1.0] Penjelasan terakhir minggu sebelumnya berkaitan dengan kalimah 'u'budu (sembahlah) dan ittaqu (bertaqwalah).
2.0] Surah Al-Ankabut ayat 16;
3.0] Surah Al-Ankabut ayat 17;
9.0] Al-Ma'bud (sesuatu yang disembah) adalah kerana 3 perkara:
i) Mustahiq- memang dia ada hak untuk disembah.
ii) Naafi'- ada manafaat, ada faedah untuk disembah samada sekarang atau kemudian.
iii) Khauf- sesuatu yang ditakuti, jika tidak disembah akan menimpakan bencana.
10.0] Fahaman keberhalaan, boleh jadi yang disembah bukan berhala tetapi benda-benda lain seperti keris atau nombor, dan sebagainya-idoliteri.
13.0] Perbezaan pada kalimah Rizqan dan Ar- Rizqa;
i) Ibubapa cemerlang wajib mendapat 'Ihsan' dari anak.
ii) Seterusnya ibubapa yang agak kurang kebaikannya wajib mendapat layanan Husnon dari anak.
2.0] Surah Al-Ankabut ayat 16;
3.0] Surah Al-Ankabut ayat 17;
Dua ayat diatas tidak dapat dipisahkan kerana dalam ayat 16, menceritakan bahawa Allah sahaja yang berhak disembah dengan alasan, bukti dan dalil yang cukup. Manakala ayat 17 pula menjelaskan bahawa tiada yang lain yang berhak disembah kecuali Allah, disertai dalil bukti dan alasan juga.
4.0] Sesungguhnya tuhan-tuhan yang kamu sembah selain Allah, mereka tidak memiliki kekuasaan untuk memberi apa-apa rezeki kepada kamu walaupun sedikit kerana mereka tidak memiliki sifat Rububiyyah dan Ar-Razzaq (Yang Maha Memberi Rezeki). Oleh itu mereka tidak ada hak Uluhiyyah (tiada hak untuk disembah, untuk di puja). Selain Allah, tiada yang dapat menyembuhkan penyakit, yang memberi rezeki, yang mengangkat yang rendah, yang menjadikan malam dan siang dan sebagainya.
5.0] Syarat utama Tuhan Yang Disembah ialah Tuhan Yang mesti ada sifat Rububiyyah Ar-Razzaq (Yang Memberi Rezeki) dan Al- In'aam (Yang Memberi Nikmat]. Oleh itu carilah oleh kamu dengan bersungguh-sungguh akan rezeki disisi Allah kerana hanya Allah Yang Berkuasa Memberi Rezeki. Jangan sekali-kali terlintas dihati bahawa ada rezeki yang tidak datang dari Allah, itu sudah syirik.
6.0] Berhati-hati jika punyai sesuatu yang unik, jaga supaya tidak memberi kesan dihati bahawa itu satu kelebihan diri, jauhi bangga (takaththur) sebab itu semua dosa . Dosa bukan hanya dengan meninggalkan solat atau mencuri, tetapi dosa batiniah adalah lebih dahsyat dari dosa zahiriah.
7.0] Contohnya jika seseorang yang beranggapan semenjak membela kucing berkaki enam, rezekinya bertambah, atau plet keretanya yang bernombor 888 membawa tuah murah rezekinya dan sebagainya, semua itu syirik yang perlu dijauhi. Dalam ibadah hendaklah dijaga dengan jauhi ujub, begitu juga didalam masalah duniawi, perlu dijaga supaya tidak bermegah-megah (takathur), lalai, serta syirik. Jika hati masih rapuh, iman naik turun, perlulah sangat berhati-hati untuk sentiasa ada panduan bagi mengukur hati sendiri. Jaga hati kita supaya sekuat iman Abu Bakar As-Siddiq atau Omar Al-Khattab. "Wa'budu wasykuru" yang bermaksud "Dan sembahlah Allah dan bersyukurlah".
8.0] Hayati surah At-Takathur yang bermakna "Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang. Bermegah-megahan telah melalaikan kamu. Sampai kamu masuk kedalam kubur. Sekali kali tidak! Kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatan mu). Kemudian sekali kali tidak! Kelak kamu akan mengetahui. Sekali kali tidak! Sekiranya kamu mengetahui dengan yakin, nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahim. Kemudian kamu benar-benar akan melihatnya dengan mata kepala sendiri. Kemudian kamu benar-benar akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan (yang megah didunia itu).(Bermegahan dalam soal banyaknya anak, harta, pengikut, kemuliaan dan sebagainya , telah melalaikan kamu daripada ketaatan kpd Allah )".
9.0] Al-Ma'bud (sesuatu yang disembah) adalah kerana 3 perkara:
i) Mustahiq- memang dia ada hak untuk disembah.
ii) Naafi'- ada manafaat, ada faedah untuk disembah samada sekarang atau kemudian.
iii) Khauf- sesuatu yang ditakuti, jika tidak disembah akan menimpakan bencana.
10.0] Fahaman keberhalaan, boleh jadi yang disembah bukan berhala tetapi benda-benda lain seperti keris atau nombor, dan sebagainya-idoliteri.
11.0] Kalimah awthaana bermaksud berhala. Ifkun bermaksud kebohongan yang maha dahsyat yang direka-reka, lebih dahsyat dari kazibun. Contoh Ifkun ialah apabila Saidatina Aisyah r.anha difitnah dituduh berzina dengan Safwan, satu kebohongan yang dahsyat, sehingga tiada siapa yang membelanya, sehinggalah pembelaannya turun dari Sidraatul Muntaha, tidak terkata perasaan gembira hatinya Saidatina Aisyah dengan pembelaan itu.
12.0] Contoh lain ialah jika ada keris yang dipercayai boleh terbang, yang kena dimandikan dengan air dari tujuh perigi diawal bulan Muharram, kerana diyakini akan membawa mudhorat jika tidak dilakukan sedemikian, ini adalah syirik yang paling besar iaitu dipanggil ifkun atau kebohongan. Awthaana ( berhala) boleh jadi juga terhadap batu gunung Aqid yang dijadikan cincin dan dianggap dapat membawa karamah, semua itu adalah syirik.
13.0] Perbezaan pada kalimah Rizqan dan Ar- Rizqa;
Rizqan (dalam bentuk naqirah menunjukkan indefinite). Allah menafikan keupayaan berhala-berhala itu memberi rezeki kepada kamu, apa-apa pun sebanyak mana pun, jenis apa pun. Manakala Ar-Rizqa (ada alif lam) yang menunjukkan sesuatu yang definite, yang membawa makna istighraq (segala jenis rezeki). Kalimah al (alif lam) yang membawa makna segala atau semua
.
14.0] Contoh bahasa Al-Quran; "Jahannam itu Aku penuhi dengan jin dan manusia, yang ada mata tak melihat, ada telinga tak mendengar, ada hati tak mengerti". Allah pandang orang-orang itu tidak lagi seperti manusia bahkan seperti Al-An 'aam (4 jenis binatang iaitu kambing, biri-biri, lembu dan unta).
15.0] Selain Allah tiada yang dapat memberi kamu Rezeki. "Carilah dari Aku", kata Allah. Ar-Rizq, ma'rifat, diketahui, isim yang sudah dikenal. Rezeki yang Allah suruh kita cari sudah ada disediakan oleh Allah sebelum makhluk diciptakan lagi. Berapa kadarnya, disediakan dimana, bila, berapa, dijanjikan Allah, tidak akan lari rezeki seseorang kepada orang lain.
16.0] Hayati doa ini; "Ya Allah tidak sesiapa yang boleh menghalang sesuatu yang Engkau berikan dan tidak sesiapa yang boleh memberi apa yang Engkau halang".
17.0] Rezeki bukan hanya pada harta, benda, wang dan ringgit sahaja. Jangan sempitkan maksud rezeki. Contoh, bila ditanya, "Bila nak pergi umrah", biasa dijawab, "Tunggulah bila ada rezeki", itu hanya dimaksudkan kepada rezeki wang ringgit, sebenarnya semua yang lain juga rezeki, seperti kesihatan, masa, kemudahan dan sebagainya. Setiap apa yang Allah beri kepada hambanya yang bersifat sementara adalah rezeki. Contohnya kesihatan, Allah yang beri sihat, dan hanya bersifat sementara, bila-bila Allah boleh beri sakit.
Lutut kita boleh bengkok atau lurus, bukan pemberian orang tua kita, tetapi adalah pemberian Allah yang bersifat sementara, akan ditarik balik bila-bila masa, kurniaan anak juga adalah rezeki, bila-bila akan berpisah. Apa saja pemberian Allah kepada kita bukan kekal. Jika menafikan semua kurniaan ini dari Allah adalah kufur kerana apa saja yang kita rasa, yang kita lihat, yang kita dengar, semua rezeki dari Allah. Oleh itu bersedialah untuk kehilangan apa-apa saja yang Allah berikan kepada kita buat sementara.
18.0] Dalam huruf ra,zai dan qaf dalam kalimah rozaqa ada terkandung makna sementara. Jangan hanya bersedia untuk senang tetapi tidak bersedia untuk susah. Jangan hanya bersedia untuk menerima tetapi tidak bersedia untuk memberi. Bersedialah untuk segala kemungkinan, yakinlah rezeki dari Allah, mungkin Allah beri izin untuk kita melihat rezeki yang diminta tetapi tidak sempat atau tidak dapat untuk dinikmati.
19.0] Contoh: taukeh gula yang tidak dapat menikmati gula kerana ada penyakit, atau seseorang yang ada kolam renang tetapi tidak pandai berenang atau seseorang yang berusaha bertungkus lumus untuk mendapatkan sesuatu tetapi tidak dapat menikmatinya pula. Oleh itu selalu-selalulah hayati surah Ar- Rahman, pada kalimah Fabiayyiaala irobbbi kuma tukazziban, "Maka yang manakah nikmat Tuhan kamu yang kamu dustakan?" Perhatikan diri sendiri, gigi kita, kuku kita, cukup sempurna kejadiannya. Kenapa rambut jadi panjang tapi bulu kening, bulu mata tidak panjang? Oleh sebab itu jika kita melanggari sunnah, kita berdosa. Mutafallijat, yang Allah larang dan yang Allah perintah hendaklah dipatuhi.
20.0] Wa'budu, sembah oleh kamu akan Nya. Wasykuruulahu, ada lam taksis, khusus, khas. Al-Ikhtisas. Syukur itu adalah haq mutlak Allah. Seseorang tidak boleh mengarahkan syukur kepada selain Allah. Apabila kita menyatakan syukur, hendaklah dengan qalbi(hati), billisaan (dengan lisan) dan juga bi 'amali(dengan amalan). Al-Istihqaq, kesyukuran itu hanyalah haq Allah SWT.
21.0] Dalam Al-Quran, suruhan untuk bersyukur kepada Allah dan kepada kedua ibubapa (bererti mengakui kebaikan ibubapa dan memuliakan mereka bergantung kepada tahap kebaikan ibubapa).
i) Ibubapa cemerlang wajib mendapat 'Ihsan' dari anak.
ii) Seterusnya ibubapa yang agak kurang kebaikannya wajib mendapat layanan Husnon dari anak.
iii) Ibubapa yang tidak menjalankan kewajipan terhadap anaknya hanya layak mendapat Ma'ruufun dari anaknya.
Kita tanyalah diri kita sendiri, dimana tempat kita dalam mendidik anak-anak kita.
22.0] Tanda paling minima untuk menunjukkan syukur ialah dengan ucapan Alhamdulillah, syukur dengan lisan, syukur dengan hati dan bersedia untuk berbahagi nikmat kurniaan Allah kepada kita dengan makhluk lain. Contoh; berkongsi kereta, belanja kawan makan dan sebagainya.
23.0] Dalam agama, surah At-Taubah ayat 103, iaitu apabila kita mendapat sesuatu dari seseorang, berdoalah untuk mereka. Ustaz menyarankan agar diubah dari semata-mata ucapan terimakasih kepada doa, "Allahumma solli 'alaih", yang membawa maksud, "Ya Allah, beri rahmat kepadanya", dan dijawab dengan "Aamiin, kabulkanlah". Orang yang memberi lebih baik, lebih beruntung daripada orang yang menerima, seperti kata Nabi saw, "Tangan yang diatas lebih baik dari tangan yang dibawah. Walau sekedar memberi benda yang kecil atau sedikit, tetaplah perbuatan memberi lebih baik dari menerima asal ada keikhlasan dihati. Ini perlu diberi penjelasan supaya tidak timbul salah faham. Moga bermanafaat dan diberkati Allah.
No comments:
Post a Comment