1.0] Surah Al-Ankabut ayat 46 yang telah dibincangkan pada minggu lepas ialah tentang cara atau adab berdebat (bermujaadalah) berdasarkan contoh dari Al-Quran. Ayat-ayat yang kita pelajari seperti dari surah Saba' ayat 24-26, Aa-Li-Imran ayat 64, To Ha ayat 44 dan An-Naaziat ayat 18 adalah menjadi panduan bagi seseorang ketika dia melakukan mujaadalah, sebab rupa-rupanya Al-Quran mengambil berat bukan sahaja pada masalah yang perlu didebatkan tetapi juga tentang adab dan cara berdebat, bermujaad alah. Itulah yang dikehendaki oleh Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 46, yang lepas, billati hiya ahsan iaitu berdebat dengan cara yang lebih baik.
2.0] "Kenapa begitu?", kerana apabila seseorang Muslim bersifat keras atau kasar (ghilzoh) ketika berdebat dengan orang Kafir, apa lagi jika dengan menggunakan celaan, cacian kepada si Kafir sekali pun, ini akan menyebabkan si kafir akan mencela balik si Muslim. Jika si Muslim mencela Tuhan yang dinisbahkan si Kafir, siKafir akan mencela balik Tuhan yang dinisbahkan oleh si Muslim dan Agama Islam sekaligus. Ini adalah sangat dilarang. Boleh jadi celaan orang Kafir atau penghinaan orang Kafir kepada Tuhan orang Islam adalah kerana sikap sesetengah orang Islam sendiri terhadap mereka. Jika sikap sesetengah orang Islamlah yang menjadi punca orang Kafir menghina agama Islam, orang itu kena bertanggung-jawab dan diingatkan Allah dalam surah Al-An'am ayat 108;
3.0] Perlulah difahami benar, lebih-lebih lagi dalam konteks kehidupan kita sekarang, apa sahaja yang kita lakukan, janganlah sampai menambahkan kebencian orang bukan Islam terhadap agama Islam. Ini sangat penting sekali. Tindakan orang Islam seringkali tidak Islamik, hanya dia yang merasa dia Islamik. Hayatilah ayat ini dalam negara yang berbilang agama dan kaum seperti Malaysia. Ayat ini ditujukan kepada orang beriman, orang Muslim.
4.0] "Memang benar patung yang mereka sembah itu tidak betul, atau lembu yang mereka anggap suci itu tidak tepat, tetapi jangan mencela mereka, nanti jika kamu mencela Tuhan mereka, fasababiyah (maka akan menyebabkan) mereka akan pula mencela Tuhan kamu (Allah) dengan tanpa ilmu". Oleh itu, perlulah mengambil berat, fikir masak-masak sebelum bertindak. Perbuatan atau perkataan kita sebagai orang Mukmin janganlah menjadi penyebab orang bukan Islam tidak menghormati Agama Islam. Bezakan orang Muslim dengan Islam. Islam itu pasti betul, tetapi tindakan sesetengah orang Muslim belum tentu Islamik.
5.0] Contoh dari sejarah, yang mana sejarah tidak pernah berbohong, jika ada kebohongan ia adalah daripada orang yang menyebarkan atau menyampaikan kisah sejarah itu. Kisah penyebaran Agama Islam yang masuk ke Asia Tenggara, khasnya di Tanah Jawa (Indonesia). Mereka yang menyebarkan Agama Islam di sana dikenal sebagai 9 pendakwah atau 9 orang penyebar Agama Islam. Untuk diangkat darjat, mereka dipanggil Wali Songo (wali 9). Di dalam pengertian agama mereka bukan Wali, tetapi sebagai pendakwah. Kenapa digelar Wali? Mereka bukan wali. Mereka adalah pendakwah yang bertanggung-jawab menyebarkan Agama Islam kepada orang-orang Hindu atau masyarakat disitu. Salah seorangnya ialah seorang anak kepada pendakwah juga, diutus untuk berdakwah ditengah masyarakat yang 100% Hindu. Bagaimana cara untuknya berdakwah? Tentunya sangat penting dan sangat susah dan dihantar ke Bandar Kudus. Orang itu dipanggil Sunan Kudus yang asalnya hanya mendapat seorang pengikut atau murid sahaja yang kemudian berkembang menjadi semakin ramai pengikutnya, menghayati hidup Muslim, solat, puasa, dan sebagainya, mencari tempat tinggal di atas gunung dengan keadaan yang sangat susah. Apabila tiba musim Haji, perlu berkorban. Apa kata atau nasihat Sunan Kudus kepada pengikutnya? Fatwanya, "Jangan sampai kamu berkorban dengan lembu, boleh saja berkorban dengan kambing, kerbau, tetapi bukan dengan lembu. Kita ini berdakwah kepada orang-orang Hindu". Alasan Sunan Kudus itu cukup bijaksana. "Bagaimana kita ingin menarik orang-orang Hindu untuk masuk Islam jika Tuhannya disembelih, dibunuh dihadapan mereka? Alasan Sunan Kudus sangat tepat sebagai seorang pendakwah yang hebat. Sambungnya lagi, " Ini bukan mengalah, anda tidak faham ayat ini? Orang Hindu yang yakin bahawa lembu itu makhluk suci, kemudian jika kita sembelih di depan mereka, kemudian mengajak mereka memeluk agama kita. Bagaimana hati dan perasaan mereka?" Subhanallah, hebatnya pendakwah itu. Sehingga ramai orang Hindu yang memeluk Islam. Cerita begini boleh di dapati dalam karya yang bertajuk Ulama-ulama Nusantara yang dilupakan. Di Kota Kudus, sehingga ke hari ini, tidak disembelih lembu pada Hari Raya Aidil Adha dan masjidnya dipanggil Baitul Maqdis yang pengasasnya ialah Sunan Kudus.
6.0] Tidak wajib berkorban dengan lembu, kenapa mesti memaksa diri berkorban dengan lembu?Tindakan yang lebih utama ialah untuk menarik orang-orang Hindu itu memeluk Islam. Walaupun tidak salah disisi agama untuk menyembelih lembu, tetapi jika tindakan kita itu akan mengecilkan hati orang yang ingin kita dakwahkan itu, perlulah jauhi dan berhati-hati. Dakwah jangan syok sendiri, mestilah ada Ruhud Dakwah, dan dipanggil Dakwah Nafas Panjang yang boleh memberi kesan. Berkat dakwah orang-orang dahulu sehingga kini, orang-orang Hindu jadi Muslim dan yang pasti jumlah terbesar di Nusantara kini ialah orang Muslim. Ayat 108 pada surah Al-An'am inilah yang jadi panduan, iaitu jangan sekali-kali mencela, mencaci Tuhan mereka, kelak mereka mencela kita balik seperti,"Kamu pergi jauh-jauh, keliling batu, cium batu?" Lalu kita akan marah, jika mereka berkata begitu. Inilah yang perlu benar-benar difahami oleh orang Muslim.
7.0] Berdakwah ada torikah, ada kaedah, ada methoda, ada cara. Kita tidak boleh mengikut rasa hati sendiri dalam berdakwah tetapi mestilah mengikut cara Al-Quran dalam menyampaikannya dan segalanya mestilah benar.
[Nota; Fa- Fasababiyah yang terdapat didalam ayat 108 surah Al-An'am itu menunjukkan apa yang disebut sebelum Fa menjadi sebab apa yang disebut selepasnya.]
8.0] Rasa ngeri jika kita mengikuti perkembangan Mahkamah Syariah yang melibatkan kemelut kehidupan masyarakat Islam sendiri kini. Bagaimana untuk membuat orang lebih bertambah meminati Agama Islam jika contohnya, dalam hal nikah-cerai pun, perempuan yang menuntut haknya terpaksa turun-naik mahkamah bertahun-tahun, walhal tidak perlukan Mahkamah pun kerana Allah telah wajibkan cara memberi hak dan Islam telah tentukan segala peraturan.
9.0] Orang bukan Islam menafsir Islam itu cantik atau tidak dengan melihat orang Islam sendiri dan ini sangat menakutkan. Apa lagi apabila kita tahu bahawa tindakan itu lebih menggambarkan hakikat sesuatu berbanding apa yang dikata, iaitu action speaks louder than words.
10.0] Jika kita ingin menasihati atau menarik mereka, perlulah benar-benar difahami ayat 108 surah Al-An'am ini dan kalau perlu elok ditulis dengan kaligrafi yang indah, jelas dan mudah untuk dibaca dan diletakkan di atas mimbar atau di atas meja di setiap masjid supaya dapat mengingatkan para penceramah, para pendakwah, supaya mengikut kaedah-kaedah yang betul dalam berdakwah. Berdakwah dengan tiada unsur paksaan, khasnya untuk Ahli Kitab yang punya Kitab dan Nabi seperti kita walaupun Kitab-Kitab mereka sudah tidak asli lagi.
11.0] Surah Al-Ankabut ayat 47;
Dan tidaklah ada yang menentang, membangkang, kecuali orang yang Kafir. Jika selepas berhujah, masih tidak dapat menerima kebenaran Agama Allah yang suci, walaupun pada asalnya agama mereka juga dari Agama Tauhid yang dibawa oleh Nabi Isa dan Nabi Musa, maka hendaklah ikut panduan ayat surah Al-Ankabut ayat 46 sebelumnya diatas. Islam memberi jawapan yang tegas walau pun tidak keras
[Nota; kalimah jaahidun جاحد - bermaksud menentang, melawan, manakala jika guna جاهد -maknanya orang yang berjihad, jika زاهد -bermakna orang yang zuhud].
12.0] Dari tafsir Al-Marowi, Allah berfirman, "Wahai Muhammad, sebagaimana Aku telah turunkan kitab-kitab kepada Rasul-Rasul sebelum mu, Aku juga telah turunkan pula kitab Al-Quran ini kepada mu dan orang-orang yang telah diberikan kitab sebelum mu". Apabila Yahudi dan Nasrani mahu menerima Al-Quran ini dan mereka ingin memahaminya sepertimana Abdullah bin Salam (tokoh Yahudi yang berpegang dengan Kitab Taurat) atau Salman Al-Farisi (orang Nasrani yang ikut ajaran Kitab Injil), jika mereka membaca Al-Quran, nescaya mereka akan beriman dan membenarkan bahawa Al-Quran ini diturunkan dari Allah.
13.0] Kenapa orang Kristian sekarang tidak tertarik kepada Islam? Jawapannya ialah kerana mereka tidak membaca dan tidak mengkaji Al-Quran dengan betul-betul. Mereka tidak mengkaji Al-Quran dengan hati yang terbuka. Di Manado Sulawesi ada seorang ketua paderi terkenal bernama Yahya Waloni yang telah memeluk Islam, dan sekarang menjadi daie yang hebat. Objek dakwahnya lebih kepada kawan-kawan paderinya. Beliau mencabar paderi-paderi itu bahawa kitab yang mereka sampaikan itu adalah penuh kebohongan dan satu daripada sebabnya ialah intipati surah Al-Ankabut ayat 47 ini. Beliau adalah seorang yang cendikiawan, yang suka berfikir. Bukan hanya semata-mata dengar, "Depa kata, depa kata".
[Nota; Ini bahasa Nabi saw, "Qiila waqola" yang bermaksud "depa kata, depa kata", atau apa yang dikatakan orang]
14.0] Yahya ini terdidik, berfikir ilmiah, daya analisa yang tinggi, mengkaji Al-Quran, kemudian baru sedari bahawa dirinya sesat, kerana tidak mengambil peluang apa yang Al-Quran tawarkan. Jika sesiapa saja betul-betul dalami Al-Quran, pasti akan memeluk Islam. Bukan bermakna meninggalkan Injil dan Taurat bahkan jika menerima Islam bermakna telah mengikuti arahan Injil dan Taurat sebab semua Nabi terdahulu telah diperintahkan Allah untuk menerima ajaran Nabi terakhir, Nabi Muhammad saw.
15.0] Asalnya Yahya belum kuat kerana isterinya yang banyak halangi dengan alasan duniawi. Tambahan pula sebagai seorang paderi, mendapat gaji mengikut bilangan muridnya, grednya seorang paderi mengikut pengikutnya. Jika yang belajar dengannya paderi-paderi yang pandai-pandai, lebih tinggilah lagi grednya. Hidayah Allah mengatasi segala. Akhirnya Yahya memeluk Agama Islam pada tahun 2002. Dia tidak suka dipanggil ustaz atau kiyai atau daie atau tok guru atau sheikh atau Dr, tetapi lebih selesa jika orang memanggilnya Bung atau Pak sahaja supaya tidak ada rasa jarak diantaranya dengan pengikutnya. Tidak perlu disertai dengan panggilan gelaran yang berjela-jela. Contohnya presiden di Indonesia dipanggil namanya sahaja, Jokowi sahaja.
16.0] Hebatnya Yahya ini, katanya, "Bapa-bapa jangan khuatir, kebanyakan orang Islam yang memeluk Kristian ialah orang-orang yang tolol dan bodoh sahaja. Kebanyakan yang murtad itu ialah yang kurang kualiti, yang bodoh, tolol atau yang ingin berkahwin dengan Minaci atau yang hendak mencari wang semata-mata. Berbeza dengan orang-orang yang memeluk Islam ialah orang-orang awam yang hebat dan pandai juga seperti paderi-paderi terkenal. Kita tidak ada mendengar bahawa seorang ustaz yang berkelulusan dari Universiti Madinah menjadi murtad, tidak ada, dan tidak mungkin ada. Oleh itu wajiblah orang Islam berasa bangga. Seumpama Abdullah bin Salam, atau Salman Al-Farisi yang benar-benar ingin mencari kebenaran, begitu juga dengan Kafir Quraish yang betul-betul ikhlash ingin mencari kebenaran. Umar bin Al-khatab yang membaca sendiri ayat-ayat Al-Quran, walaupun belum satu juzuk membaca sendiri dari Al-Quran, yang dibaca tanpa paksaan, terbuka hatinya, ikhlash, jadi lembut hatinya yang keras. Jika ditanya kepada ustaz bahawa adakah ayat-ayat Al-Quran yang boleh dibaca untuk melembutkan hati seseorang lain, ustaz akan menjawab "tidak tahu" kerana hanya saanya ialah dengan membaca Al-Quran, dengan syarat membacanya sendiri dan mengkaji bukan sekedar mengaji, maka Al-Quran itu akan boleh melembut, melunakkan hati. Orang yang hati keras, yang membaca Al-Quran sendiri in syaa Allah hatinya akan terbuka dan menjadi lembut-lunak.
17.0] Di dalam surah Al-Jin ada menceritakan tentang jin kafir iaitu sebagai ayam tambatan Iblis. Iblis menyuruh jin mengembara mencari maklumat kenapa tahap tingkatan sekuriti langit telah ditingkatkan. Jin itu mengembara dan berhenti mendengar Nabi saw membaca Al-Quran di dalam suatu majlis. Sehabis mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, dan ia fahami, jin itu memeluk Islam dan berdakwah pula kepada kaumnya. Bayangkanlah jika jin pun boleh dilembutkan hatinya dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran, inikan pula kita manusia yang diturunkan Al-Quran khas untuk panduan kita. Untuk mendapat hikmah terbaik daripada Al-Quran ialah dengan membaca sendiri ayat-ayatnya, fahami, hayati maksud ayat-ayat Al-Quran itu dengan sebenar-benarnya, in syaa Allah hati akan menjadi lembut. Adalah tidak tepat jika dikatakan hanya dengan cara dihembus bacaan ayat Al-Quran kebelakang seseorang semasa sedang tidurnya akan dapat melembut-lunakkan hati seseorang itu. Al-Quran itu Nur, Cahaya, yang akan menerangi hati dan memberi jalan panduan dalam menyelusuri kehidupan di dunia ini.
18.0] Setiap hari ada saja orang-orang yang menjadi saudara baru kita, yang memeluk Islam kerana membaca dan mengkaji Al-Quran. Bagi seseorang yang asalnya Muslim kemudian menjadi Murtad kerana ingin berkahwin dengan Minaci (berlainan agama) ataupun orang yang Kafir pula memeluk Islam kerana ingin berkahwin dengan Minah (yang beragama Islam), maka agama bagi mereka itu bukanlah untuk mencari kebenaran tetapi sebaliknya hanya semata-mata untuk membolehkan mereka mengahwini wanita yang mereka sukai. Contohnya seperti penyanyi Indonesia yang sanggup bersyahadah, meninggalkan agama asalnya kerana ingin mengahwini penyanyi Malaysia di Singapura, yang akhirnya apabila tidak serasi dan berlaku perceraian telah kembali ke agama asalnya.
19.0] Orang-orang yang bodoh yang menjadi Murtad berbeza dengan orang-orang yang hebat seperti paderi-paderi yang kian ramai memeluk Islam. Paderi-paderi yang telah memeluk Islam ini ramai yang menebus dosa mereka dengan cara taubatnya iaitu mengIslamkan semula orang-orang yang telah diKristiankannya dahulu. Contohnya Anthonious Widuri yang telah memeluk Islam dan diberi nama Anthonio Muslim Widuri, setelah berdebat dengan Guru Agama Dr. Bahuddin Mudhori selama 1 minggu lebih, dengan tidak meletak syarat, kerana semata-mata untuk mencari kebenaran dan bukan kemenangan. Mencari Hidayah dengan panduan Al-Quran, dan setelah berjaya yakini dan temui jalan terang, memeluk Islam, mempertahankan Hidayah itu dengan menghabiskan masanya untuk berdakwah pula kepada orang-orang yang telah diKristiankan nya dahulu.
20.0] Al-Quran perlu dibaca, difahami, dihayati, mesti mengkaji bukan mengaji semata-mata. Al-Quran mesti diperlakukan seperti yang sepatutnya. Perlu diubah dan ditingkatkan cara hubungan kita dengan Al-Quran. Jauhi dari bersifat ceremonial sahaja seperti mengadakan majlis Khatam Perdana yang besar-besaran, semua membaca Al-Quran untuk tujuan dapat mengkhatamkan dimajlis itu tetapi kemudian selepas itu tidak ada apa-apa lagi. Atau pun dengan mengadakan majlis membaca surah Al-Ikhlash 10 ribu kali, buat julung-julung kalinya sahaja, supaya dapat memecahkan rekod. Ini perlu diubah. Jangan terlalu sering mengadakan majlis ceremonial dalam agama seperti itu. Takut majlis yang meriah dan ceremonial ini menimbulkan riya', meriah hebat dalam pandangan manusia tetapi gelap-gelita di dalam pandangan makhluk langit, jika ibadah yang dilakukan tidak ikhlas. Kita inginkan semua ibadah yang kita lakukan naik ke langit dan diterima Allah. Berbeza dengan ibadah Tahajjud atau Qiyamullail yang dilakukan di dalam rumah sendiri di malam hari, ibadahnya bercahaya terang benderang dari pandangan langit walaupun tiada yang melihatnya di Bumi Allah ini. Jangan sampai untuk berjemaah berQiyamullail pun perlu isi borang, atau perlu beristikhorah dahulu.Takut tiada keikhlasan lagi kerana terlalu mengikut protokol sangat. Hanya ibadah yang ikhlas yang dinilai oleh Allah. Alangkah elok nya jika ibadah itu lebih bersifat Nafsiah Fardhiyah, atau ibadah yang dibuat sendirian, atau yang sunat yang nampak semacam tiada aktiviti. Elok juga mengadakan ibadah duniawi seperti bergotong-royong, mengecat pagar dan sebagainya yang ada banyak kebaikannya.
21.0 Surah Al-Ankabut ayat 47 ini menceritakan bahawa Al-Quran ini diturunkan juga kepada Ahli Kitab yang ingin membaca dan mengkaji dan mempercayainya kecuali orang-orang Kafir yang menolak atau kafara. Kafara membawa makna menolak, menutup, menimbus, menggali lubang kemudian menimbus, kata hati yang benar ditutup. Lawannya ialah syakara yang bermakna mendedahkan.
22.0] Namruz membenarkan kebenaran ajaran Nabi Ibrahim as di dalam hatinya dan buktinya ialah ketika Nabi Ibrahim menyuruh mereka bertanya kepada patung-patung yang telah dipukul itu. Mereka menjawab bahawa tuhan-tuhan patung mereka itu tidak tahu apa-apa. Itu namanya kufur, hati mengakui kebenaran tetapi mulutnya tutupi. Mereka seterusnya menangkap Nabi Ibrahim as dan membakarnya.
23.0] Manusia ini terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu;
i) Mukmin- zahir dan batinnya sama, lidah dan hatinya sama.
ii) Kufur- hati akui tetapi luaran tutup.
iii) Munafik- hati menolak (nafi) tetapi luaran terima.
24.0] Surah Al-Ankabut ayat 48;
Nabi Muhammad saw bukan seorang pengkaji, bukan seorang researcher dan tidak pernah menulis dengan tangan, jadi itu lebih menjelaskan tuduhan Al-Quran sebagai ciptaan Nabi saw adalah tuduhan yang tidak berasas. Dalam ayat mudah ini menunjukkan keUmmiyyannya Nabi Muhammad saw adalah bukti nyata kebenaran kenabian dan kerasulannya. Keummiyyan Nabi saw bukti nyata kebenaran bahawa Al-Quran itu 100% datang daripada Allah. Bayangkan jika Nabi Muhammad saw adalah seorang proffesor, ada koleksi perbagai degree, atau telah menghasilkan berpuluh ribu buku, tentulah senang dituduh bahawa Al-Quran itu sebagai hasil tulisan Nabi Muhammad saw. Dengan keadaan Nabi saw yang tidak pernah baca tulis, maka dapatlah menangkis rasa ragu bahawa Al-Quran itu adalah daripada Nabi Muhammad saw.
25.0] Daripada Al-Imam Al-Mujaahid (seorang ahli kitab Yahudi-Nasrani), bahawa sebelum Nabi saw dilahirkan lagi mereka telah mengetahui di dalam kitab mereka, Taurat dan Injil, semasa Nabi Musa dan Isa lagi bahawa Nabi terakhir ini, Allah janjikan tidak pandai baca tulis, iaitu seorang ummiyyun. Mereka sudah tahu ciri-ciri Nabi saw dan tugas-tugas Nabi saw. Jika tidak ada lagi di dalam kitab Injil dan Taurat itu bermakna kitab itu sudah tidak asli, kerana maklumat yang boleh dipercayai sekarang hanyalah melalui Al-Quran.
26.0] Salah satu misi Nabi Muhammad saw ialah untuk membela golongan du'afa', orang-orang yang dhoif, lemah, orang kurang upaya dan mustad'afin, orang-orang yang tertindas dan teraniaya. Contoh du'afa' ialah orang yang susah kerana kemiskinan, manakala mustad'afin ialah orang yang tinggal sebagai minoriti dalam masyarakat majoriti. Mereka boleh maju tetapi dihalang, boleh belajar tinggi-tinggi tetapi disekat, selalu ada Go Block (ada peluang, pandai dan mampu untuk berjaya -untuk Go tetapi ada orang yang Block). Bukan salah orang itu tetapi salah orang yang Block, dan Nabi Muhammad saw yang membelanya kerana ini adalah salah satu misi Agama Islam.
27.0] Umat Nabi Muhammad saw diingatkan supaya jangan hanya suka menghukum orang, jangan hanya bercerita tentang halal haram, bahkan ada misi yang lebih penting yang perlu diberi keutamaan iaitu Misi Kemanusiaan. Islam itu agama pembela dan pembebas bagi dhu'afa' dan mustad'afin. Sebab itulah Allah berfirman seperti di dalam ayat di atas. Dalam ilmu Balaghoh, belenggu bermaksud orang-orang yang ditindas sehingga tidak boleh untuk membuat apa-apa. Islam mesti hadir untuk melepaskan orang-orang yang tertindas begitu.
28.0] Situasi begitu sudah ada sekarang, mungkin pertolongan dan bantuan dari segi wang ringgit, harta dan waktu, tetapi orang Kristian yang lebih awal datang ke tempat kejadian malapetaka begitu. Contohnya ketika tragedi Tsunami di Acheh, Orang Kristian telah berkhemah terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi jika negara yang ditimpa bencana itu ialah negara yang tidak disukai oleh pihak atasan. Contohnya bencana gempa bumi di Iran, Orang Kristian sudah sampai untuk membantu tetapi Orang Muslim masih berbincang, berdebat, beristikhorah sama ada perlu menghulurkan bantuan atau pun tidak. Selalu lambat kerana mencari-cari alasan supaya tidak menolong. Berdalih samada patut dibiarkan, dengan alasan itu sebagai bencana dari Allah kepada negara itu atau pilih-pilih negeri sebab mungkin penduduknya bukan umat Nabi Muhammad saw. Contohnya jika melihat orang yang terlibat dengan kemalangan, bersegeralah menolong, janganlah banyak soal, seperti menyoal dahulu samada Islam atau kafir?, mazhab apa?, parti apa?, saudara baru atau lama?. Orang yang kemalangan itu mungkin mati akibat kelewatan mendapat bantuan. Walaupun seekor kucing yang terjatuh ke dalam longkang patut segera diselamatkan, tanpa banyak alasan dan dolak-dalih lagi.
29.0] Kita diingatkan dengan ayat di atas supaya terus bersegera untuk memberi bantuan kepada yang memerlukan hatta jika tidak Muslim sekali pun, kerana ada Ukhuwah Insaniah iaitu hubungan persaudaraan sesama manusia diantara kita.
30.0] Nabi saw sedang duduk bersama dengan para sahabatnya, tiba-tiba lalulah orang-orang yang mengusung jenazah Orang Yahudi. Nabi saw bangun, sahabat pun mengatakan, " Ya Rasul, tidakkah kamu tahu yang dia itu seorang Yahudi? Nabi saw menjawab,"Aku tahu, tetapi bukankah dia manusia? Itu hak manusia, walaupun dia Yahudi, yang hidupnya menyusahkan Islam tetapi ini Ukhuwah Insaniah".
31.0] Islam itu luas. Malaysia ini negara majmuk. Terdapat warga yang Islam atau bukan. Berbagai bangsa dan budaya. Kita ada Ukhuwah Watoniah iaitu undang-undang negara yang dikongsi bersama. Persaudaraan yang diikat dengan persamaan warga negara walaupun berbeza agama dan bangsa. Islam juga mengajar kita tentang Ukhuwah Alamiah yang merangkumi aspek yang lebih luas. Islam ini Rahmatal lil 'aalamin, Rahmat untuk sekelian alam. Jangan wujudkan terlalu banyak sekatan, jangan dipilih-pilih samada untuk Muslim semata-mata kerana saudara-saudara kita adalah insan diserata dunia.
32.0] Islam bukan hanya amar ma'ruf-nahi mungkar, halal-haram, hukum-hakam, syurga-neraka, dosa-pahala sahaja. Bahkan yang paling berat, yang paling penting ialah Misi Nabi Muhammad saw, Misi Kemanusiaan.
33.0] Ayat ini menjelaskan bahawa Keummiyyan Nabi Muhammad saw bukan rahsia lagi, sebab itu dalam sejarah, kaum yang menuduh Al-Quran dari karangan Nabi saw ialah orang Kafir Quraish dan bukan Ahli Kitab Yahudi- Nasrani. Ini kerana Ahli Kitab telah tahu dari kitab-kitab mereka melalui datuk-nenek mereka lagi tentang Nabi Muhammad saw yang ummiyyun ini. Jika mereka jumpa Nabi saw, mereka tidak terkejut dan itulah sebabnya mereka tidak sepatutnya menolak Nabi saw dan Agama Islam kerana mereka tiada alasan, bahkan mereka telah mengetahui segala ciri-ciri Nabi Muhammad saw jauh-jauhari sebelum kebangkitan Nabi Muhammad saw.
34.0] Kita sebagai umat Nabi Muhammad saw hendaklah mengikut sunnah Nabi saw secara total dan menyeluruh. Tidak boleh mengambil sebahagian-sebahagian atau pilih-pilih yang kita sukai sahaja. Moga bermanafaat dan diberkati Allah.
17.0] Di dalam surah Al-Jin ada menceritakan tentang jin kafir iaitu sebagai ayam tambatan Iblis. Iblis menyuruh jin mengembara mencari maklumat kenapa tahap tingkatan sekuriti langit telah ditingkatkan. Jin itu mengembara dan berhenti mendengar Nabi saw membaca Al-Quran di dalam suatu majlis. Sehabis mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, dan ia fahami, jin itu memeluk Islam dan berdakwah pula kepada kaumnya. Bayangkanlah jika jin pun boleh dilembutkan hatinya dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran, inikan pula kita manusia yang diturunkan Al-Quran khas untuk panduan kita. Untuk mendapat hikmah terbaik daripada Al-Quran ialah dengan membaca sendiri ayat-ayatnya, fahami, hayati maksud ayat-ayat Al-Quran itu dengan sebenar-benarnya, in syaa Allah hati akan menjadi lembut. Adalah tidak tepat jika dikatakan hanya dengan cara dihembus bacaan ayat Al-Quran kebelakang seseorang semasa sedang tidurnya akan dapat melembut-lunakkan hati seseorang itu. Al-Quran itu Nur, Cahaya, yang akan menerangi hati dan memberi jalan panduan dalam menyelusuri kehidupan di dunia ini.
18.0] Setiap hari ada saja orang-orang yang menjadi saudara baru kita, yang memeluk Islam kerana membaca dan mengkaji Al-Quran. Bagi seseorang yang asalnya Muslim kemudian menjadi Murtad kerana ingin berkahwin dengan Minaci (berlainan agama) ataupun orang yang Kafir pula memeluk Islam kerana ingin berkahwin dengan Minah (yang beragama Islam), maka agama bagi mereka itu bukanlah untuk mencari kebenaran tetapi sebaliknya hanya semata-mata untuk membolehkan mereka mengahwini wanita yang mereka sukai. Contohnya seperti penyanyi Indonesia yang sanggup bersyahadah, meninggalkan agama asalnya kerana ingin mengahwini penyanyi Malaysia di Singapura, yang akhirnya apabila tidak serasi dan berlaku perceraian telah kembali ke agama asalnya.
19.0] Orang-orang yang bodoh yang menjadi Murtad berbeza dengan orang-orang yang hebat seperti paderi-paderi yang kian ramai memeluk Islam. Paderi-paderi yang telah memeluk Islam ini ramai yang menebus dosa mereka dengan cara taubatnya iaitu mengIslamkan semula orang-orang yang telah diKristiankannya dahulu. Contohnya Anthonious Widuri yang telah memeluk Islam dan diberi nama Anthonio Muslim Widuri, setelah berdebat dengan Guru Agama Dr. Bahuddin Mudhori selama 1 minggu lebih, dengan tidak meletak syarat, kerana semata-mata untuk mencari kebenaran dan bukan kemenangan. Mencari Hidayah dengan panduan Al-Quran, dan setelah berjaya yakini dan temui jalan terang, memeluk Islam, mempertahankan Hidayah itu dengan menghabiskan masanya untuk berdakwah pula kepada orang-orang yang telah diKristiankan nya dahulu.
20.0] Al-Quran perlu dibaca, difahami, dihayati, mesti mengkaji bukan mengaji semata-mata. Al-Quran mesti diperlakukan seperti yang sepatutnya. Perlu diubah dan ditingkatkan cara hubungan kita dengan Al-Quran. Jauhi dari bersifat ceremonial sahaja seperti mengadakan majlis Khatam Perdana yang besar-besaran, semua membaca Al-Quran untuk tujuan dapat mengkhatamkan dimajlis itu tetapi kemudian selepas itu tidak ada apa-apa lagi. Atau pun dengan mengadakan majlis membaca surah Al-Ikhlash 10 ribu kali, buat julung-julung kalinya sahaja, supaya dapat memecahkan rekod. Ini perlu diubah. Jangan terlalu sering mengadakan majlis ceremonial dalam agama seperti itu. Takut majlis yang meriah dan ceremonial ini menimbulkan riya', meriah hebat dalam pandangan manusia tetapi gelap-gelita di dalam pandangan makhluk langit, jika ibadah yang dilakukan tidak ikhlas. Kita inginkan semua ibadah yang kita lakukan naik ke langit dan diterima Allah. Berbeza dengan ibadah Tahajjud atau Qiyamullail yang dilakukan di dalam rumah sendiri di malam hari, ibadahnya bercahaya terang benderang dari pandangan langit walaupun tiada yang melihatnya di Bumi Allah ini. Jangan sampai untuk berjemaah berQiyamullail pun perlu isi borang, atau perlu beristikhorah dahulu.Takut tiada keikhlasan lagi kerana terlalu mengikut protokol sangat. Hanya ibadah yang ikhlas yang dinilai oleh Allah. Alangkah elok nya jika ibadah itu lebih bersifat Nafsiah Fardhiyah, atau ibadah yang dibuat sendirian, atau yang sunat yang nampak semacam tiada aktiviti. Elok juga mengadakan ibadah duniawi seperti bergotong-royong, mengecat pagar dan sebagainya yang ada banyak kebaikannya.
22.0] Namruz membenarkan kebenaran ajaran Nabi Ibrahim as di dalam hatinya dan buktinya ialah ketika Nabi Ibrahim menyuruh mereka bertanya kepada patung-patung yang telah dipukul itu. Mereka menjawab bahawa tuhan-tuhan patung mereka itu tidak tahu apa-apa. Itu namanya kufur, hati mengakui kebenaran tetapi mulutnya tutupi. Mereka seterusnya menangkap Nabi Ibrahim as dan membakarnya.
23.0] Manusia ini terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu;
i) Mukmin- zahir dan batinnya sama, lidah dan hatinya sama.
ii) Kufur- hati akui tetapi luaran tutup.
iii) Munafik- hati menolak (nafi) tetapi luaran terima.
24.0] Surah Al-Ankabut ayat 48;
25.0] Daripada Al-Imam Al-Mujaahid (seorang ahli kitab Yahudi-Nasrani), bahawa sebelum Nabi saw dilahirkan lagi mereka telah mengetahui di dalam kitab mereka, Taurat dan Injil, semasa Nabi Musa dan Isa lagi bahawa Nabi terakhir ini, Allah janjikan tidak pandai baca tulis, iaitu seorang ummiyyun. Mereka sudah tahu ciri-ciri Nabi saw dan tugas-tugas Nabi saw. Jika tidak ada lagi di dalam kitab Injil dan Taurat itu bermakna kitab itu sudah tidak asli, kerana maklumat yang boleh dipercayai sekarang hanyalah melalui Al-Quran.
26.0] Salah satu misi Nabi Muhammad saw ialah untuk membela golongan du'afa', orang-orang yang dhoif, lemah, orang kurang upaya dan mustad'afin, orang-orang yang tertindas dan teraniaya. Contoh du'afa' ialah orang yang susah kerana kemiskinan, manakala mustad'afin ialah orang yang tinggal sebagai minoriti dalam masyarakat majoriti. Mereka boleh maju tetapi dihalang, boleh belajar tinggi-tinggi tetapi disekat, selalu ada Go Block (ada peluang, pandai dan mampu untuk berjaya -untuk Go tetapi ada orang yang Block). Bukan salah orang itu tetapi salah orang yang Block, dan Nabi Muhammad saw yang membelanya kerana ini adalah salah satu misi Agama Islam.
27.0] Umat Nabi Muhammad saw diingatkan supaya jangan hanya suka menghukum orang, jangan hanya bercerita tentang halal haram, bahkan ada misi yang lebih penting yang perlu diberi keutamaan iaitu Misi Kemanusiaan. Islam itu agama pembela dan pembebas bagi dhu'afa' dan mustad'afin. Sebab itulah Allah berfirman seperti di dalam ayat di atas. Dalam ilmu Balaghoh, belenggu bermaksud orang-orang yang ditindas sehingga tidak boleh untuk membuat apa-apa. Islam mesti hadir untuk melepaskan orang-orang yang tertindas begitu.
28.0] Situasi begitu sudah ada sekarang, mungkin pertolongan dan bantuan dari segi wang ringgit, harta dan waktu, tetapi orang Kristian yang lebih awal datang ke tempat kejadian malapetaka begitu. Contohnya ketika tragedi Tsunami di Acheh, Orang Kristian telah berkhemah terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi jika negara yang ditimpa bencana itu ialah negara yang tidak disukai oleh pihak atasan. Contohnya bencana gempa bumi di Iran, Orang Kristian sudah sampai untuk membantu tetapi Orang Muslim masih berbincang, berdebat, beristikhorah sama ada perlu menghulurkan bantuan atau pun tidak. Selalu lambat kerana mencari-cari alasan supaya tidak menolong. Berdalih samada patut dibiarkan, dengan alasan itu sebagai bencana dari Allah kepada negara itu atau pilih-pilih negeri sebab mungkin penduduknya bukan umat Nabi Muhammad saw. Contohnya jika melihat orang yang terlibat dengan kemalangan, bersegeralah menolong, janganlah banyak soal, seperti menyoal dahulu samada Islam atau kafir?, mazhab apa?, parti apa?, saudara baru atau lama?. Orang yang kemalangan itu mungkin mati akibat kelewatan mendapat bantuan. Walaupun seekor kucing yang terjatuh ke dalam longkang patut segera diselamatkan, tanpa banyak alasan dan dolak-dalih lagi.
29.0] Kita diingatkan dengan ayat di atas supaya terus bersegera untuk memberi bantuan kepada yang memerlukan hatta jika tidak Muslim sekali pun, kerana ada Ukhuwah Insaniah iaitu hubungan persaudaraan sesama manusia diantara kita.
30.0] Nabi saw sedang duduk bersama dengan para sahabatnya, tiba-tiba lalulah orang-orang yang mengusung jenazah Orang Yahudi. Nabi saw bangun, sahabat pun mengatakan, " Ya Rasul, tidakkah kamu tahu yang dia itu seorang Yahudi? Nabi saw menjawab,"Aku tahu, tetapi bukankah dia manusia? Itu hak manusia, walaupun dia Yahudi, yang hidupnya menyusahkan Islam tetapi ini Ukhuwah Insaniah".
31.0] Islam itu luas. Malaysia ini negara majmuk. Terdapat warga yang Islam atau bukan. Berbagai bangsa dan budaya. Kita ada Ukhuwah Watoniah iaitu undang-undang negara yang dikongsi bersama. Persaudaraan yang diikat dengan persamaan warga negara walaupun berbeza agama dan bangsa. Islam juga mengajar kita tentang Ukhuwah Alamiah yang merangkumi aspek yang lebih luas. Islam ini Rahmatal lil 'aalamin, Rahmat untuk sekelian alam. Jangan wujudkan terlalu banyak sekatan, jangan dipilih-pilih samada untuk Muslim semata-mata kerana saudara-saudara kita adalah insan diserata dunia.
32.0] Islam bukan hanya amar ma'ruf-nahi mungkar, halal-haram, hukum-hakam, syurga-neraka, dosa-pahala sahaja. Bahkan yang paling berat, yang paling penting ialah Misi Nabi Muhammad saw, Misi Kemanusiaan.
33.0] Ayat ini menjelaskan bahawa Keummiyyan Nabi Muhammad saw bukan rahsia lagi, sebab itu dalam sejarah, kaum yang menuduh Al-Quran dari karangan Nabi saw ialah orang Kafir Quraish dan bukan Ahli Kitab Yahudi- Nasrani. Ini kerana Ahli Kitab telah tahu dari kitab-kitab mereka melalui datuk-nenek mereka lagi tentang Nabi Muhammad saw yang ummiyyun ini. Jika mereka jumpa Nabi saw, mereka tidak terkejut dan itulah sebabnya mereka tidak sepatutnya menolak Nabi saw dan Agama Islam kerana mereka tiada alasan, bahkan mereka telah mengetahui segala ciri-ciri Nabi Muhammad saw jauh-jauhari sebelum kebangkitan Nabi Muhammad saw.
34.0] Kita sebagai umat Nabi Muhammad saw hendaklah mengikut sunnah Nabi saw secara total dan menyeluruh. Tidak boleh mengambil sebahagian-sebahagian atau pilih-pilih yang kita sukai sahaja. Moga bermanafaat dan diberkati Allah.
No comments:
Post a Comment