1.0] Surah Al-'Ankabut ayat 68 yang telah kita pelajari minggu lepas ada dijelaskan oleh Ibnu Kathir dalam tafsirnya, bahawa ada golongan manusia yang sangat dibenci oleh Allah kerana Allah anggap mereka manusia yang paling zalim. Mereka yang paling zalim itu ialah;
i) Muftarin- Orang yang mengada-ngadakan kebohongan atas nama Allah
ii) Mukazzib- Orang yang mendustakan kebenaran yang datang daripada Allah.
Lebih zalim lagi jika kedua-dua sifat itu ada pada diri seseorang sekali-gus, sedangkan jika seseorang itu hanya sebagai muftarin atau sebagai mukazzib sahaja pun sudah menjadi orang yang paling zalim. Pada zaman Nabi saw, orang seperti itu ialah Musailamah Al-Kazzab yang mengada-ngadakan kebohongan terhadap Allah. Dia mengaku dan mendakwa mendapat wahyu daripada Allah (muftarin) dan juga mendustakan wahyu yang diberikan kepada Nabi Muhammad saw, bahkan mendakwa dia boleh membuat Al-Quran seperti yang diberikan kepada Nabi saw (mukazzib). Rujuk surah Al-An'am ayat 93 untuk ringkasan cerita itu;
Apakah balasan Allah terhadap orang yang seumpama itu? Bukankah bagi orang-orang kafir itu tempat tinggal mereka di Jahannam? Apa yang ingin disampaikan ialah tentang kalimah mathwa dan makwa. Di dalam Al-Quran ada kalimah yang berbeza tetapi telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu sebagai sama makna. Contohnya kalimah mathwa اَلْمَثْوَى dan makwa اَلْمَأوَى yang diterjemahkan kedalam Bahasa Melayu sebagai tempat kembali, padahal ianya 2 kalimah berbeza dan rootwordnya pun berbeza;
i) اَلْمَثْوَى - ثَوَى - يَثْوِى - tempat kembali
ii) اَلْمَأوَى - أَوَى - يَأوَى - tempat kembali
Mathwa daripada thawa - yathwi, makna asalnya ialah menetap atau tinggal disuatu tempat dan tidak berpindah-randah. Contohnya seperti tinggal di dalam bilik yang lebarnya 10 kaki persegi, tidak ada kebebasan sama sekali, tidak boleh pindah, tidak boleh keluar. Orang itu terpenjara walaupun bukan penjara. Walaupun tinggal di bungalow, jika tiada kebebasan untuk keluar, terkepung dengan pagar yang tinggi, tidak selesa, itu juga dikatakan sebagai mathwa (isim makan, katanama tempat, daripada thawa, yathwi)
Makwa (isim makan-katanama tempat) daripada awa, yakwi, makna asalnya ialah tempat yang dicari bagi mendapatkan perlindungan, keselamatan dan keamanan dan tentulah selesa.
2.0] Ashaabul Kahfi, seperti dalam surah Al-Kahfi ayat 16, ketika mengambil keputusan meninggalkan kaumnya, mengambil keputusan menyembah Allah semata-mata, melawan aqidah kaumnya, meninggalkan tempat asal dengan pergi ke gua, fakwu, "Carilah kamu tempat perlindungan yang selamat dan aman". Penggunaan kalimah mathwa dan makwa sebenarnya adalah berbeza, dimana mathwa bermakna tempat tinggal yang tetap, tidak ada kebebasan sama sekali, terpenjara, tempat siksaan dan digunakan untuk neraka sahaja dan tidak digunakan untuk syurga. manakala makwa ialah tempat kembali yang digunakan untuk syurga dan juga untuk neraka.
3.0] Kita disini mesti berusaha bersungguh-sungguh mencari tempat kembali di akhirat nanti yang dapat memberikan perlindungan, keamanan dan keselesaan kepada kita. Apabila kita mencari yang betul maka kita akan mendapat makwa (tempat kembali) syurga. Orang kafir juga mencari tempat kembali yang ada keamanan dan keselamatan tetapi mereka tersilap dalam mencari dan makwa (tempat kembali) mereka adalah neraka. Mereka tertipu di dunia dan di akhirat nanti mereka menyesal. Mencari kebahagian di akhirat sepatutnya mencari syurga tetapi kerana tersalah jalan mendapat neraka. Lihat surah As-Sajdah ayat 19 dan 20;
Mathwa ialah tempat yang disediakan manakala makwa ialah tempat yang dicari, tempat yang diharapkan dapat memberi keselamatan dan keamanan. Orang mukmin mendapat makwanya syurga manakala orang kafir mendapat makwanya neraka. Makwa digunakan untuk kedua-dua golongan ini.
4.0] Setiap kita di dunia ini sedang menempah tempat di akhirat, samada tempahan yang kita buat sekarang mendapat makwa atau tempat kembali iaitu syurga atau neraka. Makwa juga bermaksud tempat terakhir kembalinya seseorang (the final destination) dan selepas itu tiada lagi tempat lain. Manusia di akhirat nanti, apabila telah berada di makwa syurga atau neraka, tidak akan berpindah randah lagi, kekal disitu.
5.0] Makna pertama bagi makwa ialah tempat yang dicari untuk mendapat keamanan dan keselamatan. Orang mukmin dan juga orang kafir mencari makwa, tetapi boleh jadi betul atau salah. Orang mukmin yang beriman akan mendapat makwa syurga dan orang kafir akan mendapat makwa neraka. Jika kita bertanya kepada sami-sami Hindu, apabila mati nanti mereka pun tidak mahu disiksa dan ingin masuk nirwana di tempat suwargaloka. Mereka pun mencari makwa tetapi cara mencarinya salah maka akan dapat makwa neraka. Makna kedua bagi makwa ialah tempat kembali yang kekal dan tiada lagi destinasi selepas itu. Orang kafir dan fasik makwa mereka ialah neraka dan kekal disitu walaupun sebenarnya ada yang lebih baik lagi iaitu makwa syurga. Contohnya seperti kita menaiki LRT dan berhasrat untuk sampai ke stesen terakhir tetapi kita telah tersalah membeli tiket sehingga ke stesen Abdullah Hukum sahaja maka kita terpaksalah turun disitu dan tidak boleh lagi meneruskan perjalanan sehingga destinasi terakhir.
6.0] Al-Mathwa tidak sesuai untuk orang yang tinggal di syurga kerana tempat yang sempit, tidak selesa dan terpenjara. Makwa di syurga tidak terpenjara, bebas, boleh pergi kemana sahaja, tidak sama kebebasan untuk bergerak antara para nabi, para soleh-solehah, syuhada, siddiqin dan lain-lain. Ada yang dapat bergerak laju, ada juga tempat yang layak atau tidak layak untuk seseorang itu. Contohnya ahli syurga yang di bawah tidak dapat menengok syurga yang di atas manakala yang di atas boleh menengok yang dibawah. Contohnya apabila kita naik kapal-terbang, menjadi penumpang first-class, kita boleh menengok kawan yang berada di klas ekonomi. Manakala kawan yang di klas ekonomi tidak dapat naik untuk melihat kita di tempat first-class. Apa yang dimakan di klas ekonomi? "Cuma Cekodok". [Nota; nama makanan dan kuih-kuih pun tidak elok, seperti, cucur badak, badak berendam, tahi itik, dan sebagainya].
7.0] Di syurga ada orang yang di up-grade, iaitu dalam hadith Nabi saw dalam kitab Al-Jana iz, dimana seorang hamba Allah terkejut dan bertanya kepada Allah,"Wahai Tuhan, semua pahalaku sudah diterima, tetapi daripada mana lebihan pahala ini, siapa yang hantarkan, kerana memandangkan kepada amal perbuatan hamba, sudah memada dengan klas ekonomi". [Nota; Di klas ekonomi, nama hanya dipanggil sebagai encik, beg terpaksa dibawa sendiri, kena berjalan sendiri. Tetapi apabila naik first-class, nama dipanggil tuan, beg akan dibawa oleh orang lain, kasut pun dibawa oleh orang lain, betapa dimuliakan]. Hamba Allah itu terkejut kerana di up-grade, lalu Allah memberitahu kepada hamba yang tidak tahu menahu itu, "Oh!! Aku menaikkan taraf dan maqam kamu atas permohonan istighfar anak-anakmu bagi kamu. Selepas kematian kamu dahulu, anak-anak kamu sepanjang hayatnya tidak henti-henti memohon keampunan buat kamu, selepas itu cucu kamu pula terus juga memohon keampunan buat kamu dan bapanya, dan Aku terima dan sebagai ganjarannya Aku naikkan martabat kamu". Lihatlah bagaimana besarnya kesan istighfar anak-cucu untuk seseorang itu. Oleh itu usahlah risau sangat tentang anak-anak kita, nanti akan bekerja sebagai apa, tinggal di mana, tetapi risaukanlah jika mereka tidak mahu lagi beristighfar atau menjadi kurang ajar. Na'uzubillah. Kerana yang memberi manafaat kepada kita ialah istighfar anak itu. Janganlah anak-anak beristighfar hanya di 3 hari pertama kita mati sahaja, kemudian tunggu pula setahun sekali di hari ulang tahun kematian kita, kerana ulang tahun kematian tidak perlu diingati tetapi elok diingati kematian kita yang pasti. Hendaklah sentiasa diingat kematian kita yang akan tiba dengan pasti di mana-mana, bila-bila masa. Sangat bertuahlah jika mendapat anak-anak yang beristighfar. Anak yang menjadi apa pun tidak mengapa, ima jadi pemimpin atau jadi pengikut, jadi imam atau jadi makmum, duduk di bandar atau di kampung atau di pedalaman, jadi guru besar atau guru kecil, peniaga besar atau peniaga kecil, tidak mengapa, dengan syarat anak itu istiqomah dengan istighfar kepada ibubapa. Tentulah sangat seronok ibubapa itu kerana dia sendiri sudah redho kemudian diberi tambahan yang jauh lebih baik dan kekal oleh anak-cucunya.
8.0] Apa bezanya mathwa dan makwa? Banyak sekali di dalam Al-Quran menceritakan tentang mathwa dan perbezaannya dengan makwa. Sebagai catitan untuk bahan rujukan, kalimah mathwa boleh didapati di dalam surah-surah ini dan ada yang dikaitkan dengan neraka:
Surah An-Nahlu ayat 29, surah Al-Ankabut ayat 68, surah Az-Zumar ayat 32, surah Az-Zumar ayat 72, surah Ghafir ayat 76, surah Fussilat ayat 24, surah Muhammad ayat 12.
Yang menariknya untuk orang kafir disebut kedua-duanya sekali iaitu mathwa dan makwa. Mereka dipenjara dan kekal di mathwa kerana mereka silap mencarinya. Rujuk surah Aa-Li-Imran ayat 151, dimana kalimah mathwa dan makwa ada kedua-duanya di dalam satu ayat itu;
Makwa bermakna final destination. Dari ayat di atas, tidak ada alasan yang membenarkan untuk mereka mensyirikkan Allah. [Nota; Membunuh pun ada alasan yang membenarkannya tetapi syirik tidak ada alasan untuk melakukannya]. Makwa mereka (tempat kembali mereka) ialah neraka dan mereka kekal disana. Walhal ketika di dunia, orang kafir pun tidak ada yang bercita-cita ingin masuk neraka. Orang kafir yang yakin akan adanya hari qiamat (contohnya di dalam surah Al-Kahfi), mereka yakin kerana di dunia mereka senang-lenang, kaya-raya, lalu mereka yakin di akhirat nanti pun mereka akan senang-lenang juga, tetapi rupa-rupanya mereka akan mendapat neraka dan neraka itu makwa yang kekal. Mereka kecewa dan kesal kerana apa yang mereka tempah, diharapkan tempahan tempat yang aman dan selamat tetapi mereka tersilap dan mendapat tempat siksaan. Mereka harapkan kebebasan tetapi akan terpenjara, tidak dapat bergerak kemana-mana seperti yang terdapat di dalam surah As-Sajdah ayat 20 dan surah Al-Mulk;
Setiap kali mereka ingin keluar daripada neraka mereka akan dimasukkan semula ke dalamnya. Sekarang masalahnya cuba kita lihat surah Muhammad ayat 19;
Pertama-tama syarat penting dalam hidup ini ialah ilmu tauhid kepada Allah, mengenali Allah dan mengEsakan Allah. Ini ilmu ushul (ilmu pokok) manakala ilmu yang lain ialah ilmu furu'(ilmu cabang). Siapa pun kita, di mana pun kita, apa pun profesion kita, kita wajib mengenal Allah dan mengEsakan Allah. Itu ilmu ushul yang melayakkan seseorang itu diterima amalnya, diampun dosanya, jika dia bertaubat, dengan syarat ianya tidak terbatal syahadahnya dan dapat masuki syurga.
9.0] Selepas ilmu tauhid ini barulah ilmu furu' yakni ilmu cabang, dan mintalah ampunan daripada Allah atas dosa-dosa kamu kerana jika berdosa dan mohon ampun selagi tidak mendapat ampunan Allah, taubat tidak diterima. Tauhid kena betul, mesti kenal Allah dan mengEsakannya barulah apabila bertaubat, dosa terampun dan doa termakbul. Berdoalah untuk diri sendiri dan untuk seluruh orang yang lain juga, walil muslimiinawal muslimat wal mukmininawal mukminat.
10.0] Mungkin doa kita kepada Allah tidak diterima tetapi mengikut hadith Nabi s.a.w, ada caranya kita berdoa supaya dimaqbulkan oleh Allah. Bagaimana caranya?, jawapannya ialah, "Doakan saudara kamu tanpa sepengetahuannya". Apabila seseorang mukmin mendoakan seseorang mukmin yang lain tanpa pengetahuan orang yang didoakan itu, maka itu bermakna doa yang ikhlas sebab tidak disuruh dan yang didoakan itu pun tidak tahu menahu tentang doa itu. A yang menangis-nangis memohon doa kebaikan bagi B, walhal B tidak tahu pun dan sedang tidur lena. Pasti ikhlas doa dari A untuk B. Apabila ikhlas, Allah qabulkan, "Ya, doa kamu untuk B akan diqabulkan dan bagi kamu kebaikan yang sama". Jadi caranya untuk mendapat kemakbulan doa ialah dengan mendoakan orang lain, sebab jika kita doakan untuk diri sendiri sahaja mungkin susah untuk maqbul. Tetapi haqiqatnya adalah susah, tidak mudah untuk ikhlas mendoakan orang lain, sebab ada sifat bakhil. Dia lupa bahawa dengan mendoakan orang lain, kesannya keatas dirinya sendiri. Sebab itu budaya doa-mendoakan tanpa diketahui oleh orang yang didoakan wajiblah di teruskan, kerana itu perintah Nabi s.a.w, itu sunnah Nabi s.a.w, dengan syarat, bil ghaib, bil ghaib, jangan diberitahu, tidak payah diceritakan kepada sesiapa pun. Tetapi kita biasanya merasa tidak puas jika yang kita doakan itu tidak tahu. "Aku mendoakan dia setiap malam, tidak tahu ke dia?. Memang begitulah iblis, walhal kita yang mendoakan itu sudah beruntung kerana mungkin doa kita kepada kawan kita tadi tidak bermanafaat kepada kawan kita itu pun tetapi Allah telah berjanji untuk memberi manafaat bagi kita kerana Allah telah beri jaminan, "Bagi mu sebagaimana doamu kepada kawanmu itu". Itu caranya, mohon ampun diri sendiri, kemudian mohon ampun bagi keseluruhan orang lain dan sunnah ini mesti ditegakkan. Kita diingatkan supaya sentiasa istiqomah, menjaga kerahsiaan doa kita kepada orang lain. Apabila kita pandai menjaga kerahsiaannya, para malaikat kagum, walaupun kita merasa seperti tiada apa-apa, tidak mengapa, mungkin di bumi nampak sepi tetapi pada pandangan malaikat di langit nampak meriah. Kita tidak perlu bersungguh-sungguh untuk memberitahu kepada manusia asalkan pasti Allah sudah tahu dan syarat kemaqbulan doa ialah doa yang secara rahsia. Tetapi ternyata syaitan tidak berpuas hati jika anak Adam berbuat seperti itu. Syaitan akan terus mencucuk-cucuk dengan membisikkan, "Anda berdoa untuknya sehingga berbuih mulut setiap malam, tetapi orang itu make don't know sahaja". Biarkanlah, itu lagi bagus kerana telah menjalankan satu perintah yang baik.
11.0] Kembali kepada surah Muhammad ayat 19, dimana kalimat mathwa di hubungkan dengan kalimat mutaqobbala yang berlawanan. Mathwa, tempat siksaan, tiada kebebasan, terpenjara, manakala mutaqobbala bermakna adanya kebebasan bergerak, di syurga. Lalu fashilah (penghujung) ayat ini, Allah beritahu kita jika ingin bahagia dunia dan akhirat, ada 2 ilmu iaitu ilmu ushul dan ilmu furu'. Setelah memahami ilmu ushul, mengenal Allah, mengEsakan Allah dan kemudian sentiasalah membudayakan taubat, selalulah perbaharui taubat kerana kita berbuat dosa di setiap saat.
12.0] Ilmu furu' pula ialah taklif atau bebanan dari Allah, perintah dari Allah tetapi manusia diberi kebebasan memilih, sebab itu Allah kata Allah mengetahui dan Allah tidak memaksa. "Aku tidak memaksa, kerana ada diantara kamu yang memilih masuk syurga dan mendapat mutaqobbala, makwa, tempat kembali yang penuh nikmat, dapat bergerak dengan bebas, kerana mereka telah kenal Allah dan mengEsakan Allah dan membudayakan taubat di dalam hidupnya. Aku juga tahu ada diantara kamu yang memilih neraka, yakni mereka yang tidak mengenal Aku, Allah, mereka tidak mengEsakan Allah dan tidak bertaubat, jadi nerakalah untuk mereka". Ertinya sebelum manusia itu menentukan pilihannya, samada hidupnya ini dia buat tempahan ke syurga atau buat tempahan ke neraka, Allah sudah tahu tetapi Allah tidak paksa. Yang menariknya, jika seseorang itu kenal Allah dan mengEsakanNYa, jika seseorang itu mempastikan dirinya tiada dosa sehingga dia jumpa Allah, maka tempatnya makwa, mutaqobbala, iaitu syurga. Sebaliknya jika semasa hidupnya dia tidak kenal Allah dan tidak mengEsakan Allah dan sehingga dia mati masih banyak dosa, bermakna dia menempah tempat mathwa, yakni neraka.
13.0] Dengan ilmuNya yang maha luas, Allah mengetahui;
i) Apa yang telah berlaku
ii) Apa yang sedang berlaku
iii) Apa yang akan berlaku
iv) Apa yang tidak akan berlaku - Allah tahu apa yang tidak mungkin berlaku dan jika ianya berlaku bagaimana ianya berlaku. Contohnya seperti di dalam surah Al-Kahfi, di mana seorang soleh yang anaknya mati dibunuh semasa kecil lagi. Allah tahu apa akan terjadi jika anak itu tidak mati semasa kecil lagi kerana jika sudah besar dia akan menjadi kafir dan mengheret kedua ibu-bapanya kufur sama. Allah tidak mahu kedua ibubapanya menjadi kafir, lalu Allah matikan anak itu semasa kecil lagi. Itu menunjukkan Allah mengetahui apa yang tidak berlaku dan jika berlaku seperti mana?.Tidak ada yang rahsia bagi Allah, berbeza dengan ilmu kita, kerana kita;
i) Tidak tahu apa yang belum berlaku
ii) Tidak faham apa yang sedang berlaku
iii) Tidak ingat lagi apa yang sudah berlaku.
Oleh itu rajin-rajinlah berdoa, "Robbi zidni 'ilmi maksudnya- "Ya Allah, tambahkanlah daku ilmu" "'Allimni ma yanfa'uni, 'Allimni ma jahilni, 'Ya Allah ajarkanlah kepadaku apa yang aku tidak tahu. Tambahkan daku ilmu" . Minta dan berdoalah kepada Allah dengan benar-benar dan bersungguh-sungguh, dengan merasa diri kita bodoh, dan tidak tahu dan tiada ilmu. Janganlah berdoa seperti ini, "Ya Allah, aku mohon agar Engkau tambahkan ilmu kepadaku, jika Engkau tambahkan ilmu kepada ku, aku bersyukur tetapi jika tidak pun tidak mengapa sebab hamba Mu ini sudah ada PHD". Tidak boleh begitu. Doa sebegitu tidak dapat naik ke keatas, tidak boleh sampai kepada Allah. Awal-awal lagi sudah ditolak oleh Allah. Jangankan untuk dapat naik melepasi langit pertama, menembusi atap rumahnya pun tidak mampu. Apabila berdoa untuk memohon apa-apa hajat keperluan dengan Allah, mestilah ada 3 syarat seperti yang telah kita pelajari sebelumnya, iaitu mesti menjelaskan kelemahan diri sendiri, kemudian merasa sangat-sangat berhajat kepada Allah, dan seterusnya merasa putus harap dari yang selain Allah. Itu kata-kata daripada Ibnu Qayyim.
14.0] Apabila cukup syarat ketika berdoa, in syaa Allah diqabul Allah, siapa pun orangnya, di manapun tempatnya, walaupun tidak di Multazam di Rumah Allah. Tetapi jika berdoa di Multazam sekali pun jika tidak cukup syarat, semacam jampi kosong sahajalah. Doa tidak boleh terpaksa, doa tidak boleh lagho, lalai leka. Carilah tempat yang tenang untuk berdoa, di tempat tiada gangguan, berdoa dengan tenang, tidak cepat-cepat, tidak berebut-rebut. Contohnya di Maqam Ibrahim di dataran Kaabah yang sangat padat dengan manusia yang sedang bertawaf, tempat itu tidak sesuai untuk melakukan solat ketika itu, kerana ianya ialah laluan orang tawaf. Tetapi kerana keinginan untuk bersolat juga disitu, lalu menyuruh kawan buat kepungan sementara kita bersolat di situ. Bacaan dalam solat pun diarah oleh kawan supaya baca yang pendek dan baca dengan laju-laju. "Eh, rugilah kalau tidak solat di Maqam Ibrahim, di Multazam", akhirnya solat cincai-cincai, tergesa-gesa, apa lagi mengganggu laluan orang bertawaf. Adakah kita fikir solat begitu diterima Allah?.
15.0] Kita ini terlalu sentimental, contoh lain adalah seperti tentang solat Jumu'ah di Masjidil Haram,"Eh, rugi kalau tidak pergi solat Jumu'ah di Masjidil Haram". Dia lupa bahawa perempuan tidak wajib solat Jumu'ah. Disebabkan muslimah yang mencapai ribuan malah jutaan orang, jika pergi bersama solat Jumu'ah hari Jumaat di Masjidil Haram, akan menambahkan kesesakan dan mengganggu orang lelaki yang wajib mengerjakannya. Malahan berdosa kerana menyebabkan orang lelaki, Pak Aji-Pak Aji tidak cukup tempat untuk bersolat. Pak Aji pun merasa segan untuk rukuk, sujud kerana ada muslimah yang terkepung bersama mereka. Walhal jika orang perempuan tidak pergi, in syaa Allah Pak Aji-Pak Aji itu dapat sempurna Jumu'ahnya. Di dalam kepala muslimah itu mengatakan rugi jika tidak solat Jumu'ah di Masjidil haram, siapa yang kata rugi? hanya dia yang pandai-memandai. Sehinggakan Pak-Pak Aji yang malas untuk melawan terpaksa mengalah.
16.0] Kembali tentang kalimah mathwa iaitu tempat menetap yang sempit, tiada kebebasan, tiada pergerakan, tidak boleh berpindah, terpenjara, dan ini dijelaskan oleh Allah di dalam surah Az-Zukhruf ayat 77;
Ashabunnar (ahli neraka) berkata, mereka menyeru dan memanggil-manggil penjaga neraka , "Ya Malik, mintalah kepada Tuhan supaya mematikan sahaja kami". [Nota; Kalimah qodho-yakdhi kalau dipadankan dengan lam adalah qodho atau keputusan yang baik manakala qodho yang dikaitkan dengan 'ala, menunjukkan itu keputusan yang tidak baik, musibah, bencana atau kematian]. Malaikat yang diberi kuasa menjaga neraka dinamakan Malik, dan mereka adalah ramai bukan seorang. Nama tugasan dan jawatan itu Malik, sepertilah jawatan posmen sekarang. [Nota; Bilal bin Rubah adalah nama orang, seorang sahabat Nabi s.a.w yang ditugaskan menjadi bilal, melaungkan azan memanggil umat untuk solat. Tetapi lantaran jauh dari Arab Saudi sehingga sampai ke sini, bilal dijadikan sebagai jawatan, tugasan atau pekerjaan].
17.0] Surah Az-Zukhruf ayat 77 diatas menceritakan tentang keadaan ahli neraka yang tidak hidup dan tidak mati. Oleh kerana terlalu siksa dan menderita keadaan di neraka sehingga mereka meminta-minta untuk mati sahaja. Ada 5 ikhtiar ahli neraka yang diutarakan kepada Allah iaitu;
i) Minta amal mereka diterima tetapi amal mereka bukan amal soleh
ii) Minta dosa-dosa mereka diampuni tetapi tidak dilayan
iii) Minta syafaat tetapi tidak layak
iv) Minta balik ke dunia untuk beramal soleh, tetapi dunia sudah tidak ada lagi
v) Minta keluar dari neraka dan setiap kali mereka keluar diseret kembali memasuki neraka
vi) Minta mati sahaja dan tidak dihidupkan lagi, juga tidak dilayan kerana mati pun sudah dimatikan. Di akhirat, kematian dijelmakan sebagai kibash dan disembelih. Ini ikhtiar terakhir ahli neraka tetapi semuanya tidak dilayan, tidak diterima oleh Allah.
Tempat mereka ialah mathwa dan makwa dan itu ialah di neraka, destinasi terakhir bagi mereka. Na'uzubillah. Oleh itu kita janganlah mengatakan hazal bait mathwa, rumah ini penjara, sebab mathwa itu ditujukan kepada neraka.
18.0] Ada juga penggunaan mathwa di dalam Al-Quran ketika Nabi Yusuf as dibeli sebagai hamba abdi kepada penguasa Mesir Al-'Aziz. Penguasa Mesir berkata kepada isterinya, "Akrimi mathwahu" yang bermakna, "Wahai isteriku, muliakan mathwa Yusof". Walaupun Nabi Yusof menjadi hamba abdi mereka tetapi Al-Aziz minta dimuliakan Yusof walaupun di dalam mathwa yang tidak bebas, tetapi rupa-rupanya isterinya pula yang punya agenda tersendiri lantaran terpikat dengan keelokan Nabi Yusof as. Moga-moga bermanafaat untuk kita semua dan diberkati Allah.

No comments:
Post a Comment