Tuesday, October 27, 2015

Surah Al-Ankabut (ayat 6-7) Kuliah 8- Unsur Iman, Amal Soleh

1.0] Allah tidak berhajat kepada makhluk kerana Allah bersifat Ghoniyy. Jika Allah hancurkan alam dan seluruh isinya pun Allah tidak rugi sedikit pun.

2.0] Isyara- Khabar gembira- Jika Allah beri segala apa yang diminta oleh hambanya pun, Allah juga tidak rugi, tidak berkurang sedikit pun apa yang dimiliki-Nya.

3.0] Makna ke 4 bagi ghoniyyon atau kaya ialah 'Adamul ikhtiyaaji ila maa 'indannas yang bermaksud tidak berhajat dan tidak memerlukan apa yang dimiliki oleh orang lain. Hidup seadanya dan tidak meminta-minta. Rujuk surah Al-Baqarah ayat 273:


4.0] Mereka fakir bukan kerana malas untuk bekerja tetapi kerana banyak masa mereka dihabiskan untuk berjihad fi sabiilillaah.

5.0] Miskin dan malas bekerja adalah perbuatan terkutuk dan kefakiran adalah sesuatu yang harus dilawan.

6.0] Makna ke 5 bagi ghoniyyon  ialah Al-Kifaayah. Rujuk surah Aa-li Imran ayat 10

7.0] Bagi orang-orang kafir, harta dan anak-anak mereka hanya menjadi azab bagi mereka. Menjadi punca siksaan bagi mereka. Oleh itu kita hendaklah berusaha untuk menjadikan anak-anak kita qurrata 'a'yun penyejuk  mata dan hati. Surah Al-Furqan 74- iaitu doa ' Ibadur Rahman.



8.0] Surah Al-Ankabut ayat 7.


Ganjaran untuk orang-orang yang beriman dan beramal soleh ialah Allah akan hapuskan kesalahan dan dosa-dosa mereka. Allah juga akan memberi balasan sebaik-baiknya apa yang mereka lakukan malah dibalas dengan berganda-ganda.

9.0] Iman mesti ada 3 unsur ini:
i) Qawlun- Kata-kata-  At-tasdiiku billisaanu iaitu ucapan yang dilafazkan atau diikrarkan.

ii) 'Amalun-  Al-Af''alu bil arkaanu- amalan dengan rukun-rukunnya.

iii) 'I'tiqad- Keyakinan yang teguh tertunjang.

10.0] Pentingnya Iman dan 'Amal soleh.
Andainya kita tiada Iman dan Amal Soleh berdasarkan Al-Quran maka kita akan mendapat sifat-sifat ini:

10.1) Al- Dhu' fu iaitu sifat lemah. Dhoiifan ditafsirkan sebagai lemah bukan hanya dari segi fizikal tetapi juga kerana sedikit keupayaan atau kemampuan untuk bersabar atau melawan hawa nafsu atau untuk menanggung bebanan yang berat. Hanya dengan iman kita boleh menjadi kuat. Tanpa iman kita adalah lemah dan tidak akan mampu untuk menghadapi apa-apa pun jua.

10.2) Al-'Ajala iaitu sifat tergesa-gesa atau terburu-buru. Rujuk surah Al-Israa' ayat 11 yang bermaksud, "Dan manusia (seringkali) berdoa untuk kejahatan sebagaimana (biasanya) mereka berdoa untuk kebaikan. Dan manusia memang bersifat terburu-buru ('ajuula)". Ada masanya kita memohon sesuatu yang tidak ada kebaikan kepada kita tetapi kita tidak tahu kecuali Allah. Ada masanya Allah menunda dari kemakbulan doa kita  semata-mata untuk kebaikan kita lantaran Allah lebih tahu yang kita belum bersedia untuk itu. Allah Maha Mengetahui. Bukan semua yang kita minta itu baik untuk kita. Setiap nikmat yang akan diberikan Allah ada waktunya. Allah akan memberi kepada kita pada masa yang tepat. Allah akan memberi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu, walaupun kepada yang Dia Kasihi. Allah akan memberi rezki tanpa hisab (bighairil hisab). Ada masanya Allah memberi kepada kita tanpa kita menyangka.Tanpa iman sesungguhnya manusia hanya menempah tempat di neraka.

Tuesday, October 20, 2015

Surah Al-Ankabut (ayat 6) Kuliah 7- Jaahada, Al-Ghaniyyun

1.0] Surah Al-Ankabut ayat 6;



2.0] Jaahada, penambahaan huruf alif pada jim, membawa dua makna:

i) Musyaarakah- Jihad tidak boleh dilakukan seorang diri, mesti ada lawannya. Kita melawan hawa nafsu kita, untuk mengalahkan hawa nafsu kita sendiri. Ada objek dan subjek. Musyaarakah menunjukkan keadaan saling dan mubaalaghah (bersangatan). Tiada jihad jika tiada nafsu.

ii) Mubaalaghoh- Jihad tidak boleh dilakukan dengan setengah hati. Musuh atau nafsu mesti dilawan dengan sepenuh hati. Jangan sia-siakan kemampuan sekecil mana pun. Musuh dan medan yang paling bahaya ialah nafsu kita sendiri.

3.0] Nafsun Bashariyah- Bukan untuk dibunuh tetapi untuk dikuasai dan diarahkan kepada kebaikan. Jika dapat menahan keinginan jahat semata-mata kerana Allah, insyaa Allah syurga jaminannya.

4.0]  Rujuk surah An-Naaziat ayat 40 dan 41;





Yang bermaksud, "Bagi orang-orang yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada (keinginan) hawa nafsunya. Maka syurgalah tempat tinggalnya".

5.0]  Jika beramal bukan sebab Allah maka jatuh syirik atau riak. Oleh itu buat amal dan tinggalkan kejahatan, semua mesti dilakukan kerana Allah semata-mata.

6.0] Rujuk surah Al-Israa' ayat 7;




Yang bermaksud, 'Jika kamu berbuat baik (bermakna) kamu membuat kebaikan untuk diri kamu sendiri. Dan jika kamu membuat kejahatan, maka (akibatnya) itu adalah untuk dirimu sendiri.....".

7.0]  Rujuk surah Fussilat ayat 46;



8.0] Segala ciptaan Allah adalah untuk kepentingan manusia. Allah tidak perlukan apa-apa untuk dirinya kerana Dia Maha Mencukupi (Al-Ghaniyyun).

9.0] Al-Ghaniyyun mempunyai 5 makna didalam Al-Quran;.

i) 'Adamul-haajat- Dia tidak berhajat kepada yang lain, bahkan yang lain semua berhajat kepada-Nya. Dalilnya ialah surah Al-Ankabut ayat 6 diatas.

ii) Qillatul-haajat- Ada hajat tetapi kurang perlu kepadanya. Rujuk surah Ad-Dhuha ayat 8;



Tentang sifat Nabi saw yang kurang berhajat dan merasa cukup. Nabi saw kurang keperluan duniawi kerana beliau telah merasa mencukupi. Hanya Allah sahaja yang kaya Ghoniy, manusia tidak boleh ada sifat ini. Manusia yang kaya disebut dzumaali dan hanya boleh qillatul haajat.

iii) Kathratul ghanayaat- Banyak sumber pendapatan. Rujuk surah An-Nisaa' ayat 6,


Tentang urusan harta anak yatim yang kaya ghoniyyan. Jika orang yang menguruskan harta anak yatim itu banyak sumber pendapatan, maka janganlah meminta upah dan janganlah mengambil sedikit pun harta anak yatim itu yang diurusnya itu. Haruslah ada sifat iffah tahan diri dari mengambil. Moga diberkati.



Tuesday, October 13, 2015

Surah Al-Ankabut (ayat 5-6) Kuliah 6- Husnul Khootimah, Jihad

1.0] Surah Al-Ankabut ayat 5;



Ini ialah ayat yang memberi panduan bagi kita untuk mendapatkan husnul khootimah (pengakhiran yang baik). Husnul khootimah ada tanda-tanda yang benar dan pasti.

2.0] Hadis Imam Bukhari dan Muslim daripada Aisyah ra, "Sesiapa saja yang mengharapkan pertemuannya dengan Allah dan Allah pula menerimanya dengan baik maka pasti dia akan bertemu Allah pada suatu hari nanti dan siapa yang tidak suka untuk menemui Allah, maka Allah juga benci untuk menemuinya".

3.0] Siapa yang mahu bertemu Allah harus menempuh kematian dahulu. Seorang mukmin yang diambang kematian diberi khabar gembira oleh Allah. Tiada yang lebih disukai bagi seorang mukmin itu pada ketika itu sebab Allah telah menunjukkan kurnia dan nikmat kepadanya. Dia seronok untuk segera bertemu Allah. Sebaliknya bagi orang kafir pula ketika diambang kematian, diberi khabar tentang azab yang menunggu dihadapannya. Tiada yang lebih dibencinya melainkan apa yang dilihat dihadapannya.

4.0] Rujuk surah Fussilat ayat 30 yang bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang yang berkata, "Tuhan kami adalah Allah", kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata), "Janganlah kamu bersedih hati, bergembiralah kamu dengan syurga yang telah dijanjikan kepadamu".

5.0] Kita haruslah yakin dengan kematian kerana Allah yang berfirman dan Nabi saw yang bersabda tentang kematian dan hari kebangkitan.

6.0] Imam Abdul Salam menyatakan bahawa tiada nampak sedikit kesal, sengsara, kecewa atau sakit pada orang yang menempuh kematian yang husnul khootimah dan keadaan yang sebaliknya pula kepada orang kafir.

7.0] Rujuk surah Yunus ayat 7 yang bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya) akan pertemuan dengan Kami dan berasa puas dengan kehidupan dunia serta berasa tenteram dengan (kehidupan) itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat kami". Dunia ini penuh dengan fitnah dan bala' (ujian-ujian). Mana mungkin seseorang merasa puas dan tenang?.

8.0]  Imam Al-Khitobi memberi usulan pada hadis Rasulullah saw ini: "Kecintaan hamba kepada Tuhannya ada tandanya, yakni dia lebih mengutamakan akhirat daripada dunia dan dia tidak suka untuk hidup berlama-lama di dunia yang banyak fitnah ini."

9.0]  Imam Nawawi: "Makna suka dan benci dalam berjumpa Allah, ia berlaku ketika sakarat atau nazak, pada saat taubat sudah tidak diterima lagi dan penyesalan tidak berguna lagi".

10.0] Maksiat yang menimbulkan rasa kesal dan sedih akan membuka pintu taubat bagi pelakunya, manakala ibadah yang menimbulkan rasa ujub dan bongkak akan membuka pintu neraka bagi pelakunya. Oleh itu hendaklah sentiasa berhati-hati dalam segala perbuatan kita. Apabila berbuat baik, hendaklah istiqomah dan jaga niat dan apabila terlanjur melakukan dosa, bertaubatlah segera. Sebesar mana pun dosa seseorang, sebelum ajal menjemputnya masih ada peluang untuk masuk syurga. Jaza' (balasan) Allah sesuai dengan amal kita.

11.0] Surah Al-Ankabut ayat 6;


12.0] Kalimah jihad, jahada bermaksud:
i) Kemampuan atau keupayaan. Rujuk surah At-Taubah ayat 9 yang menceritakan sebahagian daripada ciri-ciri orang munafik (ada 70 ciri).



Orang munafik suka mencela orang-orang mukmin, mereka suka mengejek orang mukmin yang suka bersedekah (untuk perang Tabuk). Saidina Abu Bakar ra telah menyedekahkan semua hartanya, manakala Saidina Umar ra menyedekahkan separuh hartanya. Orang-orang munafik mengejek mereka. Yang memberi banyak pun diejek yang memberi sedikit pun diejek.

ii) Penat, yang menunjukkan keadaan berusaha bersungguh-sungguh sampai penat. Rujuk surah Al-Ankabut ayat 8,


Ini adalah perintah untuk membuat kebaikan kepada ibubapa walaupun mereka tidak mahu beriman seperti dalam cerita Saad bin Abu Waqas.

iii) Bersungguh-sungguh, jaahada. Rujuk surah Al-Ankabut ayat 69,


Jika berebut didunia, ada yang dapat dan ada yang tidak dapat dan kecewa. Sebaliknya apabila berebut untuk memdapatkan akhirat semua akan dapat dan tiada yang kecewa. Oleh itu hendaklah berebut untuk akhirat, berjihad, berusaha bersungguh-sungguh sehingga penat untuk mencapai sesuatu matlamat selagi ada kemampuan, dan Allah akan memenuhi semua keinginan kita di syurga nanti. Insyaa Allah, Aamiin. Moga diberkati.

Tuesday, October 6, 2015

Surah Al-Ankabut (ayat 4-5) Kuliah 5- Taklif, Liqaa' Allah

1.0] Muqaddimah: Kesempurnaan matahati dan keyakinan akan dapat menolak fitnah syubahat, manakala kesempurnaan akal dan kesabaran boleh menolak fitnah syahwat.

2.0] Surah Al-Ankabut ayat 4;

Orang yang membuat kejahatan tidak boleh berfikir bahawa Allah terlepas pandang akan mereka dan mereka akan terlepas dari balasan.

3.0] Imam Al-Muroghi dalam Tafsir Al-Muroghi menulis, "Adakah orang-orang yang melakukan kekejian itu fikir mereka dapat melepaskan diri? Dari Ibn Abbas, "Walid Al-Mughirah, Abu Jahal, Walid bin Uqbah, Al-Aswad, Abu Sufian, Al-Aas bin Walid, Al-Aas bin Hisham, mereka fikir mereka dapat melepaskan diri daripada kejahatan mereka". Ayat 4 ini berkaitan dengan mereka. Ayat ini juga bersifat umum yang juga dituju kepada jenerasi selepas mereka, kepada kita juga dan kepada jenerasi akan datang.

4.0] Rujuk surah Al-Anbiya' ayat 87;



Ayat ini ialah ayat yang menceritakan tentang kesalahan Nabi Yunus as dalam menghadapi ujian Allah dan kaumnya. Nabi Yunus as telah meninggalkan kaumnya dalam kadaan marah. Dia yakin dan berfikir bahawa Allah tidak akan kisah dan tidak akan menyempitkan kehidupannya. Ternyata anggapannya salah. Allah menghukumnya dengan menyebabkannya ditelan kedalam perut ikan.

5.0] Imam Ar-Rozi: "Selepas Allah menceritakan tentang adanya taklif iaitu perintah dan larangan, kemudian Allah menjelaskan pula sesiapa yang tidak melaksanakan taklif yang diberi, akan disiksa segera atau siksaan yang ditangguh". Azab Allah samada al-imhal (ditangguh) atau al-ihmal. Tiada siapa yang dapat terlepas daripada balasan Allah kerana Allah tidak terlepas pandang akan dosa kita.

6.0] Ibnu Asyur menyatakan bahawa ayat 4 ini adalah ayat janji (al-wa'id) dan ayat ancaman (al-wa'iid) dimana seorang mukmin mendapat pembelaan kerana teraniaya dan amaran kepada orang yang menganiaya iaitu orang-orang kafir. Jangan mencari kepuasan atau kesenangan dengan melihat orang lain ditimpa azab Allah.

7.0] Rujuk surah Al-Mujaadilah ayat 8 yang menunjukkan bahawa bersangka buruk itu adalah satu dosa.



Jangan meremehkan amal, samada amal buruk atau amal baik yang boleh menyebabkan kita masuk ke syurga atau ke neraka. Oleh itu jangan pandang ringan walau pun bakti ibadah yang paling kecil sekali pun.

8.0] Surah Al-Ankabut ayat 5,

Daripada Ibnu Asyur, maksud liqaa' Allah bermaksud yakin akan adanya Hari Pembalasan dimana berhimpun manusia untuk mendapat balasan sesuai dengan amalnya. Tiada perantaraan.

Maksud yarju dalam ayat itu ialah tiada orang yang mengharapkan kejahatan. Sesiapa yang percaya kepada Hari Akhirat dan menyiapkan diri, Allah tidak akan mengecewakannya.

Maksud ajalallaah pula ialah kematian dan Hari Perhimpunan.

9.0] Ada 3 usul dalam beragama:
i. Tauhid -mengEsakan Allah.
ii. Kenabian atau kerasulan -percaya akan adanya para nabi dan rasul sebagai utusan.
iii. Yaumul Qiamah -percaya tentang Hari Kiamat.

10.0] Ayat 1 hingga 5 surah Al-Ankabut ini ada ketiga-tiga usul ini. Ayat ini ditujukan kepada orang-orang mukmin yang mengharapkan kebaikan akhirat.

11.0] Daripada Al-Muroghi, "Sesiapa yang mengharapkan ganjaran ketika menemui Allah, hendaklah melakukan amal yang baik dan bermanafaat". Hendaklah membuat amalan yang boleh memasukkan kita ke dalam syurga.

12.0] Daripada Imam Ash-Sha'rawi, "Sesiapa yang berharap untuk bertemu Allah, dia adalah beriman dan sentiasa menunggu disamping menyediakan bekalan". Sesiapa yang ingin segera mendapatkan ganjaran perlulah menempuhi kematian dahulu.

13.0] Hadith sohih Imam Ahmad, Tirmidzi, Al-Hakim, daripada Anas bin Malik ra, bahawa Rasulullah saw bersabda, "Apabila Allah menginginkan kebaikan bagi hamba-Nya, Allah akan mengambilnya jadi pekerja Allah". Allah akan gerakkan hatinya untuk membuat amal soleh, amal yang akhirat oriented. Allahumma Aamiin. Moga diberkati.