieroglyphic ini dapat fahami, dapat dipecahkan rahsia disebaliknya, maka didapati Haman adalah pembantu terdekat Fir'aun. Dia adalah pemimpin yang diamanahkan oleh Fir'aun untuk menjadi ketua bagi pekerja-pekerja yang ditugaskan untuk membuat pahatan batu-batu. Haman ialah Ketua Batu Pahat. Mereka tentulah terdiri daripada orang-orang yang punya nilai estetika yang tinggi. Kisah Haman didalam Al-Quran dinyatakan Allah dalam 6 tempat. Subhanallah, Allah Yang Maha Mengetahui, Yang Mengetahui segala yang telah berlaku, yang sedang berlaku dan yang akan berlaku telah menjelaskan segalanya di dalam Al-Quran.
5.0] Ketiga-tiga manusia ini punyai kelebihan, diantaranya;
Qarun; Gunakan kekayaannya, berfikiran kapitalism, tamak harta.
Fir'aun; Maharaja, Tamak kuasa.
Haman; Tamak jawatan, pengampu, penasihat yang paling bohong.
6.0] Kejahatan Fir'aun yang jahat dan melampau sehingga mengaku dirinya Tuhan itu tidak terlepas daripada campurtangan juru penasihatnya Haman. Fir'aun tidak menjadi orang yang paling jahat overnight atau dalam masa yang singkat, tetapi ia adalah kerana penasihatnya Haman yang sentiasa memberi nasihat jahatnya yang berterusan. Itulah akibatnya ada penasihat yang juga tukang kipas, ampu sana ampu sini dan itu adalah sangat bahaya dalam sesuatu pentadbiran.
7.0] Seorang Adolph Hitler menjadi dahsyat, berani meyakini kebatilan sebagai kebenaran mutlak adalah juga lantaran penasihatnya Joseph Goebbels seperti mana Haman bagi Fir'aun. Joseph Goebbels pernah menyatakan, "Tuan Hitler, didunia ini tiada kebenaran, yang ada ialah kebohongan yang diulang-ulang seribu kali. Ertinya, jika Tuan Hitler menyatakan kebohongan itu sekali kepada rakyat German, mereka tidak akan percaya, tetapi jika diulang-ulang sampai 2 kali, atau 100 kali atau sehingga 1,000 kali, nescaya orang German baru akan terfikir, sehingga jika terus diulang-ulang mereka akan percaya". Hitler pun percaya dan Hitler jadi jahat, bukan setakat membunuh manusia tetapi sehingga membunuh kemanusiaan. Jika membunuh manusia, syahid bagi yang jadi korban, mendapat jaminan masuk syurga, dan yang tinggal iaitu yang hidup adalah insan-insan yang sudah kehilangan insaniah, tiada lagi peri kemanusiaan sepertilah an'am (haiwan ternakan), balhum adholluun bahkan mereka lebih sesat, ada hatibudi tidak digunakan, ada telinga tidak mendengar, ada mata tidak melihat.
8.0] Nabi Muhammad saw diceritakan Allah kisah benar ini ribuan tahun dahulu berlaku sebelumnya supaya Nabi saw tidak merasa bahawa dialah satu-satunya Nabi yang mengalami musibah sedemikian. Nabi Musa as, Nabi Ibrahim as, pernah alaminya sebegitu. Nabi Musa as datang dengan membawa aayatan bayyinah, imbas kembali penggunaan kalimah jaa a dan ataa a yang membawa makna datang. Perbezaannya adalah, kalimah jaa a membawa makna datangnya dengan susah manakala kalimah ataa a membawa makna datangnya dengan mudah. Nabi Musa yang datang dengan membawa aayatan bayyinah, selepasa 10 tahun meninggalkan Mesir. Allah panggil Nabi Musa dikaki Bukit Tursina , diberi wahyu dan dinobatkan menjadi utusan Allah. Nabi Musa berkata, "Ya Allah, aku takut, mereka akan bunuh aku, lagi pun lidahku tidak fasih. Bolehkah dilantik seorang wazir sebagai pembantu ku iaitu Harun?".
9.0] Ada 2 makna bagi bayyinat disini iaitu;
i) Ajaran-ajaran Nabi Musa as untuk disampaikan kepada Fir'aun, menyeru mempercayai Allah dan kerasulan Nabi Musa.
ii) Bukti kerasulan Nabi Musa as, dengan mukjizat tangannya yang ajaib dan tongkatnya yang ajaib yang telah diberikan oleh Allah. Jika mereka tidak faham, Nabi Musa menjawabnya, jika mereka berhujah, Nabi Musa dapat menolaknya. Tangannya apabila dikepit dibawah ketiak, keluar cahaya. Bukannya sebagai penyakit sopak tetapi asli bercahaya. Semua dengan Masyi ah Allah. Jika Allah yang menyuruh, jadilah tongkat itu sebagai ular dan juga dapat membelah lautan. Mukjizat itu milik Allah, jika Musa pandai-mandai sendiri, contohnya untuk menghiburkan keluarganya, atau anaknya, mahu ditunjukkan bahawa tongkat itu dapat jadi ular, tentu tidak menjadi sebab itu mukjizat. Jika seorang nabi itu telah meninggal, mukjizat itu pun hilang. Andainya ada orang yang menyimpan tongkat itu selepas kematian Nabi Musa as, tongkatnya itu telah tidak punya mukjizat lagi.
10.0] Seperti juga karamah yang diberi Allah kepada kekasih-kekasihnya iaitu para Wali. Diberi kemuliaan, karamah. Contohnya jika orang lain seratus kalipun berdoa tiada diqabulkan Allah, tetapi jika dia berdoa, doanya mudah diqabulkan Allah. Karamah bukan hanya sekadar berjalan atas api tidak melecur atau bukanlah hanya dengan berjalan dalam hujan tapi tidak basah. Karamah juga milik Allah, sebagai kurniaan Allah kepada kekasih Allah. Apabila orang itu meninggal dunia, karamahnya pun hilang. Berbeza sangat dengan senario yang mana ketika seseorang itu ketika hidup tiada karamah tetapi setelah mati pula dikeramatkan. Mungkin setelah 10 tahun kemudian, dari tiada diadakan, menjadi semakin besar, dikeramatkan oleh orang, bukan hanya dikatakan sebagai anak keramat, bapa keramat bahkan sebagai Datuk Keramat. Orang sanggup terbang dari kampung halaman, menghabiskan masa, wang dan tenaga semata-mata untuk menziarahi tempat-tempat keramat. Itu Syirik. Tongkat Nabi Musa, contohnya, hanya kini sebagai bahan sejarah yang tidak akan menjadi ular lagi.Tiada sebagai mukjizat atau keramat lagi.
11.0] Qarun, Fir'aun dan Haman; 2 orang mewakili kaum Qibti (Fir'aun dan Haman) dan yang 1 orang lagi (Qarun) untuk mewakili kaum Bani Israil. Kaum Qibti yang berkuasa dimasa itu, mereka sangat sombong, istikbar dimuka bumi kerana ada 2 perkara yang dilakukan oleh mereka iaitu;
i) Bathorul Haqqi = menolak mentah-mentah kebenaran yang dibawa oleh rasul seperti Nabi Musa as tanpa memberi ruang untuk berfikir, atau untuk buat analisa, untuk akhirnya dibuat kesimpulan.
ii) Ghomtunnas = merendah-rendah, menindas, menganiaya, menzalimi, memperhambakan manusia.
Bacalah surah Al-Qasas tentang perlakuan Haman dan Fir'aun terhadap Bani Israil. Anak lelaki Bani Israil dibunuh manakala anak perempuan Bani Israil dipermalukan. Apabila kedua-dua perkara diatas dilakukan oleh seseorang maka lengkaplah kezalimannya. Walaupun mungkin orangnya nampak lemah lembut, menggunakan bahasa melancolik, sopan santun, pijak semut pun tidak mati, tawaduk, tetapi jika ia menolak kebenaran ia termasuk dalam golongan orang sombong.
12.0] Ada satu kisah tentang anak gabenor Mesir yang telah memukul seorang Mesir. Orang yang dipukul itu tidak puas hati lalu menulis surat, mengadu minta keadilan kepada Umar Al-Khattab. Umar Al-Khattab respon lalu gabenor Mesir dan anaknya dibawa ke pengadilan. Umar dapati anak Gabenor itu bersalah lalu diberi tongkat supaya orang memukul anak dan gabenor sekali dihadapan rakyat. Gabenor protes, tetapi dijawab oleh Umar,"Kenapa kamu sembunyikan kesalahan anak kamu?" Umar keluarkan kenyataan luar biasa yang sekarang ini menjadi inspirasi bagi bangsa-bangsa yang tertindas bagi memerdekakan diri. Ucapan Umar Al-Khattab, "Kenapa kamu menjadikan manusia sebagai hamba sedangkan ibu-ibu mereka telah melahirkan mereka sebagai orang-orang merdeka". Umar melihat perbuatan gabenornya Amru bin 'As itu sebagai bentuk perhambaan, meremehkan orang, menghina dan menzalimi orang.
13.0] Inilah yang memberi inspirasi kepada pejuang Kemerdekaan Amerika, Martin Luther King Jr, iaitu ketua aktivis Pergerakan Hak Kemanusiaan Afrika-Amerika. Sikap membeza-bezakan manusia ini tidak boleh kerana Allah melihat semua manusia sama. Kalaupun Allah bezakan hamba-Nya hanyalah kerana Taqwanya bukan kerana atas status, jawatan atau darjah atau status sosial.
14.0] Apabila seseorang itu merasa dirinya lebih baik daripada orang lain, itu cenderung kepada istikbar iaitu merasa besar diri dan akan ada ghomtunnas iaitu memandang hina, menganiaya dan menzalimi manusia. Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada didalam hatinya sikap sombong walaupun seberat zarah. Sombong disini ialah menolak kebenaran dan menganiaya orang lain, tidak seperti kefahaman kita disini tentang sombong yang dikatakan seperti ujub, jalan pun mengangkang.
15.0] Ada satu perkara yang kita anggap remeh tetapi sebenarnya sangat serius. Kita perlulah tahu, sedar, fahami dan amalkan sebaiknya supaya menjadi peringatan kepada kita. Sesuatu itu bergantung sebagaimana Al-Quran memandangnya. Jangan tersilap menganggap dan jangan terpedaya. Janganlah apabila Al-Quran kata serius, kita pula menganggap remeh, manakala apabila Al-Quran memandangnya kecil, kita pula memandangnya besar. Jika kita belum ta'ammul dengan Al-Quran, mana boleh muafaqah.
16.0] Sebahagian dari sifat orang-orang yang akan jadi calon neraka ialah;
i) Suka mentertawakan orang beriman, secara penghinaan, walaupun dengan tidak mengeluarkan suara iaitu dengan cara Taghoomuz (memperolok-olokkan). Ini adalah dosa dan bukan perkara remeh. Contoh Taghoomuz (memperolok-olokkan) ialah jika apabila ada 2 orang kawan baik, A dan B memasuki dewan, dengan seorang berada disebelah kanan dan seorang lagi berada di sebelah kiri dewan, kemudian masuklah pula C yang tidak disukai oleh A dan B. A ingin memberitahu B tentang kehadiran C dengan memberi isyarat mulut, menunjukkan dengan memuncungkan mulut tanpa bersuara. Itu adalah dosa besar. Hindarilah. Dosa besar bukan semata-mata kerana mencuri, mabuk, berzina atau membunuh, malahan memperolok-olokkan orang lain yang dianggap perkara kecil dan remeh itu pun dipandang serius dalam Al-Quran seperti didalam surah Al-Mutaffifin (Al-Tatfif) ayat 30;
تغامز -Taghoomuz ialah memperolok-olok, menghina orang lain ini tidak perlu kerja kuat, tidak perlu masa yang banyak, hanya dengan isyarat sahaja pun sudah menjadi dosa besar, berbanding dengan mencuri (pencuri klasik) yang bukan mudah untuk dilakukan, kena berpenat lelah, diwaktu malam hari, berpakaian hitam, jalan kena berjingkit-jingkit, jika ingin batuk pun terpaksa ditahan.
غمط الناس - Ghomtunnas ialah menghina orang lain, menzalimi, menganiaya, itu adalah sombong, tidak boleh ada pada seseorang Muslim. Tingkatan غمط الناس(ghomtunnas) ini berperingkat sehingga sampai keperingkat seperti Fir'aun yang membunuh setiap anak lelaki bangsa yang berdarah Israil. Apabila seseorang itu pula menolak kebenaran disertai dengan adanya sifat غمط الناس ghomtunnas, maka jadilah ia seorang Mutakabbirun Kaamilun (sombong sempurna). Jadilah ia seumpama Iblis yang menolak suruhan Allah untuk sujud kepada Nabi Adam as dengan berkata, "Ya Allah, patutkah Engkau menyuruh aku sujud kepada Adam yang dijadikan dari tanah?" Ini kesombongan Iblis yang pertama, bathorul haq iaitu menolak kebenaran. Kemudian alasan Iblis yang kedua ialah, "Aku lebih baik daripada Adam kerana aku diciptakan dari api". Iblis merasa lebih tinggi daripada Adam kerana Adam dicipta daripada tanah. Al-Kibru Bathorul Haq Wa Ghomtunnas. Maka sempurnalah kesombongan Iblis. Iblis adalah asalnya warga syurga tetapi disebabkan kesombongannya dia dihalau, "Ukhruj!", "Keluar engkau dari syurga! tiada haq sedikit pun bagimu Iblis untuk menyombong di dalam syurga". Allah keluarkan Iblis daripada syurga lantaran sombong. Bagaimana pula dengan anak cucu Adam yang sombong istiqomah? Sebab itulah Nabi Muhammad saw ingatkan macam mana caranya supaya dapat memasuki syurga. Adam daripada syurga pun diusir keluar, inikan pula kita anak cucunya mengharapkan syurga?.
[Nota; Makna Sombong didalam Kamus Dewan ialah congah, angkuh, pongah, berperasaan tinggi diri].
17.0] Mereka yang bersikap sedemikian tidak boleh mengelak, tidak boleh melepaskan diri daripada berhadapan dengan siksaan Allah seperti mana Fir'aun yang menolak ajaran Nabi Musa as. Sifat Fir'aun ini dirakamkan Allah dalam surah Az-Zukhruf ayat 51 dan 52;
Sifat Fir'aun ini غمط الناس (ghomtunnas), merendah-rendahkan Nabi Musa, mengejek-ngejek Nabi Musa, mereka sombong kerana tiada menerima ajaran Nabi Musa dan meremehkan, menghina Nabi Musa as. Dihinakan Nabi Musa sebagai anak yang dijumpai hanyut yang tidak pasti asal keturunan, tambahan pula Musa yang pelat, percakapan pun tidak jelas. Gaya ucapan Fir'aun dalam ayat diatas itu Istikbar, membesarkan diri dan ghomtunnas menghina dan adalah dosa yang sangat berat. Itu sifat iblis, pengasasnya Iblis laknatullah. Akhirnya mereka disiksa oleh Allah seperti mana yang diceritakan didalam surah Al-Ankabut ayat 40;
18.0] Surah Al-Ankabut ayat 40;
Siksaan Allah adalah disebabkan dosa mereka sendiri. Allah sebutkan sebab apabila Allah datangkan siksaan kepada hamba-Nya, manakala Allah tidak menyebutkan sebab apabila Allah memberi nikmat kepada hamba-Nya kerana nikmat kurniaan Allah sentiasa melebihi amal hamba-Nya beratus-ratus malah beribu-ribu kali ganda. Jika balasan pahala bergantung atas amal perbuatan kita, tiada orang yang layak dapat masuk syurga, mungkin hanya cukup dan layak untuk melihat syurga dari jauh sahaja buat sekejap masa sahaja.
19.0] Tentang siksaan Allah disebutkan sebabnya. Contohnya jenis siksaan yang pertama didalam ayat 40 diatas ialah حَاصِبًا -haasiba, iaitu angin bercampur kerikil (hujan batu). Nabi saw melarang jual beli haasiba. Jangan salah faham dahulu, sebenarnya masa Nabi saw dahulu, dalam urusan jual beli tanah dizaman itu, penjual tanah akan letakkan harga tertentu kemudian pembeli kena baling batu, sejauh mana batu itu jatuh, maka itulah yang akan jadi milik si pembeli. Hanya dengan sekali lontar sahaja. Kalaulah batu itu terjatuh sejengkal, maka sejengkal itulah yang jadi haq-nya. Contoh lain ialah dalam jual beli barang-barang lain juga seperti jika ingin membeli cerek, ada yang original, ada yang betul-betul dibuat dari emas, ada yang hanya saduran. Sekian harga dibayar, kemudian si pembeli kena lemparkan anak batu kerikil kepada barang-barang yang digantung berbagai jenis itu. Kalau batu itu terkena yang elok, untunglah si pembeli dan sebaliknya jika terkena barang tiruan rugilah ia. Itulah jual beli Hasob yang ada unsur perjudian. Jual beli Jahiliah ini adalah Haram.
20.0] 100% jualan cara jahiliah ini masih dijadikan hiburan dijualan di Fun Fare. Berbagai barang dikumpulkan dihadapan, seperti hand phone, tisu, tv, radio, benang, jarum, gula-gula dan sebagainya. Kemudian pengunjung kena beli gelang besi untuk dibaling kearah barang-barang itu. Biasanya bapa akan belikan untuk anak-anaknya untuk berseronok, bermain. Itu Haram, 100% judi, wajib dilarang dan dibenteras, tetapi atas alasan Hiburan, masih ada hingga sekarang. Seorang bapa tidak boleh ajar anaknya berjudi walaupun dengan niat hanya untuk suka-suka.
21.0] Surah Al-Ankabut ayat 40 ini menceritakan tentang jenis-jenis azab, balasan siksa terhadap kaum yang mendustakan Agama Allah. Dalam ayat ini disenaraikan ada 4 jenis siksaan iaitu;
i) Arrih Al-'Aasifah- angin yang bertiup kencang yang menerbangkan apa saja. Haasiba-juga memberi maksud gunung berapi yang meletus, tercabut dari kakinya, pecah, menyimbah mereka dengan lahar panas seperti yang terjadi kepada kaum Nabi Luth as, sama juga dengan kaum 'Aad. kerana mereka mencabar Allah lantaran kesombongan mereka.
ii) As-Soihah- suara yang kuat. Ar-Rojfah- gegaran yang dahsyat, petir, letusan yang meranapkan mereka. Bukan hanya memekakkan telinga tetapi juga menghancur leburkan mereka. Suara ada intensiti dan boleh didengari pada frekuensi tertentu sahaja. Suara yang perlahan sangat hingga tidak boleh didengar, suara yang dikuatkan boleh sampai pecahkan telinga, jika dikuatkan lagi, boleh retak kepala, dikuatkan lagi, badan berkecai dan jika dikuatkan lagi, badan terurai. Penyusunan tubuh badan yang terdiri dari triliun sel akan berkecai. "Wala tuhammilna maalaa toqota lanaabihii", yang bermaksud,"Dan jangan Engkau membebani kami apa yang tidak ada kemampuan bagi kami terhadapnya". Di dalam Al-Quran ada energy, power, toqoh, quwwah, kekuatan, kemampuan, keupayaan.
Al-Quran menceritakan tentang energy air, api dan angin. Angin apabila bergerak sepoi-sepoi memberi nikmat, bila semakin kencang bergerak, menjadi ribut apa lagi apabila menjadi angin Taufan yang berpusing, angin yang tawaf menghasilkan energy keatas. Air taufan juga hebat menghasilkan energy menyedut kebawah seperti yang menimpa Kaum Nabi Nuh as. Jika hanyut didalam air mengalir, biasanya orang akan terselamat, tetapi jika terperangkap didalam taufan air, semua akan habis ranap walaupun kapal tanker yang besar. Bayangkan jika Concord yang Super Sonic terbang rendah diatas kota Metropolitan Kuala Lumpur, walaupun tidak melanggar KLCC tetapi punya energy yang kuat yang dapat meranapkan bandar, hanya dengan gegaran suara dari eksos-nya sahaja. Itulah energy.
Alam menyimpan energy yang dahsyat didalam perut buminya, tetapi tidak mampu mengalahkan energy informasi iaitu energy makna di dalam Al-Quran.. Didalam surah Al-Hasyr ayat 21 menceritakan tentang kehebatan Al-Quran, energy makna Al-Quran. Selama ini kita fahami bahawa jika Al-Quran diturunkan keatas bukit, nescaya bukit hancur, apa maksudnya? Ada seorang budak yang terlalu lurus, tanam Al-Quran di atas bukit dan melihat tidak ada apa-apa pun yang berlaku. Itu Al-Amthal ( perumpamaan-perumpamaan), untuk difikirkan. Masyi ah Allah. Al-Quran itu wahyu yang suci, kalam suci, daripada Allah Yang Suci, Firman-Nya Suci, dibawa oleh Jibril yang suci, dibawa kepada Nabi yang suci, hendak disatukan dengan hati Nabi yang suci. Setiap kali ayat Al-Quran dibawa kepada Nabi saw, Nabi saw pengsan, tidak sedarkan diri, berpeluh-peluh walhal masa itu musim sejuk. Itu kesan daripada informasi Al-Quran yang suci yang masuk ke dalam jiwa Nabi saw yang suci. Jika Al-Quran yang suci masuk ke dalam hati kita yang masih belum suci, apa jadi? Kita pengsan atau pun habis? Itulah energy informasi.
Umar Al-Khattab ketika belum Islam hatinya sangat keras, tidak takut sakit, tidak takut mati, tidak takut petir, hati yang sekeras batu. Orang kafir yang hatinya mati, mati hidup semula pun tidak takut. Siapa yang dapat melembutkan hati Umar yang sekeras batu? Al-Quran yang dibacanya sendiri dan dihayati, terpanah, memanah hatinya, melelehkan hati Umar, melembutkan hatinya yang panas menjadi salju. Energy Makna itulah yang memberi kesan kepada Umar Al-Khattab. Contohnya jika kita membaca novel yang sangat hebat, kisah yang betul-betul menyayat hati walaupun hanya imaginasi si pengarang dan bukan ada di alam nyata, kita boleh terbawa tentang ceritanya hingga menangis. Kenapa? Adakah sebab kesal kerana membeli buku itu yang mahal? atau terharu dengan tulisan yang cantik? atau apa? Itulah energy informasi atau energy makna. Sekarang, alangkah ruginya hati kita yang terpesona dengan energy makna rekaan manusia. Ruginya kita yang tidak terpanah dengan energy makna di dalam Al-Quran yang kalaulah diberi kepada bukit, hancur bukit tidak tahan. Jangan biarkan hati mengeras melebihi batu. Nabi saw bertahannus (bertapa), dan setiap kali Nabi saw pengsan ketika menerima wahyu. Allah berpesan kepada Nabi saw supaya rajin-rajin berqiamullail untuk menguatkan jiwa seperti yang terdapat di dalam surah Al-Muzammil ayat 5, "Sesungguhnya Kami akan menurunkan perkataan (Al-Quran) yang berat kepada mu". Qaulan thaqiilan. Kalau tidak kuat, baru satu ayat pun terus majnun. Al-Quran mempunyai energy yang dahsyat. Sedangkan ucapan yang karut pun boleh buat orang terpesona. Ada orang baca puisi pun boleh menangis, mendengar orang menyanyi serak basah pun tersentuh hati. Oleh itu, latihlah hati supaya tersentuh dengan Kalam Allah. Itu baru berjaya. Soihah (suara) ada energy yang dahsyat sehingga dapat menghancurkan kaum Thamud juga kaum Madyan.
iii) Al-Khosafu- dibenamkan kedalam bumi sepertimana Qarun yang dibenam, lenyap, hilang tersimpan diperut bumi bersama hartanya sekali. Timbul pula cerita iaitu apabila dikorek tanah dibelakang rumah, jumpa sesuatu, jumpa sudu patah pun dikatakan jumpa Harta Qarun. Jumpa kapal Portugis yang tenggelam di Selat Melaka pun dikatakan Harta Qarun. Istilah jumpa Harta Qarun ini hanya budaya orang Asia Tenggara ini dan tiada di Timur Tengah.
iv) Al-Ighraq- ditenggelamkan kedalam air, seperti yang dialami oleh kaum Nabi Nuh dan Fir'aun dan Haman dan tiada daripada mereka yang terselamat. Sungguhnya kelihatan sangat dahsyat dari zahirnya. Cuba lah fikirkan. Katanya Allah Maha Pengasih Penyayang. Apa untungnya Allah dengan menimpakan siksaan begitu terhadap hamba-Nya? Tidak untuk mencari kepuasan bagi Allah walhal kejahatan makhluk tidak menjejaskan Kemuliaan Allah. Tidak kah dapat dimaafkan? Lagi pula Allah juga Yang Menciptanya? Allah tidak menganiaya mereka, merekalah yang meminta sendiri. Allah Hanya Menzahirkan Sifat Keadilan-Nya Al-'Adlu. Jika Allah memaafkan hamba-Nya yang berdosa dan memasukkan ke syurga itu untuk menunjukkan Allah ingin tunjukkan sifat Ar-Rahman Ar-Rahim-Nya. Allah buat begitu bukan untuk kepentinganNya, bukan untuk membalas dendam, bukan untuk menganiaya, tidak sekali-kali. Maa syaa Allah, Subhaanallah.

No comments:
Post a Comment