Tuesday, February 23, 2016

Surah Al-Ankabut (ayat 18-19) Kuliah 20- Hidayah Allah


1.0] Surah Al-Ankabut ayat 18;

Selepas Allah menjelaskan tentang tauhid (aqidatut tauhid) dalam ayat 16 dan 17, maka ayat 18 ini pula ialah ayat tahdid (ayat ancaman).
Ulama tafsir berbeza pendapat tentang  kalimah kamu disini dituju kepada siapa. Boleh jadi dimaksudkan kepada kaum Nabi Ibrahim as atau kepada kaum Nabi Muhammad saw. Jika dituju kepada kaum Nabi Ibrahim as, maka kaum yang sebelumnya ialah kaum Nabi Hud as, kaum Nabi Nuh as dan kaum Nabi Soleh as. Jika sebaliknya ialah untuk kaum kafir Mekah.
2.0] Jika orang-orang dahulu dibinasakan kerana mereka mendustakan ayat-ayat Allah, maka  orang-orang yang datang kemudian juga akan disiksa jika berbuat demikian kerana Sunnah Allah itu tidak akan berubah dan hukum sejarah adalah sama dan sentiasa berulang.
3.0] Pendustaan sesuatu kaum terhadap risalah yang disampaikan kepada nabi atau rasul tidak akan memberi kesan mudhorat kepada nabi atau rasul atau kepada Allah, bahkan yang akan merugi ialah kaum itu sendiri.
4.0] Tugas nabi atau rasul atau kita sebagai pendakwah hanyalah untuk  menyampaikan (Al-Balagh) yang jelas dan nyata (Al-Mubin). Kejayaan sesuatu dakwah tidak dinilai dengan jumlah (kuantiti) orang yang mengikutinya tetapi dengan  kualiti apa yang telah disampaikan dengan berkesan. Ada kuliah dakwah yang dipenuhi dengan jokes semata-mata untuk menarik minat lebih ramai penonton, tetapi yang penting ialah kualiti dan keberkesanan yang dapat disebar luaskan.
5.0] Nilai kebenaran satu ayat daripada nabi atau daripada Allah tidak akan berkurang atau bertambah atau untung atau rugi kerana ia adalah milik Allah, tetapi yang akan merugi ialah kaum itu sendiri tentang bagaimana dapat menerima dakwah tersebut. Pendakwah adalah dikira berjaya apabila telah menyampaikan risalah yang nyata jelas (Al-Balagh Al-Mubin) semata-mata kerana Allah walaupun jika sambutan tidak menggalakkan.
6.0] HIDAYAH ALLAH terbahagi kepada 4 jenis iaitu;
i) Hidayah fitriah atau hidayah ghoriziyah, iaitu hidayah yang tanpa diminta datang dari Allah. Contoh: Anak penyu  yang baru menetas tahu untuk bergerak menuju ke laut, atau anak itik yang tahu berenang tanpa diajari.
ii) Hidayah irsyadiah iaitu hidayah dari Allah yang disampaikan oleh para rasul atau nabi, tentang petunjuk yang lurus atau bengkok atau dosa pahala. Para nabi atau rasul diperintahkan tabligh (sampaikan) tetapi bukan kewajipan yang dibeban keatas mereka. Hidayah irsyadiah perlu dicari pada 2 tempat sahaja iaitu di dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi. Apabila telah mendapat hidayah irsyadiah hendaklah pula memohon kepada Allah untuk diberi hidayah taufiqiyah.
iii) Hidayah taufiqiyah adalah semata-mata dari Allah, ia pekerjaan Allah untuk dibuka hati atau digerakkan hati untuk ikuti jalan yang benar. Contoh doa didalam surah Al-Fatihah iaitu, "Tunjukilah kami jalan yang lurus". Bukan kerana kita tidak tahu jalan yang lurus tetapi kerana kita tidak hendak ikut. Oleh itu kita kena mohon kepada Allah untuk mudahkan hati kita untuk mengikut jalan yang lurus dan benar. Ini doa orang yang telah mendapat hidayah irsyadiyah.
iv) Hidayah ke Jannah iaitu apabila seseorang itu telah mendapat hidayah irsyadiyah kemudian mendapat pula hidayah taufiqiyah, maka barulah Allah akan beri hidayah ke Jannah.

7.0] Tugas nabi atau rasul atau ibubapa hanya sampai keperingkat hidayah irsyadiyah sahaja manakala hidayah taufiqiyah adalah dari Allah, contohnya dalam mendidik anak-anak pastikan ibubapa telah mencari jalan menyampaikan hidayah irsyadiyah kepada anak-anaknya sebelum berdoa untuk hidayah taufiqiyah kepada Allah.
8.0] Ayat-ayat tentang kewajipan atas nabi atau rasul atau pendakwah untuk menyampaikan hidayah irsyadiyah sangat banyak didalam Al-Quran. Untuk koleksi fikir bolehlah didapati dari ayat-ayat dari surah-surah berikut iaitu: Aa-li Imran ayat 20, Al-Maidah ayat 92 dan 99, Ar-Ra'd ayat 40, An-Nahl ayat 35 dan 82, An-Nur ayat 54, Al-Ankabut ayat 18, Yaasin 17, As-Syuura 48, At-Taghaabun 12.
9.0] Dalam ayat-ayat diatas Allah menyatakan kepada nabi atau rasul atau pendakwah (iaitu kita) bahawa tugas mereka hanyalah semata-mata Al-Balagh Al-Mubin (menyampaikan yang jelas); selebihnya adalah dari Allah. Jika telah menyampaikan, tidak perlu lagi berkecil hati atau bersedih jika tidak semua orang dapat menerimanya.
10.0] Surah Al-Ankabut ayat 19;




11.0] Soalannya, "Bagaimana permulaannya Allah memulakan penciptaan dan kesudahan Alam (makhluk) ini? Al-Quran menjelaskan tentang asal-usul segala yang maujud ini dalam 3 ayat iaitu;
i) Dalam surah Al-Anbiya' ayat 30, yang bermaksud, "Dan adakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawa langit dan bumi kedua- duanya dahulu adalah satu. Kemudian Kami pisahkan antara kedua-duanya dan Kami jadikan segala sesuatu yang hidup berasal daripada air, maka mengapa mereka tidak beriman?".
Segala kehidupan berasal dari air, dimana ada air akan didapati ada kehidupan. Dihujung ayat Allah kata tidakkah kamu beriman? Apa hubungan mengkaji  Sains dengan Iman? Allah telah memberi clue atau kata kunci, hanya terserahlah untuk siapa yang mampu mengkajinya.
ii) Surah Az -Zaariyaat ayat 47 yang bermaksud, "Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan Kami benar-benar meluaskannya."
Alam kita sekarang sedang berada dalam keadaan ini iaitu expanding universe. Jumlah buruj yang ada didalamnya semakin bertambah (baru lahir) walaupun ada yang telah menemui ajal dan dipanggil sebagai Super Nova.
Bumi pula semakin sempit, bumi menjadi hutan batu. Oleh itu dongaklah keatas sepertimana yang biasa dilakukan oleh Nabi kita saw ketika solat tahajjud dengan membaca ayat-ayat dari surah Aa -Li Imran bermula ayat 190 hingga 200. Kalau sedang bersedih, jangan tengok kebawah, alam yang semakin sempit, menjadikan fikiran semakin sempit, tetapi pandanglah kelangit yang luas, tengok bintang-bintang yang bertaburan, fikiran dapat jadi lapang.
iii) Surah Al-Anbiya' ayat 104 yang bermaksud, "(Ingatlah) pada hari dimana langit Kami gulung seperti menggulung lembaran-lembaran kertas. Sebagaimana Kami telah memulakan penciptaan pertama, begitulah Kami akan mengulanginya lagi. Suatu janji yang pasti Kami tepati, sesungguhnya Kami akan melaksanakannya".
Drama Alam Semesta yang penuh dengan adegan mencemaskan. Seperti kata Shakespeare, "Dunia Panggung Sandiwara". "Pada hari Kami akan gulung atau lipat langit, sebagaimana kami telah memulakan awalnya Kami akan kembalikan seperti awalnya". Banyak ayat-ayat Al-Quran menceritakan tentang huruhara suasana ketika itu, seperti yang terdapat didalam surah At-Takwir;
Rujuk surah At-Takwir;


Apabila matahari digulung. Dan apabila bintang-bintang berjatuhan. Dan apabila gunung ganang dijalankan. Dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan. Dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan. Dan apabila lautan dipanaskan. Dan apabila ruh-ruh dipertemukan. Dan apabila bayi-bayi perempuan yang ditanam hidup-hidup ditanya, kerana dosa apa dia dibunuh? Dan apabila catatan amal dibuka dengan selebar-lebarnya. Dan apabila langit dilenyapkan. Dan apabila neraka Jahim dinyalakan. Dan apabila syurga didekatkan. Setiap orang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya..sehingga habis ayat.
Oleh itu rajin-rajinlah membaca dan mengkaji tentang kajian-kajian alam ini walaupun dari orang yang bukan Islam. Moga bermanafaat dan diberkati Allah.



Tuesday, February 16, 2016

Surah Al-Ankabut (ayat 16-17) Kuliah 19- 'U'budu, Ittaqu, Ihsan, Husnon, Ma'ruufun

1.0] Penjelasan terakhir minggu sebelumnya berkaitan dengan kalimah 'u'budu (sembahlah) dan ittaqu (bertaqwalah).

2.0] Surah Al-Ankabut ayat 16;


3.0] Surah Al-Ankabut ayat 17;


Dua ayat diatas tidak dapat dipisahkan kerana dalam ayat 16, menceritakan bahawa Allah sahaja yang berhak disembah dengan alasan, bukti dan dalil yang cukup. Manakala ayat 17 pula menjelaskan bahawa tiada yang lain yang berhak disembah kecuali Allah, disertai dalil bukti dan alasan juga.

4.0] Sesungguhnya tuhan-tuhan yang kamu sembah selain Allah, mereka tidak memiliki kekuasaan untuk memberi apa-apa rezeki kepada kamu walaupun sedikit kerana mereka tidak memiliki sifat Rububiyyah dan Ar-Razzaq (Yang Maha Memberi Rezeki). Oleh itu mereka tidak ada hak Uluhiyyah (tiada hak untuk disembah, untuk di puja). Selain Allah, tiada yang dapat menyembuhkan penyakit, yang memberi rezeki, yang mengangkat yang rendah, yang menjadikan malam dan siang dan sebagainya.

5.0] Syarat utama Tuhan Yang Disembah ialah Tuhan Yang mesti ada sifat Rububiyyah Ar-Razzaq (Yang Memberi Rezeki) dan Al- In'aam (Yang Memberi Nikmat]. Oleh itu carilah oleh kamu dengan bersungguh-sungguh akan rezeki disisi Allah kerana hanya Allah Yang Berkuasa Memberi Rezeki. Jangan sekali-kali terlintas dihati bahawa ada rezeki yang tidak datang dari Allah, itu sudah syirik.

6.0] Berhati-hati jika punyai sesuatu yang unik, jaga supaya tidak memberi kesan dihati bahawa itu satu kelebihan diri, jauhi bangga (takaththur) sebab itu semua dosa . Dosa bukan hanya dengan meninggalkan solat atau mencuri, tetapi dosa batiniah adalah lebih dahsyat dari dosa zahiriah.

7.0] Contohnya jika seseorang yang beranggapan semenjak membela kucing berkaki enam, rezekinya bertambah, atau plet keretanya yang bernombor 888 membawa tuah murah rezekinya dan sebagainya, semua itu syirik yang perlu dijauhi. Dalam ibadah hendaklah dijaga dengan jauhi ujub, begitu juga didalam masalah duniawi, perlu dijaga supaya tidak bermegah-megah (takathur), lalai, serta syirik. Jika hati masih rapuh, iman naik turun, perlulah sangat berhati-hati untuk sentiasa ada panduan bagi mengukur hati sendiri. Jaga hati kita supaya sekuat iman Abu Bakar As-Siddiq atau Omar Al-Khattab. "Wa'budu wasykuru" yang bermaksud "Dan sembahlah Allah dan bersyukurlah".

8.0] Hayati surah At-Takathur yang bermakna "Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang. Bermegah-megahan telah melalaikan kamu. Sampai kamu masuk kedalam kubur. Sekali kali tidak! Kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatan mu). Kemudian sekali kali tidak! Kelak kamu akan mengetahui. Sekali kali tidak! Sekiranya kamu mengetahui dengan yakin, nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahim. Kemudian kamu benar-benar akan melihatnya dengan mata kepala sendiri. Kemudian kamu benar-benar akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan (yang megah didunia itu).(Bermegahan dalam soal banyaknya anak, harta, pengikut,  kemuliaan dan sebagainya , telah melalaikan kamu daripada ketaatan kpd Allah )".

9.0] Al-Ma'bud (sesuatu yang disembah) adalah kerana 3 perkara:
 i) Mustahiq- memang dia ada hak untuk disembah.
 ii) Naafi'- ada manafaat, ada faedah untuk disembah samada sekarang atau kemudian.
 iii) Khauf- sesuatu yang ditakuti, jika tidak disembah akan menimpakan bencana.

10.0] Fahaman keberhalaan, boleh jadi yang disembah bukan berhala tetapi benda-benda lain seperti keris atau nombor, dan sebagainya-idoliteri.

11.0] Kalimah awthaana bermaksud berhala. Ifkun bermaksud kebohongan yang maha dahsyat yang direka-reka, lebih dahsyat dari kazibun. Contoh Ifkun ialah apabila Saidatina Aisyah r.anha difitnah dituduh berzina dengan Safwan, satu kebohongan yang dahsyat, sehingga tiada siapa yang membelanya, sehinggalah pembelaannya turun dari Sidraatul Muntaha, tidak terkata perasaan gembira hatinya Saidatina Aisyah dengan pembelaan itu.

12.0] Contoh lain ialah jika ada keris yang dipercayai boleh terbang, yang kena dimandikan dengan air dari tujuh perigi diawal bulan Muharram, kerana diyakini akan membawa mudhorat jika tidak dilakukan sedemikian, ini adalah syirik yang paling besar iaitu dipanggil ifkun atau kebohongan. Awthaana ( berhala) boleh jadi juga terhadap batu gunung Aqid yang dijadikan cincin dan dianggap dapat membawa karamah, semua itu adalah syirik.

13.0] Perbezaan pada kalimah Rizqan dan Ar- Rizqa;
Rizqan (dalam bentuk naqirah menunjukkan indefinite). Allah menafikan keupayaan berhala-berhala itu memberi rezeki kepada kamu, apa-apa pun sebanyak mana pun, jenis apa pun. Manakala Ar-Rizqa (ada alif lam) yang menunjukkan sesuatu yang definite, yang membawa makna istighraq (segala jenis rezeki). Kalimah al (alif lam) yang membawa makna segala atau semua
.
14.0] Contoh bahasa Al-Quran; "Jahannam itu Aku penuhi dengan jin dan manusia, yang ada mata tak melihat, ada telinga tak mendengar, ada hati tak mengerti". Allah pandang orang-orang itu tidak lagi seperti manusia bahkan seperti Al-An 'aam (4 jenis binatang iaitu kambing,  biri-biri, lembu dan unta).

15.0] Selain Allah tiada yang dapat memberi kamu Rezeki. "Carilah dari Aku", kata Allah. Ar-Rizq, ma'rifat, diketahui, isim yang sudah dikenal. Rezeki yang Allah suruh kita cari sudah ada disediakan oleh Allah sebelum makhluk diciptakan lagi. Berapa kadarnya, disediakan dimana, bila, berapa, dijanjikan Allah, tidak akan lari rezeki seseorang kepada orang lain.

16.0] Hayati doa ini; "Ya Allah tidak sesiapa yang boleh menghalang sesuatu yang Engkau berikan dan tidak sesiapa yang boleh memberi apa yang Engkau halang".

17.0] Rezeki bukan hanya pada harta, benda, wang dan ringgit sahaja. Jangan sempitkan maksud rezeki. Contoh, bila ditanya, "Bila nak pergi umrah", biasa dijawab, "Tunggulah bila ada rezeki", itu hanya dimaksudkan kepada rezeki wang ringgit, sebenarnya semua yang lain juga rezeki, seperti kesihatan, masa, kemudahan dan sebagainya. Setiap apa yang Allah beri kepada hambanya yang bersifat sementara adalah rezeki. Contohnya kesihatan, Allah yang beri sihat, dan hanya bersifat sementara, bila-bila Allah boleh beri sakit. Lutut kita boleh bengkok atau lurus, bukan pemberian orang tua kita, tetapi adalah pemberian Allah yang bersifat sementara, akan ditarik balik bila-bila masa, kurniaan anak juga  adalah rezeki, bila-bila akan berpisah. Apa saja pemberian Allah kepada kita bukan kekal. Jika menafikan semua kurniaan ini dari Allah adalah kufur kerana apa saja yang kita rasa, yang kita lihat, yang kita dengar, semua rezeki dari Allah. Oleh itu bersedialah untuk kehilangan apa-apa saja yang Allah berikan kepada kita buat sementara.

18.0] Dalam huruf ra,zai dan qaf dalam kalimah rozaqa ada terkandung makna sementara. Jangan hanya bersedia untuk senang tetapi tidak bersedia untuk susah. Jangan hanya bersedia untuk menerima tetapi tidak bersedia untuk memberi. Bersedialah untuk segala kemungkinan, yakinlah rezeki dari Allah, mungkin Allah beri izin untuk kita melihat rezeki yang diminta tetapi tidak sempat atau tidak dapat untuk dinikmati.

19.0] Contoh: taukeh gula yang tidak dapat menikmati gula kerana ada penyakit, atau seseorang yang ada kolam renang tetapi tidak pandai berenang atau seseorang yang berusaha bertungkus lumus untuk mendapatkan sesuatu tetapi tidak dapat menikmatinya pula. Oleh itu selalu-selalulah hayati surah Ar- Rahman, pada kalimah Fabiayyiaala irobbbi kuma tukazziban, "Maka yang manakah nikmat Tuhan kamu yang kamu dustakan?" Perhatikan diri sendiri, gigi kita, kuku kita, cukup sempurna kejadiannya. Kenapa rambut jadi panjang tapi bulu kening, bulu mata tidak panjang? Oleh  sebab itu jika kita melanggari sunnah, kita berdosa. Mutafallijat, yang Allah larang dan yang Allah perintah hendaklah dipatuhi.

20.0] Wa'budu, sembah oleh kamu akan Nya. Wasykuruulahu, ada lam taksis, khusus, khas. Al-Ikhtisas. Syukur itu adalah haq mutlak Allah. Seseorang tidak boleh mengarahkan syukur kepada selain Allah. Apabila kita menyatakan syukur, hendaklah dengan qalbi(hati), billisaan (dengan lisan) dan juga bi 'amali(dengan amalan). Al-Istihqaq, kesyukuran itu hanyalah haq Allah SWT.

21.0] Dalam Al-Quran, suruhan untuk bersyukur kepada Allah dan kepada kedua ibubapa (bererti mengakui kebaikan ibubapa dan memuliakan mereka bergantung kepada tahap kebaikan ibubapa).

i)  Ibubapa cemerlang wajib mendapat 'Ihsan' dari anak.
ii)  Seterusnya ibubapa yang agak kurang kebaikannya wajib mendapat layanan Husnon dari anak.
iii) Ibubapa yang tidak menjalankan kewajipan terhadap anaknya hanya layak mendapat Ma'ruufun dari anaknya. Kita tanyalah diri kita sendiri, dimana tempat kita dalam mendidik anak-anak kita.

22.0] Tanda paling minima untuk menunjukkan syukur ialah dengan ucapan Alhamdulillah, syukur dengan lisan, syukur  dengan hati dan bersedia untuk berbahagi nikmat kurniaan Allah kepada kita dengan makhluk lain. Contoh; berkongsi kereta, belanja kawan makan dan sebagainya.

23.0] Dalam agama, surah At-Taubah ayat 103, iaitu apabila kita mendapat sesuatu dari seseorang, berdoalah untuk mereka. Ustaz menyarankan agar diubah dari semata-mata ucapan terimakasih kepada doa, "Allahumma solli 'alaih", yang membawa maksud, "Ya Allah, beri rahmat kepadanya", dan dijawab dengan "Aamiin, kabulkanlah". Orang yang memberi lebih baik, lebih beruntung daripada orang yang menerima, seperti kata Nabi saw, "Tangan yang diatas lebih baik dari tangan yang dibawah. Walau sekedar memberi benda yang kecil atau sedikit, tetaplah perbuatan memberi lebih baik dari menerima asal ada keikhlasan dihati. Ini perlu diberi penjelasan supaya tidak timbul salah faham. Moga bermanafaat dan diberkati Allah.

Tuesday, February 2, 2016

Surah Al-Ankabut (ayat 16) Kuliah 18- U'budu, Ittaqu

1.0] Surah Al-Ankabut ayat 16;


Ini adalah permulaan kisah Nabi Ibrahim as. Daripada Imam Ar-Rozi didalam kitab Mafatihul Ghaib, " Sembah Allah dan jadi hamba-Nya". Ayat ini sebagai isyarat untuk menTauhidkan Allah.

2.0] 2 perintah dalam ayat ini ialah 2 unsur dalam mengEsakan Allah iaitu U'budu dan Ittaqu yang menjadi tunggak Aqidah (mengesakan Allah) yang dipanggil Tauhidullah. Tauhidullah atau tauhid kepada Allah terbahagi kepada 2 cabang iaitu Ithbaaatul ilaah (menetapkan Tuhan yang sebenar, sebenar-benar kewajipan) dan Nafi ghairah (menafi tuhan lain, sebesar-besar larangan, syirik). Rujuk surah Al-Baqarah ayat 256;


Berdasarkan ayat ini, orang Islam tidak boleh paksa orang bukan Muslim untuk masuk Islam, cuma boleh sampaikan risalah atau message of Islam. Maksud ayat ini untuk orang Islam ialah jangan melakukan perintah atau meninggalkan larangan atas dasar terpaksa. Ibadah ditolak sekiranya dilakukan secara terpaksa. Sesuai dengan ayat Al-Quran, "La ikraa hafiddiin", yang bermaksud, "Tiada paksaan dalam beragama".

3.0] Kewajipan U'budu dan Ittaqu menjadi syariah yang terbahagi kepada suruhan untuk melaksanakan kewajipan dan suruhan meninggalkan larangan.

4.0] Perbezaan diantara kalimah khairullakum (kebaikan bagi kamu) dengan khaira min (lebih baik bagi kamu dari...). Contoh , "Assolaatu khairumminannauum", yang bermaksud, "Solat itu lebih baik daripada tidur".

4.1] Kalimah khairullakum yang terdapat didalam ayat 16, memberi maksud, "Baik bagi kamu", iaitu orang yang khusyuk solatnya lebih tenang jiwanya daripada orang yang sedang tidur. Ayat 16 ini menjelaskan apabila hamba Allah telah mengEsakan Allah dan tidak syirik, itu kebaikan bagi dirinya. Orang yang tidak menyembah Allah telah menafikan hak Allah untuk disembah.

5.0] Dari Tafsir Ibnu Kathir, "Sesungguhya Allah memberitahu Ibrahim as untuk mengEsakan Allah sahaja dan tidak syirik. Cari rezqi hanya daripada Allah, dan bersyukur hanya kepada Allah. Ikhlas dalam bertaqwa dan beribadah kepada Allah. Sekiranya semua itu dilakukan akan mendapat kebaikan dunia dan akhirat. Juga nescaya akan selamat dari keburukan dunia dan akhirat".

6.0] Kewajipan U'budu akan menghasilkan insan yang ikut perintah dan mendapat manafaat, manakala  Ittaqu menghasilkan insan yang dapat meninggalkan larangan dan menolak mudhorat.

7.0] Nabi Muhammad saw, menyuruh kita beribadah mengikut kemampuan. Apa-apa ibadah yang tidak dapat dilakukan semuanya, jangan pula ditinggalkan semuanya. Setiap perintah itu ada kebaikan, disebaliknya semua larangan mesti ditinggalkan sebab setiap larangan itu ada dosa dan mudhorat.

8.0] Dari Tafsir Ibnu Asyur, "Syarat-syarat ibadah yang berkaitan dengan hati (syarat Qalbiah), adalah menyembah Allah dengan rasa cinta (Al-Hubb) dan rasa kembali, menyerah (Ar-Rojaa'), manakala apabila meninggalkan larangan harus ada rasa takut (Al-Khauf). Lantaran itu adalah sangat penting mempunyai rasa penuh mengharap dan penuh ketakutan dalam beribadah kepada Allah. Allahu Akbar.