1.0] Surah Al-Ankabut ayat 53;
Mereka meminta agar segera ditimpakan azab keatas mereka dan kalaulah tidak kerana tempuhnya azab itu telah ditetapkan Allah tentang bila berlaku, dimana, berupa apa dan sebagainya, nescayalah azab itu telah datang menimpa mereka. Dan sungguh pasti azab itu akan menimpa dengan tiba-tiba dalam keadaan mereka tidak menyedari.
2.0] Daripada Ibnu Kathir rahimatullah di dalam tafsirnya Al-'Azim, beliau menyatakan:- "Dalam ayat ini Allah memberitahu kepada kita tentang satu lagi kejahilan dan kebodohan orang-orang musyrikin, yakni isti'jaa luhum- permintaan mereka kepada Nabi Muhammad saw agar disegerakan azab jikalah azab itu ada. Mereka mencabar Nabi saw kerana mereka tidak percaya tentang adanya azab dari Allah itu". Sebagaimana permintaan yang disebut oleh 2 orang ketua musyrik iaitu Abu Jahal dan An-Nadhor bin Al-Harith yang diabadikan Allah di dalam surah Al-Anfal ayat 32;
Ini jelas menunjukkan bahawa mereka percaya kepada adanya Allah kerana mereka berdoa dengan menggunakan kalimah "Allahumma- Ya Allah", tetapi mereka tidak mempercayai tentang Al-Quran dan tentang kerasulan Nabi saw. [Nota; Kalimah haaza, merujuk kepada risalah Nabi saw]
3.0] Bukankah itu kemuncak kejahilan? Jikalah mereka ada sedikit kebijaksanaan tentu tidak begitu bunyinya doa mereka. Mungkin mereka berdoa seperti, "Ya Allah, kami tidak percaya tentang kerasulan Muhammad, tetapi jika benarlah tentang itu, tolonglah bukakan hati kami supaya kami beriman". Ini mereka meminta agar ditimpa hujan batu dan azab yang pedih dan Allah menjawab seperti biasa bahawa, "Kalaulah tidak kerana azab itu Aku telah tetapkan sejak azali, tentulah telahKu timpakan mereka dengan azab itu".
4.0] Kata Ibnu Kathir, Allah berfirman, "Kalaulah bukan kerana Aku telah tetapkan sejak azali balasan buat umat Muhammad diakhir zaman, nescaya telah ditimpa azab segera kerana mereka minta disegerakan". Berbeza dengan umat sebelum Nabi saw, iaitu umat-umat nabi terdahulu yang telah diperlihatkan sendiri kepada nabi mereka bagaimana musuh-musuh Allah itu dibinasakan. Contohnya Nabi Nuh as melihat sendiri isteri dan anaknya mati lemas, Nabi Luth as menyaksikan sendiri kampung halamannya dihancurkan Allah dan begitu juga bagi lain-lain nabi.
5.0] Berbeza dengan Nabi Muhammad saw, Nabi terakhir, Allah tidak mengizinkan, tidak memberi peluang Nabi saw melihat sendiri penentang-penentangnya tersiksa di depan matanya. Keberadaan Nabi saw ditengah-tengah mereka menjadi penghalang turunnya azab, walaupun azab itu diminta oleh orang-orang kafir, tetapi Allah tidak melayannya walaupun Allah berhak dan mampu untuk menyiksa mereka. Bukan sebab belum cukup bukti. Mereka memang layak dan patut disiksa, tetapi rahsianya ialah seperti yang terdapat di dalam surah Al-Anfal ayat 33;
Keberadaan Nabi saw ditengah-tengah mereka menjadi penghalang turunnya azab. Hatta orang kafir pun mendapat rahmat dengan keberadaannya Nabi saw diantara mereka. Itu orang dahulu, sekarang Nabi saw telah tidak ada bersama kita, bagaimana pula orang-orang kafir, pendusta-pendusta agama, dan orang-orang yang membuat maksiat, apa yang menghalang azab dari turun sekarang? Bacalah surah Al-Anfal ayat 33 itu sehingga habis dahulu. Yang menghalang kita dari ditimpa azab apabila kita melakukan dosa ialah permohonan ampun, istighfar dan taubat kita. Dengan istighfar dan taubat, dapat meredam dan menghalang azab Allah dari ditimpakan segera keatas kita. Untuk umat akhir zaman, umat Nabi Muhammad saw, bukan dibiarkan tidak diazab walaupun telah melakukan kejahatan tetapi ditangguhkan (imhal) azab bukan dihapuskan (ihmal) azab.
اَلعَذَاب - Azab, ditangguhkan - اِمْهَال - bermakna tangguh
اَلعَذَاب - Azab, bukan diabaikan, bukan dihilangkan, bukan ditiadakan - اِهْمَال - bermakna dihapus.
6.0] Allah sendiri yang menegaskan bahawa اَجَلٌ مُسَمَّى - waktu yang telah ditetapkan. Azab Allah didatangkan bukan kerana mereka minta disegerakan dan ditangguhkan pula bukan kerana mereka minta ditangguhkan. Azab Allah adalah sesuai dengan ajal yang telah Allah sendiri tetapkan. Jika azab belum tiba dan ajal belum sampai, maka azab pun belum diturunkan. Tiada sesiapa pun yang boleh menghalang apabila Allah berkehendak untuk menurunkannya. Rupa-rupanya yang ada ajal, bukanlah hanya manusia tetapi azab pun ada ajal iaitu tempuh masa yang telah ditetapkan Allah untuk berlaku.
7.0] Kematian pun ada ajal. Orang yang minta mati pun tidak akan mati jika belum tiba ajalnya dan orang yang tidak mahu mati juga akan mati apabila sampai ajalnya. Ajal tidak boleh dipercepat atau diperlambatkan walau pun sesaat. Jika ketakutan kita terhadap mati dapat melambatkan kematian kita, eloklah takut mati, tetapi masalahnya samada kita takut mati atau tidak takut mati, tetap ajal itu akan berlaku kepada kita pada masanya yang telah Allah tetapkan. Oleh itu kita tidak perlu takut mati, sebaliknya perlulah sentiasa bersedia, berusaha mencari kebahagiaan, ketenangan jiwa, sakinah, tuma'ninah hati sebelum ajal tiba. Hati yang bersedia pasti tenang berbeza dengan hati yang takut untuk menghadapinya yang akan gelisah.
8.0] Sabda Nabi saw, "Orang yang bijak ialah yang mempersiapkan diri sebanyak-banyaknya untuk mencari bekalan untuk menghadapi kehidupan selepas matinya. Perbanyakkan ingatanmu terhadap penghancur, penghapus, pemusnah kenikmatan hidup dunia, iaitu mati". Bagaimana caranya? Apabila teringat mati, ketawamu akan terhenti, jalan-jalan cari makanmu berkurang selera, nikmat kepuasanmu melang-lang buana (melancung) semakin menyepi, seronok jumpa kawan, gelak-gelak, gerak-gerak, minum-minum makin terhenti. Hidup disibukkan untuk mencari bekalan sesudah mati. Bukan dengan takut mati tetapi dengan tidak berbuat apa-apa, kerana takut itu akan membuat diri semakin stress, tertekan dan lagi cepat menjemput mati. Itu kesilapan yang perlu dibaiki. Sementara diberi oleh Allah peluang untuk hidup, manafaatkanlah, sibukkan diri membuat persediaan dan andai persediaan diri mencukupi, kehidupan selepas mati akan menyeronokkan. Kebahagiaan sebenarnya ialah setelah mati, selagi tidak mati bagaimana dapat memasuki syurga Allah? Orang yang ingin masuk ke syurga tetapi tidak mahu mati, pasti hadapi depression, bingung. Oleh itu kena luruskan cara berfikir kita dengan melihat masalah agama sebagaimana agama menyuruh kita telitikannya.
9.0] Daripada Asy-Sya'rawi, dalam memahami surah Al-Anfal ayat 32 di atas, "Amat pelik sekali, seorang insan meminta agar segera disiksa, itu petanda ada masalah jiwa, sedangkan orang majnun sekali pun tahu takut". Itu penderhakaan dan pendustaan mereka yang amat sangat, mungkin lantaran semenjak datuk nenek mereka yang ingkar sehingga mereka sekarang pun ingkar namun tiada azab yang Allah timpakan kepada mereka. Walhal seperti yang Allah telah nyatakan di dalam Al-Quran bahawa azab itu ditangguhkan dan apabila tiba masanya akan menimpa secara tiba-tiba tanpa mereka menyedarinya
10.0] Orang-orang kafir mula menghadapi azab Allah di dunia lagi dan dinamakan sebagai istidraj. Apabila ajal telah tiba, mereka akan hadapi sakaratul-maut, iaitu masa perpindahan dari alam dunia ke alam barzakh, malikul-maut akan melepuk-lepuk muka dan belakang mereka, sebelum masuk ke alam barzakh lagi sudah merasai siksa di dunia semasa ihtidhor.
اَلاِحْتِضَارُ - سَكَرَات - نَزَع
اَلاِحْتِضَارُ - proses kematian ketika seseorang berada dipersimpangan antara alam dunia dan alam barzakh, ketika jiwa dan nyawa hendak berpisah dengan jasad.
سَكَرَات - maknanya mabuk, hilang kesedaran diri, sakit dan setiap orang akan pasti merasai, tidak terkecuali mukmin atau pun kafir, bezanya mukmin merasa sekejap dan kafir lebih lama. Nabi saw bersabda, "Sesungguhnya kematian itu ada sakarat".
نَزَع - maknanya menarik atau mencabut dengan keras kerana mungkin banyak sekali tersangkut di dalam, ibarat menarik seratus mata kail daripada daging, kena direntap untuk keluar. Ini azab sakit tambahan selain sakit sakarat dan hanya untuk orang-orang yang suul-khotimah. Adalah tidak sesuai jika kita guna istilah naza' untuk orang mukmin. Bacalah surah An-Naaziat ayat 1 dan 2:
Ini untuk orang-orang kafir. Malaikat maut mencabut nyawa mereka dengan keras dan mereka merasai naza'. Untuk suul-khotimah, ada ihtidhor, ada sakarat, ada naza' yang sangat menyakitkan. Diperlihatkan apa yang akan didapati di depannya yang penuh ngeri dan menyiksakan dan tidak ada sesuatu yang dibencinya lebih dari keadaan begitu.
Ini untuk orang-orang mukmin. Malaikat maut mencabut nyawa mereka dengan lemah-lembut, perlahan bak kata bagai menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Untuk husnul-khotimah, ada ihtidhor, ada sakarat, tetapi tiada naza'. Sakarat ada kesakitan tetapi sabda Nabi saw, "Apabila seseorang itu mendapat husnul-khotimah, sebelum memasuki ke alam barzakh, sebelum ia meninggalkan dunia, dia diperlihatkan tempat tinggalnya yang akan didapatinya di alam barzakh nanti dan tidak ada yang lebih disukainya melebihi apa yang sedang dilihatnya itu dan dia melangkah ke depan meninggalkan apa yang di belakangnya dengan hati yang seronok". Ibarat disuruh pindah dari setinggan ke bungalow, tentulah rasa seronok, tidak terasa lagi sakitnya.
11.0] Sabda Nabi saw lagi, "Sesiapa yang suka untuk berjumpa Allah, Allah akan suka untuk berjumpa dengannya. Sesiapa yang benci untuk berjumpa dengan Allah, Allah pun benci untuk berjumpa dengannya". Ketika Nabi saw bersabda inilah, Saidatina Aisyah r.anha bertanya, "Ya Rasul. kalaulah begitu, siapa yang suka berjumpa Allah kerana semua orang tidak suka mati dan takut mati? Nabi saw menjawab, "Bukan begitulah Aisyah, apabila orang mukmin merasa sakarat, Allah perlihatkan segala kebaikan, nikmat dan tidak ada yang lebih disukai oleh orang mukmin itu melebihi apa yang diperlihatkan kepadanya, seronok, dan dia pun ingin segera berjumpa Allah berbeza dengan orang kafir". Orang kafir diperlihatkan segala siksaan yang bakal diterimanya, dan seumpamanya dihalau dari bungalow untuk berpindah ke seting-garden (setinggan).
12.0] Ali bin Abi Talib pernah berkata apabila ditanya, "Wahai Amirul mukminin, apa punca orang takut untuk hadapi kematian, takut untuk berpindah ke alam barzakh, takut untuk tinggalkan dunia?" Jawab Ali, "Jika kamu bina rumah kamu di dunia jauh lebih megah dari rumah akhirat, kamu pasti takut, tetapi jika rumah akhiratmu lebih cantik dari rumah duniamu, tentu lebih mudah kamu berpindah".
13.0] Adapun tentang menta'khirkan (menangguhkan) azab, imhalul-azab, tidak diturunkan azab sekarang walau pun mereka minta, hatta kepada orang kafir sekali pun, sebenarnya terdapat banyak hikmahnya bagi umat Nabi Muhammad saw. Umat Nabi Musa as, yang dilarang dari menangkap ikan pada hari sabtu dan apabila mereka melanggarinya, azab keatas mereka Allah segerakan dengan menjadikan mereka monyet. Mereka juga yang diingatkan agar tidak berbuat jahat tetapi ketika mereka berbuat jahat, mereka disambar petir. Begitu juga dengan kaum Nabi Luth as dan kaum nabi-nabi yang lain. Kaum Nabi Muhammad saw ditangguhkan azab kerana adanya hikmah yang berdasarkan Al-Quran:-
i) Allah tangguhkan untuk memberi peluang supaya mereka bertaubat. Banyak sekali di dalam Al-Quran Allah rangkaikan sifatNya yang Ghafur, Rahim, Ghafur, Halim. Atas dasar sifat Allah yang Ghafur, Rahim, dengan maghfirah (keampunanNya), orang terselamat dari api neraka, dan dengan rahmatNya orang akan mendapat pengampunan dan dapat masuk syurga. Bagaimana untuk pastikan diri terselamat dari api neraka? Allahu Ghafurur-Rahim, Allah Pengampun Penyayang, berusahalah untuk mendapatkan keampunan dari Allah atas segala dosa-dosa, bertaubat bersungguh-sungguh, dan apabila telah mendapat keampunan dari Allah, akan terselamatlah orang itu. Bagaimana untuk mendapatkan syurga? Keampunan Allah adalah bersama rahmatNya. Rujuk surah Al-Kahfi ayat 58;
Disebut dahulu bahawa, "Tuhanmu Maha Pengampun dan memberi rahmat (penuh kasih-sayang)", Tuhanmu tidak tergesa-gesa menyiksa mereka walaupun mereka telah banyak melakukan kesalahan sebab Tuhanmu itu Al-Ghafur, Ar-Rahmah". Oleh itu manafaatkanlah sifat Allah sebegini, bukan hanya setakat menangguhkan azab tetapi juga Allah bersifat penuh kasih-sayang.
14.0] Contohnya seumpama Allah berfirman, "Sebetulnya Aku berhak meminta balik pinjaman yang Aku pinjamkan kepadamu, tetapi sebab Aku baik-hati, pemurah, tolak-ansur, maka Aku tangguhkan, tangguhkan bukan bererti hapuskan". Janganlah pula orang yang diberi kesempatan sebegitu mengatakan bahawa Allah tidak kisah, kalaulah Allah ingin melakukan segera, Allah berkuasa, tetapi Allah Al-Ghafur Ar-Rahim.
15.0] Salah satu kesimpulannya ialah rangkaian sifat Allah SWT, dengan sifat Ghafur dan RahimNya, Allah lebih suka memasukkan hambaNya yang berdosa ke dalam syurga sebab taubatnya daripada mengazabnya dan memasukkannya ke dalam neraka kerana dosanya. Sebab itulah sebanyak mana pun dosa seseorang, sebesar mana pun maksiatnya, selagi ajal belum tiba, peluang untuk dapat memasuki syurga masih ada. Oleh itu berilah khabar gembira kepada orang yang berdosa sebagai motivasi supaya bertaubat untuk mendapat syurga Allah.
16.0] Kita hendaklah sedar bahawa kebanyakan penghuni syurga itu adalah orang-orang yang pernah berdosa (mantan pendosa) kecualilah para nabi. Maksudnya sebelum ajal datang menjemput, pendosa itu sudah berhenti dari melakukan kejahatannya, seperti menipu, berbohong, melakukan maksiat dan sebagainya. Rujuk surah Az-Zumar ayat 53;
Jangan putus-asa dari rahmat Allah, jangan putus-asa dari mencari keampunan Allah, jangan ditutup peluang. Jangan mengatakan kepada orang-orang berdosa seperti, "Syaitan pun pelik dengan awak, iblis pun kalah dengan awak, awak akan masuk neraka". Jangan sekali-kali berkata begitu tetapi sampaikanlah surah Az-Zumar ayat 53 ini. Allah masih memanggil orang-orang yang berdosa dengan panggilan, "Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas..". Panggilan tanda kasih Allah masih ada.
17.0] Ghafur dan Rahim Allah, apabila diberi peluang dan tidak dimanafaatkan oleh hambaNya sehingga mati, maka Allah akan tunjukkan sifat AdilNya di akhirat. Allah masukkan hambaNya ke dalam syurga dengan sifat Ghafur dan RahimNya, manakala Allah akan masukkan hambaNya ke dalam neraka kerana sifat AdilNya.
18.0] Hanya dengan sebab pengampunan dari Allah sahaja seseorang terselamat dari neraka. Ghafur adalah dari kalimah maghfirah, dengan sebab maghfirah orang terselamat dari neraka, dengan sebab rahmat Allah orang dapat masuk syurga. Apa doa yang kita baca ketika duduk diantara dua sujud? Doa itu dimulai dengan doa mohon ampunan dan rahman Allah, iaitu رَبِّ اغْفِرلِىْ وَارْحَمْنِىْ , yang bermaksud, "Wahai Tuhan, ampunilah aku, dan kasihanilah aku". Dua doa yang paling mustahak bagi seseorang hambaNya, manakala doa-doa yang selebihnya adalah doa tambahan.
رَبِّ اغْفِرلِىْ وَارْحَمْنِىْ وَاجْبُرْنِى وَارْفَعْنِى وَارْزُقْنِى وَاهْدِنِى وَعَافِنِى وَاعْفُعَنِّى
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُعَنْهُ
Yang bermaksud:-
"Wahai Tuhan, ampunilah dia, dan kasihanilah dia, dan sejahterakanlah dia dan maafkanlah kesalahannya".
Doa yang paling penting untuk yang hidup dan yang mati ialah doa mohon ampunan dan doa mohon rahmat Allah. Apabila semua orang yang berdoa dengan dua doa diatas, iaitu doa mohon ampun dan doa mohon rahmat Allah dan apabila Allah qabulkan doa-doa itu, maka dimanakah tempat mereka semua? Tempat mereka adalah di syurga Allah. Ahli-ahli syurga kebanyakan adalah mantan pendosa yang telah bertaubat. Oleh itu janganlah berputus-asa. Jangan sekali-kali ada perkataan seperti,"Ah, saya sudah banyak buat dosa, tidak ada perintah Allah yang saya buat dan tidak ada larangan Allah yang saya tidak lakukan, saya pula tidak muda lagi, mana ada masa untuk bertaubat?" Jangan begitu, selagi ajal belum tiba, masih ada harapan, bagi harapan, samada kepada diri atau kepada orang lain yang berdosa. Itu cara untuk motivate orang yang berdosa. Jangan sekali-kali menghukum seberat-beratnya terhadap pendosa, masih ada peluang, manafaatkanlah. Allah itu zat yang wajib kita takuti, tetapi Allah juga zat yang lebih patut kita cintai. Menyembah Allah dengan perasaan takut atau menyembah Allah dengan perasaan cinta, mana satu yang lebih baik? Mana satu yang lebih tinggi maqamnya? Tentulah maqam cinta yang lebih patut, dan Allah pula menawarkan cintaNya kepada hambaNya hatta kepada penderhaka seperti tercatit di dalam surah Az-Zumar ayat 53 di atas. Itulah tujuan terbesar azab itu tidak segera disegerakan. Semasa hidup pun disuruh berdoa dengan doa mohon ampun dan mohon rahmat Allah begitu juga ketika meninggal dunia disuruh berdoa yang sama.
20.0] Tolong diubahkan kebiasan apabila mendengar berita kematian maka disambut dengan unjuran membaca Al-Faatihah. Tiada unjuran untuk membaca surah Al-Faatihah tetapi sebaliknya diunjurkan supaya mendoakan dengan اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُعَنْهُ . Jangan lagi berita kematian disambut dengan ucapan Al-Faatihah, kemudian berlarutan dengan berita tentang si mati yang menjadi bahan bualan. Orang yang meninggal, tidak kira siapa dan apa status sosialnya semasa hidupnya, adalah sama dihadapan Allah. Tidak boleh merasa berbeza dan tidak boleh ingin dibezakan. Doa yang sama dipohonkan kehadapan Allah, doa mohon ampun dan rahmat Allah. Kadang-kadang cara pengurusan jenazah pun diperhatikan konon itu memberi gambaran tentang keadaan si mati, seperti jika suatu jenazah yang diurus dalam musim banjir, yang hadapi banyak masalah sebab terpaksa dipikul di dalam hujan, basah, penutup jatuh, batu nisan dari batu biasa dan sebagainya berbanding dengan satu jenazah lain yang dihantar dengan bas pesiaran yang hebat, keranda pakai renda, batu nisan berbunga kristal dibuat dari marble yang diimport dari Italy dan sebagainya. Apa faedahnya untuk si mati?Tiada, tiada apa-apa faedahnya untuk si mati, itu hanya untuk kepuasan si hidup. Tetapi itulah yang biasa menjadi kebiasaan budaya kita padahal agama melarangnya. Di perkuburan jangan sampai ada nampak perbezaan jelas yang mengimbas status-sosial, nilai duniawi si mati sewaktu hidupnya kerana apabila bergelar jenazah semua adalah sama di depan Allah dan yang diminta oleh si jenazah ialah supaya dipohon keampunan Allah dan rahmat Allah baginya dan tidak yang lain.
21.0] Ghafur- Sifat Allah- Mengampunkan, melepaskan, merdekakan hambaNya dari neraka.
Rahim- Sifat Allah- Memasukkan hambaNya ke dalam syurga.
Dua doa diatas adalah yang sangat penting semasa hidup dan semasa mati seseorang hamba Allah. Di dalam Al-Quran tiada disebut kalimah Rahim dahulu daripada Ghafur. Jangan diterbalikkan kerana kita hambaNya perlulah mohon selamat, bebas dahulu daripada neraka dengan sifat Ghafur Allah kemudian barulah dapat memasuki syurga dengan sifat Rahim Allah. Apabila Allah tangguhkan ajal dan azab, jangan fikir semacam tiada apa-apa atau telah dihapuskan, tetapi ianya hanya imhal (ditangguh).
22.0] Firman Allah,"Wahai Muhammad, Tuhanmu zat yang Maha Menutup kesalahan hambanya semasa hambaNya berdosa". Makna asal Ghafur, ialah menutup. Contohnya kepala yang luka ditutup dengan kain pembalut yang dipanggil ghifarah. Allah Menutup sehingga tiada orang yang nampak atau tahu dosa orang lain. Salafussoleh berkata, "Jika dosa itu mengeluarkan aroma, tidak ada orang yang akan mendekati ku". Walaupun orang yang berbuat dosa dan maksiat, namun orang lain tidak nampak akan dosanya. Allah Ghafur, Allah menutupi dosa-dosa hambaNya dan itu pun adalah satu rahmat Allah yang besar. Janganlah hanya berpuas-hati dengan Allah hanya menutup kesalahan kita, rugi sangatlah rugi, tetapi hendaklah berusaha supaya dapat dihapuskan Allah dosa-dosa itu. Berdoalah supaya Allah hapuskan dan padamkan segala kesalahan kita. Moga Allah maafkan kita.
23.0] Orang yang membuat maksiat, maksiatnya tidak nampak sepertilah dengan jin dan malaikat yang tidak nampak dimata kita manusia dan boleh menjelma dengan izin Allah. Samalah dengan amal kita yang tidak nampak sekarang tetapi di alam barzakh nanti akan dinampakkan. Andaikan dosa-dosa kita dijelmakan Allah sekarang dan mengikuti kita kemana sahaja, tentulah buruk, hodoh dan jijik diri kita. Selama ini Allah tutupi, tetapi janganlah hanya merasa puas dengan sebab ditutupi Allah tetapi manafaatkanlah peluang yang masih ada sebelum ajal menjemput kita, untuk beristighfar, bertaubat dan berdoa mohon keampunan, kemaafan dan rahmat daripada Allah.
24.0] Berdoa jangan laju-laju. Meminta dengan sesama manusia pun adalah tidak bersopan jika dengan cara gopoh-gapah dan laju-laju. Berdoa kepada Allah, berceritalah dan mengadulah kepada Allah dengan lemah-lembut, perlahan dan penuh perasaan. Untuk mendoakan kawan juga, atau ketika respon kepada berita kematian, perlulah dengan hati yang ikhlas. Tulis doa itu sendiri dengan makna dan inti doa dihati yang ikhlas. Tangan menulis, hati mendoakan atau jika di copy and paste pun, sebelum menghantarnya, bacakan dan doakan dengan hati dahulu. Allah tidak kabulkan doa yang di CnP tanpa makna, tanpa nilai dihati. Atau pun tidak payah dihantar pun tidak mengapa asalkan doanya di hati yang ikhlas dari jauh.
25.0] Marilah kita memanafaatkan waktu yang masih ada buat diri kita semua. Penangguhan dari Allah (imhal) itu kita jadikan peluang untuk mencari redho Allah, memohon keampunan, kemaafan dan rahmat Allah. Mudah-mudahan kita semua diberkati Allah dengan tadayyun (keber-agama-an) kita yang lurus. Moga bermanafaat dan diberkati Allah.

"Wahai Tuhan, ampunilah aku, dan kasihanilah aku, dan cukupilah kekuranganku, dan angkatlah (darjat)ku, dan beri rezqilah aku, dan beri petunjuklah aku, dan sihatkanlah aku dan maafkanlah aku".
19.0] Apabila kita mendengar berita kematian, apa doa kita? Doanya pun ialah doa mohon ampun dan mohon rahmat untuk si mati.

No comments:
Post a Comment