1.0] Surah Al-Ankabut ayat 61;
Al-Quran telah menjelaskan tentang ini lebih 15 abad dahulu lagi tetapi baru semalam (maksudnya masih sangat baru) dihuraikan dengan sempurna oleh seorang doktor pakar dari Kanada yang bernama Doktor El-More. Ini semakin menjelaskan bahawa apa yang Allah firmankan tidak mungkin bercanggah dengan apa yang Dia ciptakan. Kalaulah kita dapat menjelaskan kebenaran ayat kauniyah sama dengan kebenaran ayat Al-Quran, itu kebolehan luarbiasa dan tidak perlu takut diserang oleh sesiapa pun dan pasti dapat meyakinkan diri dan orang lain tentang Al-Quran dan Islam.
11.0] Sekarang ini anak-anak kita semakin pandai menyoal kerana peluang mendapat maklumat semakin mudah dan canggih. Berbeza sekali dengan pertanyaan kita kepada orang tua kita dahulu. Contohnya budak dizaman dahulu sekadar bertanya siapa nama malaikat yang ditugaskan mencabut nyawa atau pun soalan iaitu sewaktu berpuasa adakah terbatal puasa jika terkentut semasa mandi. Soalan yang sederhana dan tidak mencabar, berbeza sangat dengan soalan anak-anak sekarang yang bertanya apa bukti Al-Quran itu masih asli berbanding kitab lain seperti Injil. Soalan yang mencabar dan perlu kepada jawapan yang konkrit dan ilmiah. Jangan pula jika kita sendiri tidak tahu akan jawapannya atau kita tidak mampu untuk menjawabnya maka kita marah dan mematahkan keinginan ingin tahu anak-anak itu. Jangan sampai berkata, "Tentang Al-Quran jangan disentuh, ini perkara sensitif, Al-Quran kitab suci, jangan pertikaikan, Islam pula agama rasmi !" Itu kelemahan kita yang tidak sepatutnya berlaku. Dengan kemudahan dan kecanggihan cara untuk mendapatkan maklumat sekarang, kita perlu mencari jawapan dan memberi jawapan yang betul dan memuaskan terhadap persoalan yang diutarakan oleh anak-anak kita dengan fakta-fakta ilmiah atau dengan data-data saintifik. Kita orang Islam mesti yakin dan wajib menggali ilmu Al-Quran, tidak boleh berhenti sehingga kita dipanggil kembali kepada Allah. Kenapa? Kerana Allah suruh. Bukan untuk menjadi pengerusi Planetarium Negara pun kerana jika kita layak untuk itu sekali pun, kerana ada ilmu tetapi kita sudah tidak layak kerana tidak sihat. Belum terbang pun sudah mabuk, sudah pengsan. Apabila ditanya, "Nampak apa?". Jawabnya ," Nampak gelap!"
12.0] Matlamat kita semata-mata kerana Allah suruh kita mengkaji Al-Quran seperti diperintahkan di dalam surah Al-Alaq ayat 1;
Bacalah Al-Quran dan kaji ayat kauniyah. Ilmu yang pertama yang diajar oleh Allah kepada manusia ketika Nabi Adam as masih di syurga ialah ayat kauniyah (asma akullaha) sebelum Allah ajar solat, zakat, puasa dan lain-lainnya. Wahyu yang pertama yang diberi kepada Nabi saw ialah iqra'- bacalah, iaitu dorongan yang sangat luar biasa supaya kita mempelajari seiring sejalan daripada Al-Quran dan ayat-ayat kauniyah.
13.0] Ambil contoh tentang laut, bumi dan proses turunnya hujan di dalam Al-Quran. Ada yang Allah kata hujan itu diturunkan dari langit (sama'), dari awan (sahab) atau dari mu'sirat. Tetapi diterjemahkan kedalam Bahasa Melayu semuanya sebagai dari awan. Sebab itulah susah bagi kita untuk fahami dengan lebih mendalam. Allah telah menceritakan dengan terperinci sekali tentang mekanisma turunnya hujan. Bagaimana terjadinya hujan, diterangkan dengan jelas dan luarbiasa ilmuNya. Apa bezanya mu'sirat dengan sahab (awan) atau dengan sama'?. Sama' atau langit itu apa? Adakah sama langit tempat bintang-bintang berada dengan langit tempat turunnya hujan?. Masih banyak yang perlu kita jawabkan, masih banyak yang perlu kita kaji dan cari jawapannya di dalam Al-Quran.
14.0] Penciptaan langit dan bumi ialah mukjizat kauniyah yang tidak akan habis dan tiada henti, lalu kenapalah orang kafir masih meminta lagi tanda-tanda yang lain. Sedangkan Allah tidak menjadikannya melainkan untuk menjelaskan kebenaran kerasulan Nabi saw dan membenarkan risalah-risalah yang dibawanya. Contohnya ayat diatas tadi, mereka mengakui Allahlah yang mencipta bumi yang satu ini. Allahlah yang pentaskhir -penunduk, apa yang ada di alam semesta ini.
15.0] Di dalam ayat 61 di atas, terdapat 2 perbuatan Allah iaitu menciptakan خَلَقَ -خَلْقٌ dan menundukkannya سَخَرَ- تَسْخِيْرٌ. Jika di dalam ayat sebelumnya menceritakan tentang rezki, ayat yang kita pelajari ini pun masih juga ada keserasian dengan ayat sebelumnya iaitu tentang rezki nikmat Allah. Dialah Allah yang mencipta dan menundukkan langit, bumi, bulan, matahari dan segalanya. Jika hanya terciptanya sahaja -خَلْقٌ- segala itu tidak akan memberi hikmah nikmah apabila tidak ada taskhir - (menundukkannya)- تَسْخِيْرٌ.
16.0] Taskhir- تَسْخِيْرٌ- ertinya menundukkan, bulan dipusingkan, matahari digerakkan dan masing-masing diorbitkan sesuai dengan laluan yang dilalui sehingga menyebabkan perubahan masa, hari, bulan, minit, musim dan seterusnya. Bayangkan jika Allah sudah ciptakan matahari dan bulan tetapi tidak ditundukkan malah didiamkan begitu sahaja. "Apa manafaat kepada kita?". "Tiada manafaat kepada kita!". "Apa akan terjadi kepada kita jika matahari, bulan dan bumi tidak beroriantasi?". "Mati kita!". Penyataan itu ada didalam surah Al-Qasas ayat 71, 72 dan 73;
"Bayangkan jika matahari berada dititik zenith kita, betul-betul diatas kepala kita selama 10 jam?" "Menggelegak otak kita!"."Atau lebih lama lagi dari itu?". "Apa akan jadi kepada kita?". Maknanya jika bumi kita tidak ditaskhir oleh Allah, bumi tidak berpusing. Maknanya terciptanya bumi, terciptanya matahari, tetapi tidak mendatangkan apa-apa nikmat kepada makhluk lain jika tidak ditundukkan oleh Allah.
17.0] Nikmatnya apabila Allah ciptakan dan kemudian Allah tundukkan. Nikmat itu disini terbahagi kepada 2 iaitu nikmat Iijaad اَلايجاد dan nikmat Ibqaa' اَلاِبْقَاء .
i) نِعْمَة - خَلْقٌ - اَلايجاد
ii) نِعْمَة - تَسْخِيْرٌ- اَلاِبْقَاء
i) Nikmat Iijaad - اَلايجاد - Ialah apa yang Allah ciptakan, yang Allah adakan seperti langit, bumi, matahari dan sebagainya.
ii) Nikmat Ibqaa' - اَلاِبْقَاء - Ialah nikmat yang dengannya kita dapat bertahan hidup. Selepas Allah ciptakan, Allah tundukkan. Contohnya bagaimana orbit matahari, bumi, bulan boleh serasi, padahal ketiga-tiga makhluk Allah ini mempunyai kelajuan berbeza, orbit yang tidak sama, jarak yang ditempuhi berbeza, tetapi sangat serasi sehingga kita boleh menentukan hari, bulan, saat, minit, musim, cuaca silih berganti. Cuacanya pula yang sangat selesa nyaman. Itu namanya taskhir dan taskhir itu namanya nikmat Ibqaa'.
18.0] Jika Allah ciptakan matahari, bumi dan bulan begitu sahaja dan tidak Allah tundukkan, semua tidak bergerak, kita yang lahir pun akan mati. Apa tidaknya sebab bumi yang menghadap matahari sepanjang masa akan terbakar, sementara bumi yang membelakangi matahari akan diselaputi salji tebal sepanjang masa. Mungkin kita tidak wujud. Oleh itu supaya kita mendapat nikmat hidup ini Allah tadbirkan alam, ditaskhirkan alam ini dengan sangat teratur, tidak boleh terlalu cepat atau lambat pusingannya, jarak antara matahari dengan bulan dengan bumi sentiasa dijaga. Kelajuan masing-masing planet diukur dan orbitnya tetap dan tidak boleh dilanggari dan keadaan ini telah berlaku jutaan bilion tahun.
19.0] Kita tidak dilibatkan sekelip mata pun oleh Allah SWT dalam pentadbiran alam ini. Serajin mana sekali pun orang soleh yang berdoa tidak pernah berdoa minta seperti ini, "Ya Allah, pastikanlah matahari ini sentiasa terbit dipagi hari". Kita minta atau tidak, kita percaya atau tidak percaya, begitulah Allah telah taskhirkan. Jadi inilah nilai nikmatnya kurniaan Allah.
20.0] Ditekankan kembali bahawa pertama-tamanya Al-Khalqu - diciptakan segala sesuatu, dan yang keduanya ialah taskhir- menundukkan, sebab Allah tidak taskhir jika tidak diciptakan dahulu. Tetapi jika Allah ciptakan sahaja tanpa ada taskhir, pun tiada nilai nikmatnya. Allah gunakan kuasaNya sekaligus menunjukkan nikmatNya. "Allahu Akbar!. Adakah kita bersyukur?", Kadang-kadang kita tidak bersyukur, contohnya apabila matahari panas, kita bersungut, apabila hari mendung, hujan, sejuk, kita mengeluh. Manusia ini pelik, berbanding dengan lembu yang tidak protes, tetap keluar mencari makan apabila lapar, walaupun hujan atau panas, dan tidak balik sehingga kenyang. Bahkan sewaktu hujan renyai-renyai banyak lembu yang berusrah dijalanraya.
21.0] Matahari setelah diciptakan, berada ditempat yang sama, diorbitnya, disebut di dalam Al-Quran sebagai di mustaqorrillaha, diorbit yang ditetapkan. Rujuk surahYasin ayat 38;
Bumi juga begitu, ditaskhirkan oleh Allah, maka berlakulah siang dan malam, perubahan cuaca, musim panas (shoif), musim sejuk (syita') dan musim luruh (kharif). Semua itu tidak akan berlaku jika tidak ada taskhir. Maka taskhir itu nikmat Allah, tetapi Allah tidak mungkin taskhir dahulu sebelum kholaqo. Manakala jika ada kholaqo tanpa taskhir- sakhoro- pun tidak bermanafaat.
22.0] Di dalam ayat 61 yang kita pelajari di atas, matahari (As-Syams) menjadi objek,. Bergeraknya matahari atau bulan atau bumi atau planet lain ialah kerana Allah yang menggerakkannya. Bukan bergerak dengan sendirinya kerana jika semua benda langit dan bumi diberi kebebasan untuk bergerak sendiri, tentulah berlaku perlanggaran. Alam tidak akan harmoni seperti sekarang. Allah taskhirkan, tidak bergerak melainkan digerakkan oleh Allah. Telah disukat dan ditetapkan dan ini kerja Allah dan kita tinggal untuk mensyukurinya sahaja. Jangan khuatir. Rujuk surah Al-Furqan ayat 2;
Dialah Yang menciptakan segala sesuatu dengan keKuasaanNya dan keBijaksanaanNya mengatur dan menetapkan ukuran-ukuran dengan tepat, tiada yang terlebih tiada yang terkurang. Jangan fikir yang matahari itu terlampau jauh dan elok didekatkan atau jika boleh bumi ini berpusing 12 jam sehari semalam dibulan Romadhon agar tidak lama berlapar atau berpusing 30 jam satu pusingan diwaktu Hariraya supaya dapat lama bergembira. Semuanya itu sudah disukat oleh Allah. Jangan kita fikir segala yang di langit berbilion jumlahnya itu sama jaraknya dengan kita, atau sama saiznya atau sama kelajuan gerakannya. Ada yang kecil ada yang besar, ada yang dekat ada yang sangat jauh dengan kita, kelajuan bergerak tidak sama, cahaya yang terang atau malap, umur pun tidak sama, bila matinya pun semua ditentukan, ditaskhirkan oleh Allah Yang menCiptakannya. Tidak boleh terlebih tidak boleh terkurang.
23.0] Dengan doktor pun kita tidak boleh langgari arahan. Contohnya jika doktor memberi ubat yang patut dimakan 1 biji sehari, atau ada yang patut dimakan 1 biji 3kali sehari atau yang perlu dimakan 3 biji 3 kali sehari. "Apa akan jadi jika anda tidak patuhi arahan itu? Jika arahannya ialah makan 1 kali sehari tetapi anda makan 3 kali sehari? Mungkin qoolu (mati) sebab telah terlebih kadar. Manakala yang sepatutnya anda makan 3 kali sehari tetapi anda telah memakan hanya 1 kali sehari, maka tidak berkesan sebab kurang kadarannya". Setiap sesuatu ada kadarannya - qoddaru takdiiro. Contohnya di dalam badan kita ada kandungan darah merah dan darah putih yang telah ditetapkan (ngam-ngam), jika ada salah satu yang berlebih akan memberi masalah kepada kita.
24.0] Bumi yang diliputi atmosfera bumi dimana kandungan oksigen adalah sebanyak 21% tidak boleh lebih tidak boleh kurang. Bayangkan jika kandungan oksigen di bumi kita meningkat menjadi 25% atau menjadi kurang sehingga 18% sahaja. Apa akan jadi? Siapa yang menetapkan bumi bergerak dengan kelajuannya 1,600 kilometer sejam? Siapa yang menetapkan pusingan bumi sebanyak 365.25 hari mengelilingi matahari? Kita tidak pernah ikut campur tangan. Paling tidak kita pandai merosakkan alam tetapi tidak pandai membaikinya.
25.0] Di dalam Kitab I'jazul Quran yang dikarang oleh Syeikh Mutowili Sya'rawi, nikmat Allah terbahagi kepada 2 iaitu nikmat besar dan nikmat kecil. Nikmat besar ialah menurut sunnatullah, kita tidak boleh hidup tanpanya sepertilah oksigen, matahari dan sebagainya. Manakala nikmat kecil ialah sesuatu yang kita boleh hidup tanpanya, contohnya seperti beg tangan, kasut, kereta, rumah dan sebagainya. Nenek moyang kita dahulu, rumah mereka tiada elektrik, tetapi tetap boleh hidup bahagia, bahkan anaknya ramai. Tiada television, malam bergelap, memasak menggunakan kayu-api dan sebagainya. Allah Maha Pengasih telah memberi nikmat besar secara percuma kepada makhlukNya. Samada hambaNya beriman atau fasik, munafik, percaya atau tidak percaya kepadaNya, Fir'aun sekali pun diberi percuma segala nikmat besar dariNya. Dibenarkan tinggal di bumiNya dengan segala nikmat tersedia, walhal jika Allah tarik balik salah satu sahaja daripada nikmat besar itu, tentu sangat susah hidup kita. Fikirlah sahaja dengan jantung kita, adakah pernah kita campurtangan dalam perjalanannya? Atau kita tidak sedar pun tugasan berterusannya?.
26.0] Nikmat kecil yang mana kita masih boleh hidup tanpanya disuruh Allah supaya kita mencarinya. Contohnya untuk bergerak ke sana kemari, kita boleh berjalan kaki, tetapi jika ingin lebih selesa, perlulah berusaha, berikhtiar sehingga mendapat kereta. Tetapi jika tidak dapat juga, usah kecewa, kerana itu hanya nikmat kecil yang mana kita masih boleh hidup tanpanya. Orang dahulu tiada kilang tepung, tiada roti atau makanan lain, jadi apa yang mereka makan? Mungkin mereka berguru dengan monyet (maksudnya dengan memerhati monyet makan) samada sesuatu buah itu boleh dimakan atau memabukkan, kemudian mereka pun makan untuk menyambung hidup.
27.0] Apa kata jika Allah beri pilihan seperti ini,"Wahai hambaKu, nikmat kecil yang engkau cari seperti rumah, kereta dan sebagainya Aku beri percuma kepada kamu tetapi nikmat-nikmat besar yang Aku beri percuma selama ini Aku tarik balik". Berapa lama kita boleh bertahan hidup? "Mati kita!". Kita biasa melihat kepada nikmat yang kecil walhal sepatutnya kita melihat kepada nikmat yang besar, melihat taskhir bumi langit yang ditundukkan oleh Allah. Melihat kepada nikmat Allah yang terlalu banyak tetapi kita masih kurang mensyukuri nikmat Allah.
28.0] Contoh lagi, seekor lembu yang ingin kita sembelih, jika tidak kerana Allah taskhirkan tentu tidak dapat kita menguruskannya kerana dia tahu yang kita ingin menyembelihnya lantas dilawannya kita. Mungkin juga ada seorang budak perempuan yang sudah dapat menguruskan seekor kuda yang besar, tinggi, berat berganda-ganda daripada berat dirinya. Kita mungkin kagum dan berkata, "Pandainya budak itu!". Padahal jika tidak kerana taskhir Allah, jangankan budak itu, bapa budak itu pun tidak boleh menguruskan kuda itu. Dengan adanya taskhir Allah, gajah yang besar pun dapat disuruh menari-nari. Tetapi ingat!, binatang yang kecil pun jika Allah tidak taskhirkan, kita tidak dapat lawaninya dan akhirnya kita gagal tanpa bantuan Allah. Contohnya seperti nyamuk, kuman , virus, tarantula, kala jengking dan sebagainya, yang Allah tidak taskhirkan buat kita, kita tidak mampu melawannya dan hanya mampu berdoa sahaja kepada Allah untuk keselamatan diri kita.
29.0] Jika Allah menyuruh kita bersyukur, ingatlah kepada nikmat-nikmat yang besar ini, Yang Allah taskhirkan, sebab apabila taskhir ini dicabut, mudhorat bagi kita. Contohnya apabila buah pinggang sudah tidak berfungsi atau jantung sudah tidak bekerja lagi, kematian sudah diambang, manakala keluarga tidak rela melepaskannya, berapa agaknya kos yang diperlukan untuk meneruskan nyawa?. Pernahkah kita sendiri mengira berapa kali kerdipan mata kita tanpa springnya terputus? Itu semuanya nikmat yang kita tidak sedari. Katalah jika spring mata kita terputus semasa tutup, tidak boleh lagi kita membuka mata semula dan sebaliknya jika spring mata terputus ketika mata kita sedang celek, tentu tidak dapat lagi kita pejamkan mata kita. Kemudian mata kita juga mengeluarkan cecair yang banyak fungsinya untuk kebaikan dan keselesaan kita.
30.0] Sebelum Allah beri nikmat makanan, Allah beri percuma alat untuk makan dahulu iaitu gigi. Pada pendapat anda mana yang lebih baik mendapat percuma daripada Allah, gigi atau makanan yang boleh dicari? Apabila gigi tidak ada pun sudah sangat susah untuk menikmati makanan dan tidak sama nikmat gigi asli berbanding gigi palsu. Begitu juga dengan nikmat adanya air liur, yang menjadi simbol kenikmatan sesuatu makanan. Apabila melihat makanan yang sedap-sedap, air liur pun terkeluar. Jika tidak ada air liur, makan tiada rasa, dan hadapi masalah dalam kunyahan yang membawa kepada masalah penghadaman.
31.0] Sekali lagi ditekankan bahawa nikmat besarlah yang patut disyukuri, adanya kholqun (ciptaan Allah) dan diikuti dengan taskhir Allah (Allah menundukkannya). Adalah lebih baik jika ada kaki tetapi tiada kereta daripada ada kereta tetapi tiada kaki. Kaki itu nikmat besar, kereta itu nikmat kecil. Sebab itu kaki diberi percuma oleh Pencipta kita kerana kita tiada upaya untuk itu manakala kereta yang merupakan nikmat kecil, dimana kita masih boleh mencari sendiri dengan berusaha dan berikhtiar mendapatkannya. Kalau sudah mendapat kereta itu, bersyukurlah tetapi jika tidak mendapatkannya, janganlah kecewa kerana kita sudah punya kaki untuk bergerak. Hidup kita akan menjadi lapang, hati akan sentiasa senang kerana terlalu banyak lagi nikmat-nikmat besar yang patut disyukuri berbanding sedikit kekurangan pada nikmat kecil yang Allah telah berikan kepada kita. Mudah-mudahan kita semua diberkati Allah. Allahumma aamiin.
Allah berfirman kepada orang-orang kafir yang merasa tidak cukup dengan ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi saw sebagai bukti kebenaran kerasulan dan risalahNya dan mereka masih menuntut dan meminta bukti-bukti dan ayat-ayat yang lain. Inilah bukti atau ayat dari Allah. "Allah telah menjadikan bagi kamu ayat-ayat kauniyah sebelum Allah mengutuskan utusannya. Terciptanya alam semesta sebelum Allah ciptakan para nabi, para utusanNya". Ayat-ayat kauniyah ialah ayat-ayat yang menunjukkan kemukjizatan atau kekuasaan Allah yang ditunjukkan dalam penciptaan langit dan bumi. Allah juga mencabar makhluk, "Adakah diantara kamu yang dapat menciptakan sesuatu walaupun sedikit atau pun kecil yang menyerupai daripada apa-apa yang Allah telah ciptakan?"
2.0] Ayat-ayat atau bukti yang menunjukkan keEsaan Allah dan keKuasaanNya secara umumnya terbahagi kepada 2 iaitu:
i) Ayat-ayat kauniyah
ii) Ayat-ayat Al-Quran.
اَلآيَاتُ الْدَالَةُ عَلَى وَحْدَانِيَةَالله - اَلآيَاتُ الْكَوْنِيَة - اَلآيَاتُ الْقُرْآنِيَة
Ayat-ayat yang menunjukkan kebesaran kekuasaan Allah SWT, ayat-ayat yang menunjukkan kebenaran Nabi saw dan ayat-ayat yang menunjukkan kebenaran risalah yang dibawa oleh Nabi saw terbahagi kepada ayat-ayat kauniyah dan ayat-ayat Al-Quran.
3.0] Ayat-ayat kauniyah yakni bukti atau tanda-tanda kebesaran Allah yang Allah ciptakan seperti matahari, bumi, langit, bulan, bintang dan sebagainya dan termasuk juga penundukan sekelian makhluk Allah itu kepada pentadbiran Allah SWT. Peredaran semua planet dengan teratur, harmoni, tiada kerosakan, tiada pelanggaran, tiada mudhorat kepada hidupan lain, terciptanya isi langit dan bumi daripada tiada kepada ada, ditadbir dengan penuh keseimbangan telah dapat menunjukkan keEsaan Allah SWT sebelum para nabi diutus menjadi nabi lagi.
4.0] Ayat-ayat Al-Quran pula ialah ayat-ayat yang diturunkan atau ayat-ayat yang difirmankan oleh Allah bagi menunjukkan tanda keEsaan Allah, tanda kerasulan nabi dan tanda kebenaran risalah nabi-nabiNya.
5.0] Kedua-duanya datang daripada Allah, sebagai bukti dan dalil keEsaanNya, untuk membuktikan kebenaran kerasulan nabi-nabi dan kebenaran risalah yang dibawa oleh nabi-nabiNya. Ketika orang kafir menolak kebenaran Al-Quran yang disampaikan oleh Nabi saw, mereka menuduh Al-Quran sebagai syairlah, dongengan orang dahululah, sebagai ramalan bomohlah dan sebagainya, kemudian Nabi Muhammad saw pula dianggap sebagai pembohong, bomoh atau majnun, lalu mereka meminta buktinya, "Apa tandanya, adakah tanda yang lain?" Allah menjawab, "Ada!" Dan tanda itu Allah berikan yakni terciptanya sekelian makhluk alam ini dan ditundukkan oleh Allah. Jika mereka ditanya, "Siapa yang menciptakan semua ini, bumi langit dan segala isinya?" Mereka tiada jawapan lain kecuali menjawab, "Allah!". Pengakuan ikhlas daripada mereka bahawa yang menciptakan segala yang wujud adalah Allah semata-mata. Mereka tidak mampu mengingkarinya lalu Allah kata,"Jika kamu telah mempercayai bahawa Aku sahajalah yang menciptakan segala yang maujud ini, bumi langit dan segala isinya, matahari, bulan, bintang dan segalanya. Aku jugalah yang menurunkan Al-Quran kepada NabiKu. Kenapa pula kamu mengingkari Al-Quran yang dibawa oleh NabiKu? Al-Quran itu firmanKu, bagaimana pula kamu dapat dipalingkan?.
6.0] Jika orang sudah meyakini bahawa bumi langit dan segala makhluk itu Allah yang ciptakan, sepatutnya orang itu mengakui firman Allah kerana tiada pertentangan, tiada perselisihan, tiada percanggahan antara apa yang difirmankan oleh Allah di dalam Al-Quran dengan kebenaran di dalam penciptaan alam dan segala isinya. Contohnya seperti yang terdapat di dalam surah Yasin iaitu surah yang paling banyak dihafal orang, apa yang difirmankan Allah di dalam surah Yasin adalah sama dengan yang Allah ciptakan di alam realiti. Lainlah dengan sesetengah manusia yang cakapnya tidak serupa bikin, lain yang dikata lain yang dikota. Cuba lihat surah Yasin ayat 37;

Di dalam ayat diatas dinyatakan tentang malam, Allah menanggalkan atau melepaskan atau menghilangkan siang dari malam. Oleh itu apa jadi dengan bumi setelah siang ditanggalkan? Gelap atau terang? Jawapannya ialah bumi menjadi gelap. Ayat diatas ini ialah ayat quraniah yang menceritakan ayat (bukti) kauniyah. Apakah realiti di dalam alam semesta ini? Memang tiada percanggahan, bumi akan alami malam, gelap, apabila siang ditanggalkan dari malam. Ayat ini walaupun singkat tetapi sarat dengan muatan makna. Kalimah salakho - naslakh -سَلَخَ - يَسْلَخُ - didalam ayat itu bermaksud benda yang ditanggalkan itu sangat nipis dan yang ditanggalkan itu ialah siang. Bumi yang menghadap matahari akan alami siang tetapi adalah sangat sedikit bandingannya dengan kawasan bumi yang tidak menghadap matahari dan ruang antara bumi dengan matahari, iaitu yang mengalami malam atau kegelapan. Ketebalan siang yang menutupi bumi hanya lebih-kurang 200 kilometer sahaja sedangkan jarak bumi dengan matahari ialah 150 juta kilometer. Oleh itu tebalnya siang berbanding dengan ketebalan malam adalah jauh lebih tebalnya malam atau kegelapan dialam ini. Cahaya pula tidak boleh dilihat kecualilah apabila ianya terpantul keatas sesuatu benda lain. Sebab itulah Allah gunakan kalimah naslakh- salakho- tanggalkan- dan bendanya nipis dan di dalam ayat itu dimaksudkan kepada siang atau bahagian bumi yang terang yang hanya sangat sedikit berbanding kegelapan dialam ini.
7.0] Tidak mungkin Allah berfirman berbeza dengan apa yang Allah ciptakan. Tidak mungkin Allah ciptakan berbeza dengan apa yang Allah firmankan. Ertinya kebenaran firman Allah pasti serasi, pasti seiring sejalan dan bertembung dengan kebenaran apa yang Allah ciptakan.
8.0] Orang kafir telah mengakui kebenaran ayat atau bukti kauniyah tetapi tidak mengakui kebenaran ayat Al-Quran. "Kenapa?" Walhal Al-Quran itu firman Allah, ayat kauniyah itu pula ciptaan Allah, sedangkan Allah tidak mungkin berfirman berbeza dengan apa yang diciptakanNya.
9.0] Sebagaimana yang kita tahu, matahari ialah benda yang mengeluarkan cahaya sendiri manakala bulan ialah benda yang hanya memantulkan cahaya dan tidak punya cahaya sendiri. Bila kita tahu tentang ini? Jawapannya ialah, "Baru semalamkan?" Maksudnya semua perkembangan ilmu tentang itu adalah masih baru tetapi tahukah kita bahawa sebelum manusia tahu bahawa bulan hanya memantul cahaya dan matahari punya cahaya sendiri, Al-Quran sudah memberitahunya 15 abad yang lalu. Rahsia ciptaan Allah, rahsia ayat kauniyah baru diketahui orang tetapi rahsia itu telah pun diceritakan oleh Allah di dalam Al-Quran lebih 15 abad lalu. Rujuk surah Yunus ayat 5 dan ayat ini konsistan dengan ayat-ayat yang lain.

Allah bezakan sebutan untuk cahaya matahari sebagai dhiaa an-ضِيَاءً dan cahaya bulan sebagai nuura-نُورًا. Dhiaa an-ضِيَاءً - matahari bersinar panas, kerana matahari ada sumber cahayanya sendiri manakala nuura bulan ialah cahaya yang sejuk iaitu cahaya yang dipantulkan sahaja oleh matahari. Sedangkan kita baru tahu hakikat ayat kauniyah ini. Katakanlah terbalik hakikatnya, iaitu jika bulan ada cahaya sendiri dan matahari pula ialah cahaya yang terpantul, tentulah orang tidak akan mempercayai Al-Quran lagi, tetapi ternyata tidak mungkin Al-Quran ceritakan lain dan bukti ayat kauniyah lain. Kebenaran keduanya pasti sama. Orang kafir apabila ditanya tentang ayat-ayat kauniyah tidak menolak tetapi menolak ayat-ayat Al-Quran sedangkan isi kebenarannya sama.
10.0] Di dalam banyak surah seperti surah Yasin dan surah Ar-Rahman, apabila Allah menceritakan tentang timur dan barat, kadang-kadang Allah menggunakan mufrad (bilangan tunggal), kadang-kadang Allah gunakan muthanna (2 timur dan 2 barat), dan ada juga yang Allah kata banyak timur dan banyak barat. Itu sebenarnya tentang cerita kauniyah yang ada maklumat berbeza yang ingin Allah sampaikan yang menunjukkan bahawa banyak lagi, tidak terkira, perkara yang perlu kita kaji. Kalau kita ditanya, dalam diri kita ini, bahagian anggota mana yang berbohong, dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Adakah mulut atau hati atau mata atau apa? Ilmu tercanggih dari Al-Quran telah mendedahkan bahawa arahan berbohong datangnya daripada frontal-lobe (lobus-frontalis) atau ubun-ubun yang bekerja untuk otak hadapan. Yang memberi arahan untuk bercakap benar atau bohong, jujur atau tipu atau derhaka ialah bahagian ubun-ubun seseorang itu. Rujuk surah Al-'Alaq ayat 15 dan 16;
10.0] Di dalam banyak surah seperti surah Yasin dan surah Ar-Rahman, apabila Allah menceritakan tentang timur dan barat, kadang-kadang Allah menggunakan mufrad (bilangan tunggal), kadang-kadang Allah gunakan muthanna (2 timur dan 2 barat), dan ada juga yang Allah kata banyak timur dan banyak barat. Itu sebenarnya tentang cerita kauniyah yang ada maklumat berbeza yang ingin Allah sampaikan yang menunjukkan bahawa banyak lagi, tidak terkira, perkara yang perlu kita kaji. Kalau kita ditanya, dalam diri kita ini, bahagian anggota mana yang berbohong, dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Adakah mulut atau hati atau mata atau apa? Ilmu tercanggih dari Al-Quran telah mendedahkan bahawa arahan berbohong datangnya daripada frontal-lobe (lobus-frontalis) atau ubun-ubun yang bekerja untuk otak hadapan. Yang memberi arahan untuk bercakap benar atau bohong, jujur atau tipu atau derhaka ialah bahagian ubun-ubun seseorang itu. Rujuk surah Al-'Alaq ayat 15 dan 16;
Al-Quran telah menjelaskan tentang ini lebih 15 abad dahulu lagi tetapi baru semalam (maksudnya masih sangat baru) dihuraikan dengan sempurna oleh seorang doktor pakar dari Kanada yang bernama Doktor El-More. Ini semakin menjelaskan bahawa apa yang Allah firmankan tidak mungkin bercanggah dengan apa yang Dia ciptakan. Kalaulah kita dapat menjelaskan kebenaran ayat kauniyah sama dengan kebenaran ayat Al-Quran, itu kebolehan luarbiasa dan tidak perlu takut diserang oleh sesiapa pun dan pasti dapat meyakinkan diri dan orang lain tentang Al-Quran dan Islam.
11.0] Sekarang ini anak-anak kita semakin pandai menyoal kerana peluang mendapat maklumat semakin mudah dan canggih. Berbeza sekali dengan pertanyaan kita kepada orang tua kita dahulu. Contohnya budak dizaman dahulu sekadar bertanya siapa nama malaikat yang ditugaskan mencabut nyawa atau pun soalan iaitu sewaktu berpuasa adakah terbatal puasa jika terkentut semasa mandi. Soalan yang sederhana dan tidak mencabar, berbeza sangat dengan soalan anak-anak sekarang yang bertanya apa bukti Al-Quran itu masih asli berbanding kitab lain seperti Injil. Soalan yang mencabar dan perlu kepada jawapan yang konkrit dan ilmiah. Jangan pula jika kita sendiri tidak tahu akan jawapannya atau kita tidak mampu untuk menjawabnya maka kita marah dan mematahkan keinginan ingin tahu anak-anak itu. Jangan sampai berkata, "Tentang Al-Quran jangan disentuh, ini perkara sensitif, Al-Quran kitab suci, jangan pertikaikan, Islam pula agama rasmi !" Itu kelemahan kita yang tidak sepatutnya berlaku. Dengan kemudahan dan kecanggihan cara untuk mendapatkan maklumat sekarang, kita perlu mencari jawapan dan memberi jawapan yang betul dan memuaskan terhadap persoalan yang diutarakan oleh anak-anak kita dengan fakta-fakta ilmiah atau dengan data-data saintifik. Kita orang Islam mesti yakin dan wajib menggali ilmu Al-Quran, tidak boleh berhenti sehingga kita dipanggil kembali kepada Allah. Kenapa? Kerana Allah suruh. Bukan untuk menjadi pengerusi Planetarium Negara pun kerana jika kita layak untuk itu sekali pun, kerana ada ilmu tetapi kita sudah tidak layak kerana tidak sihat. Belum terbang pun sudah mabuk, sudah pengsan. Apabila ditanya, "Nampak apa?". Jawabnya ," Nampak gelap!"
12.0] Matlamat kita semata-mata kerana Allah suruh kita mengkaji Al-Quran seperti diperintahkan di dalam surah Al-Alaq ayat 1;
Bacalah Al-Quran dan kaji ayat kauniyah. Ilmu yang pertama yang diajar oleh Allah kepada manusia ketika Nabi Adam as masih di syurga ialah ayat kauniyah (asma akullaha) sebelum Allah ajar solat, zakat, puasa dan lain-lainnya. Wahyu yang pertama yang diberi kepada Nabi saw ialah iqra'- bacalah, iaitu dorongan yang sangat luar biasa supaya kita mempelajari seiring sejalan daripada Al-Quran dan ayat-ayat kauniyah.
13.0] Ambil contoh tentang laut, bumi dan proses turunnya hujan di dalam Al-Quran. Ada yang Allah kata hujan itu diturunkan dari langit (sama'), dari awan (sahab) atau dari mu'sirat. Tetapi diterjemahkan kedalam Bahasa Melayu semuanya sebagai dari awan. Sebab itulah susah bagi kita untuk fahami dengan lebih mendalam. Allah telah menceritakan dengan terperinci sekali tentang mekanisma turunnya hujan. Bagaimana terjadinya hujan, diterangkan dengan jelas dan luarbiasa ilmuNya. Apa bezanya mu'sirat dengan sahab (awan) atau dengan sama'?. Sama' atau langit itu apa? Adakah sama langit tempat bintang-bintang berada dengan langit tempat turunnya hujan?. Masih banyak yang perlu kita jawabkan, masih banyak yang perlu kita kaji dan cari jawapannya di dalam Al-Quran.
14.0] Penciptaan langit dan bumi ialah mukjizat kauniyah yang tidak akan habis dan tiada henti, lalu kenapalah orang kafir masih meminta lagi tanda-tanda yang lain. Sedangkan Allah tidak menjadikannya melainkan untuk menjelaskan kebenaran kerasulan Nabi saw dan membenarkan risalah-risalah yang dibawanya. Contohnya ayat diatas tadi, mereka mengakui Allahlah yang mencipta bumi yang satu ini. Allahlah yang pentaskhir -penunduk, apa yang ada di alam semesta ini.
15.0] Di dalam ayat 61 di atas, terdapat 2 perbuatan Allah iaitu menciptakan خَلَقَ -خَلْقٌ dan menundukkannya سَخَرَ- تَسْخِيْرٌ. Jika di dalam ayat sebelumnya menceritakan tentang rezki, ayat yang kita pelajari ini pun masih juga ada keserasian dengan ayat sebelumnya iaitu tentang rezki nikmat Allah. Dialah Allah yang mencipta dan menundukkan langit, bumi, bulan, matahari dan segalanya. Jika hanya terciptanya sahaja -خَلْقٌ- segala itu tidak akan memberi hikmah nikmah apabila tidak ada taskhir - (menundukkannya)- تَسْخِيْرٌ.
16.0] Taskhir- تَسْخِيْرٌ- ertinya menundukkan, bulan dipusingkan, matahari digerakkan dan masing-masing diorbitkan sesuai dengan laluan yang dilalui sehingga menyebabkan perubahan masa, hari, bulan, minit, musim dan seterusnya. Bayangkan jika Allah sudah ciptakan matahari dan bulan tetapi tidak ditundukkan malah didiamkan begitu sahaja. "Apa manafaat kepada kita?". "Tiada manafaat kepada kita!". "Apa akan terjadi kepada kita jika matahari, bulan dan bumi tidak beroriantasi?". "Mati kita!". Penyataan itu ada didalam surah Al-Qasas ayat 71, 72 dan 73;
"Bayangkan jika matahari berada dititik zenith kita, betul-betul diatas kepala kita selama 10 jam?" "Menggelegak otak kita!"."Atau lebih lama lagi dari itu?". "Apa akan jadi kepada kita?". Maknanya jika bumi kita tidak ditaskhir oleh Allah, bumi tidak berpusing. Maknanya terciptanya bumi, terciptanya matahari, tetapi tidak mendatangkan apa-apa nikmat kepada makhluk lain jika tidak ditundukkan oleh Allah.
17.0] Nikmatnya apabila Allah ciptakan dan kemudian Allah tundukkan. Nikmat itu disini terbahagi kepada 2 iaitu nikmat Iijaad اَلايجاد dan nikmat Ibqaa' اَلاِبْقَاء .
i) نِعْمَة - خَلْقٌ - اَلايجاد
ii) نِعْمَة - تَسْخِيْرٌ- اَلاِبْقَاء
i) Nikmat Iijaad - اَلايجاد - Ialah apa yang Allah ciptakan, yang Allah adakan seperti langit, bumi, matahari dan sebagainya.
ii) Nikmat Ibqaa' - اَلاِبْقَاء - Ialah nikmat yang dengannya kita dapat bertahan hidup. Selepas Allah ciptakan, Allah tundukkan. Contohnya bagaimana orbit matahari, bumi, bulan boleh serasi, padahal ketiga-tiga makhluk Allah ini mempunyai kelajuan berbeza, orbit yang tidak sama, jarak yang ditempuhi berbeza, tetapi sangat serasi sehingga kita boleh menentukan hari, bulan, saat, minit, musim, cuaca silih berganti. Cuacanya pula yang sangat selesa nyaman. Itu namanya taskhir dan taskhir itu namanya nikmat Ibqaa'.
18.0] Jika Allah ciptakan matahari, bumi dan bulan begitu sahaja dan tidak Allah tundukkan, semua tidak bergerak, kita yang lahir pun akan mati. Apa tidaknya sebab bumi yang menghadap matahari sepanjang masa akan terbakar, sementara bumi yang membelakangi matahari akan diselaputi salji tebal sepanjang masa. Mungkin kita tidak wujud. Oleh itu supaya kita mendapat nikmat hidup ini Allah tadbirkan alam, ditaskhirkan alam ini dengan sangat teratur, tidak boleh terlalu cepat atau lambat pusingannya, jarak antara matahari dengan bulan dengan bumi sentiasa dijaga. Kelajuan masing-masing planet diukur dan orbitnya tetap dan tidak boleh dilanggari dan keadaan ini telah berlaku jutaan bilion tahun.
19.0] Kita tidak dilibatkan sekelip mata pun oleh Allah SWT dalam pentadbiran alam ini. Serajin mana sekali pun orang soleh yang berdoa tidak pernah berdoa minta seperti ini, "Ya Allah, pastikanlah matahari ini sentiasa terbit dipagi hari". Kita minta atau tidak, kita percaya atau tidak percaya, begitulah Allah telah taskhirkan. Jadi inilah nilai nikmatnya kurniaan Allah.
20.0] Ditekankan kembali bahawa pertama-tamanya Al-Khalqu - diciptakan segala sesuatu, dan yang keduanya ialah taskhir- menundukkan, sebab Allah tidak taskhir jika tidak diciptakan dahulu. Tetapi jika Allah ciptakan sahaja tanpa ada taskhir, pun tiada nilai nikmatnya. Allah gunakan kuasaNya sekaligus menunjukkan nikmatNya. "Allahu Akbar!. Adakah kita bersyukur?", Kadang-kadang kita tidak bersyukur, contohnya apabila matahari panas, kita bersungut, apabila hari mendung, hujan, sejuk, kita mengeluh. Manusia ini pelik, berbanding dengan lembu yang tidak protes, tetap keluar mencari makan apabila lapar, walaupun hujan atau panas, dan tidak balik sehingga kenyang. Bahkan sewaktu hujan renyai-renyai banyak lembu yang berusrah dijalanraya.
21.0] Matahari setelah diciptakan, berada ditempat yang sama, diorbitnya, disebut di dalam Al-Quran sebagai di mustaqorrillaha, diorbit yang ditetapkan. Rujuk surahYasin ayat 38;
Bumi juga begitu, ditaskhirkan oleh Allah, maka berlakulah siang dan malam, perubahan cuaca, musim panas (shoif), musim sejuk (syita') dan musim luruh (kharif). Semua itu tidak akan berlaku jika tidak ada taskhir. Maka taskhir itu nikmat Allah, tetapi Allah tidak mungkin taskhir dahulu sebelum kholaqo. Manakala jika ada kholaqo tanpa taskhir- sakhoro- pun tidak bermanafaat.
22.0] Di dalam ayat 61 yang kita pelajari di atas, matahari (As-Syams) menjadi objek,. Bergeraknya matahari atau bulan atau bumi atau planet lain ialah kerana Allah yang menggerakkannya. Bukan bergerak dengan sendirinya kerana jika semua benda langit dan bumi diberi kebebasan untuk bergerak sendiri, tentulah berlaku perlanggaran. Alam tidak akan harmoni seperti sekarang. Allah taskhirkan, tidak bergerak melainkan digerakkan oleh Allah. Telah disukat dan ditetapkan dan ini kerja Allah dan kita tinggal untuk mensyukurinya sahaja. Jangan khuatir. Rujuk surah Al-Furqan ayat 2;
Dialah Yang menciptakan segala sesuatu dengan keKuasaanNya dan keBijaksanaanNya mengatur dan menetapkan ukuran-ukuran dengan tepat, tiada yang terlebih tiada yang terkurang. Jangan fikir yang matahari itu terlampau jauh dan elok didekatkan atau jika boleh bumi ini berpusing 12 jam sehari semalam dibulan Romadhon agar tidak lama berlapar atau berpusing 30 jam satu pusingan diwaktu Hariraya supaya dapat lama bergembira. Semuanya itu sudah disukat oleh Allah. Jangan kita fikir segala yang di langit berbilion jumlahnya itu sama jaraknya dengan kita, atau sama saiznya atau sama kelajuan gerakannya. Ada yang kecil ada yang besar, ada yang dekat ada yang sangat jauh dengan kita, kelajuan bergerak tidak sama, cahaya yang terang atau malap, umur pun tidak sama, bila matinya pun semua ditentukan, ditaskhirkan oleh Allah Yang menCiptakannya. Tidak boleh terlebih tidak boleh terkurang.
23.0] Dengan doktor pun kita tidak boleh langgari arahan. Contohnya jika doktor memberi ubat yang patut dimakan 1 biji sehari, atau ada yang patut dimakan 1 biji 3kali sehari atau yang perlu dimakan 3 biji 3 kali sehari. "Apa akan jadi jika anda tidak patuhi arahan itu? Jika arahannya ialah makan 1 kali sehari tetapi anda makan 3 kali sehari? Mungkin qoolu (mati) sebab telah terlebih kadar. Manakala yang sepatutnya anda makan 3 kali sehari tetapi anda telah memakan hanya 1 kali sehari, maka tidak berkesan sebab kurang kadarannya". Setiap sesuatu ada kadarannya - qoddaru takdiiro. Contohnya di dalam badan kita ada kandungan darah merah dan darah putih yang telah ditetapkan (ngam-ngam), jika ada salah satu yang berlebih akan memberi masalah kepada kita.
24.0] Bumi yang diliputi atmosfera bumi dimana kandungan oksigen adalah sebanyak 21% tidak boleh lebih tidak boleh kurang. Bayangkan jika kandungan oksigen di bumi kita meningkat menjadi 25% atau menjadi kurang sehingga 18% sahaja. Apa akan jadi? Siapa yang menetapkan bumi bergerak dengan kelajuannya 1,600 kilometer sejam? Siapa yang menetapkan pusingan bumi sebanyak 365.25 hari mengelilingi matahari? Kita tidak pernah ikut campur tangan. Paling tidak kita pandai merosakkan alam tetapi tidak pandai membaikinya.
25.0] Di dalam Kitab I'jazul Quran yang dikarang oleh Syeikh Mutowili Sya'rawi, nikmat Allah terbahagi kepada 2 iaitu nikmat besar dan nikmat kecil. Nikmat besar ialah menurut sunnatullah, kita tidak boleh hidup tanpanya sepertilah oksigen, matahari dan sebagainya. Manakala nikmat kecil ialah sesuatu yang kita boleh hidup tanpanya, contohnya seperti beg tangan, kasut, kereta, rumah dan sebagainya. Nenek moyang kita dahulu, rumah mereka tiada elektrik, tetapi tetap boleh hidup bahagia, bahkan anaknya ramai. Tiada television, malam bergelap, memasak menggunakan kayu-api dan sebagainya. Allah Maha Pengasih telah memberi nikmat besar secara percuma kepada makhlukNya. Samada hambaNya beriman atau fasik, munafik, percaya atau tidak percaya kepadaNya, Fir'aun sekali pun diberi percuma segala nikmat besar dariNya. Dibenarkan tinggal di bumiNya dengan segala nikmat tersedia, walhal jika Allah tarik balik salah satu sahaja daripada nikmat besar itu, tentu sangat susah hidup kita. Fikirlah sahaja dengan jantung kita, adakah pernah kita campurtangan dalam perjalanannya? Atau kita tidak sedar pun tugasan berterusannya?.
26.0] Nikmat kecil yang mana kita masih boleh hidup tanpanya disuruh Allah supaya kita mencarinya. Contohnya untuk bergerak ke sana kemari, kita boleh berjalan kaki, tetapi jika ingin lebih selesa, perlulah berusaha, berikhtiar sehingga mendapat kereta. Tetapi jika tidak dapat juga, usah kecewa, kerana itu hanya nikmat kecil yang mana kita masih boleh hidup tanpanya. Orang dahulu tiada kilang tepung, tiada roti atau makanan lain, jadi apa yang mereka makan? Mungkin mereka berguru dengan monyet (maksudnya dengan memerhati monyet makan) samada sesuatu buah itu boleh dimakan atau memabukkan, kemudian mereka pun makan untuk menyambung hidup.
27.0] Apa kata jika Allah beri pilihan seperti ini,"Wahai hambaKu, nikmat kecil yang engkau cari seperti rumah, kereta dan sebagainya Aku beri percuma kepada kamu tetapi nikmat-nikmat besar yang Aku beri percuma selama ini Aku tarik balik". Berapa lama kita boleh bertahan hidup? "Mati kita!". Kita biasa melihat kepada nikmat yang kecil walhal sepatutnya kita melihat kepada nikmat yang besar, melihat taskhir bumi langit yang ditundukkan oleh Allah. Melihat kepada nikmat Allah yang terlalu banyak tetapi kita masih kurang mensyukuri nikmat Allah.
28.0] Contoh lagi, seekor lembu yang ingin kita sembelih, jika tidak kerana Allah taskhirkan tentu tidak dapat kita menguruskannya kerana dia tahu yang kita ingin menyembelihnya lantas dilawannya kita. Mungkin juga ada seorang budak perempuan yang sudah dapat menguruskan seekor kuda yang besar, tinggi, berat berganda-ganda daripada berat dirinya. Kita mungkin kagum dan berkata, "Pandainya budak itu!". Padahal jika tidak kerana taskhir Allah, jangankan budak itu, bapa budak itu pun tidak boleh menguruskan kuda itu. Dengan adanya taskhir Allah, gajah yang besar pun dapat disuruh menari-nari. Tetapi ingat!, binatang yang kecil pun jika Allah tidak taskhirkan, kita tidak dapat lawaninya dan akhirnya kita gagal tanpa bantuan Allah. Contohnya seperti nyamuk, kuman , virus, tarantula, kala jengking dan sebagainya, yang Allah tidak taskhirkan buat kita, kita tidak mampu melawannya dan hanya mampu berdoa sahaja kepada Allah untuk keselamatan diri kita.
29.0] Jika Allah menyuruh kita bersyukur, ingatlah kepada nikmat-nikmat yang besar ini, Yang Allah taskhirkan, sebab apabila taskhir ini dicabut, mudhorat bagi kita. Contohnya apabila buah pinggang sudah tidak berfungsi atau jantung sudah tidak bekerja lagi, kematian sudah diambang, manakala keluarga tidak rela melepaskannya, berapa agaknya kos yang diperlukan untuk meneruskan nyawa?. Pernahkah kita sendiri mengira berapa kali kerdipan mata kita tanpa springnya terputus? Itu semuanya nikmat yang kita tidak sedari. Katalah jika spring mata kita terputus semasa tutup, tidak boleh lagi kita membuka mata semula dan sebaliknya jika spring mata terputus ketika mata kita sedang celek, tentu tidak dapat lagi kita pejamkan mata kita. Kemudian mata kita juga mengeluarkan cecair yang banyak fungsinya untuk kebaikan dan keselesaan kita.
30.0] Sebelum Allah beri nikmat makanan, Allah beri percuma alat untuk makan dahulu iaitu gigi. Pada pendapat anda mana yang lebih baik mendapat percuma daripada Allah, gigi atau makanan yang boleh dicari? Apabila gigi tidak ada pun sudah sangat susah untuk menikmati makanan dan tidak sama nikmat gigi asli berbanding gigi palsu. Begitu juga dengan nikmat adanya air liur, yang menjadi simbol kenikmatan sesuatu makanan. Apabila melihat makanan yang sedap-sedap, air liur pun terkeluar. Jika tidak ada air liur, makan tiada rasa, dan hadapi masalah dalam kunyahan yang membawa kepada masalah penghadaman.
31.0] Sekali lagi ditekankan bahawa nikmat besarlah yang patut disyukuri, adanya kholqun (ciptaan Allah) dan diikuti dengan taskhir Allah (Allah menundukkannya). Adalah lebih baik jika ada kaki tetapi tiada kereta daripada ada kereta tetapi tiada kaki. Kaki itu nikmat besar, kereta itu nikmat kecil. Sebab itu kaki diberi percuma oleh Pencipta kita kerana kita tiada upaya untuk itu manakala kereta yang merupakan nikmat kecil, dimana kita masih boleh mencari sendiri dengan berusaha dan berikhtiar mendapatkannya. Kalau sudah mendapat kereta itu, bersyukurlah tetapi jika tidak mendapatkannya, janganlah kecewa kerana kita sudah punya kaki untuk bergerak. Hidup kita akan menjadi lapang, hati akan sentiasa senang kerana terlalu banyak lagi nikmat-nikmat besar yang patut disyukuri berbanding sedikit kekurangan pada nikmat kecil yang Allah telah berikan kepada kita. Mudah-mudahan kita semua diberkati Allah. Allahumma aamiin.
No comments:
Post a Comment