Tuesday, August 25, 2015

Surah Al-Ankabut (ayat 1) Kuliah 1- Fawatihussuwar



1.0] Mukaddimah: Surah Al-'Ankabut yang bermaksud Labah-labah ialah surah ke-29 dan mengandungi 69 ayat. Dari asbaabun nuzul, surah ini diturunkan selepas surah Ar-Ruum, surah ke 83. Surah ini dimulakan dengan menunjukkan kemukjizatan Al-Quran dari segi bilangan ('i'jaz adadi) dan fawatihussuwar (huruf-huruf hijaiah yang dijadikan pembuka surah). Ayat pertama dimulakan dengan alif- lam- mim.

2.0] Ada 29 surah didalam Al-Quran yang dimulakan dengan fawatihussuwar. Huruf hijaiah yang digunakan untuk fawatihussuwar ada 14 set (seperti alif-lam-mim dan sebagainya). Hanya 14 huruf yang menjadi muqotho'at. Ada mufassir yang berusaha untuk mengertikan maksud huruf-huruf itu tetapi belum ada yang berpuas hati dalam merungkaikan rahsia huruf-huruf itu. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa maksudnya huruf-huruf itu. 14 huruf-huruf itu ialah ص،ل،ه،س،ح،ي،ر،ا،م،ن،ق،ط،ع،ك، (sod, lam, ha, sin, hha, ya', ro', alif, mim,nun, qof, tho', 'ain dan kaf.)

3.0] 6 daripada 29 surah yang mempunyai kata putus yang baginya penuh rahsia, fawatihussuwar yang bermula dengan alif-lam-mim terdapat dalam Al-Quran iaitu surah Al-Baqarah, surah Aa-li Imron, surah Al-'Ankabut, surah Ar-Ruum, surah Lukman, dan surah As-Sajdah. Diantara surah itu pula ada keserasian seperti surah Al-Baqarah dengan surah As-Sajdah dimana pada ayat kedua dalam kedua-dua surah boleh dikaji keajaiban kiraannya.

[Google: Dr. Abdul Naem al-Kaheel -The miracle of number 7 in the Quran -mathematic miracle in the Quran].

4.0] Fawatih ialah jamak dari kata fatihah yang bererti pembukaan atau permulaan atau awalan. Manakala As-Suwar pula ialah jamak dari As-Surah iaitu sekumpulan ayat-ayat Al-Quran.