1.0] Surah Al-Ankabut ayat 5;
5.0] Kita haruslah yakin dengan kematian kerana Allah yang berfirman dan Nabi saw yang bersabda tentang kematian dan hari kebangkitan.
11.0] Surah Al-Ankabut ayat 6;
12.0] Kalimah jihad, jahada bermaksud:
i) Kemampuan atau keupayaan. Rujuk surah At-Taubah ayat 9 yang menceritakan sebahagian daripada ciri-ciri orang munafik (ada 70 ciri).
ii) Penat, yang menunjukkan keadaan berusaha bersungguh-sungguh sampai penat. Rujuk surah Al-Ankabut ayat 8,
Ini adalah perintah untuk membuat kebaikan kepada ibubapa walaupun mereka tidak mahu beriman seperti dalam cerita Saad bin Abu Waqas.
iii) Bersungguh-sungguh, jaahada. Rujuk surah Al-Ankabut ayat 69,
Ini ialah ayat yang memberi panduan bagi kita untuk mendapatkan husnul khootimah (pengakhiran yang baik). Husnul khootimah ada tanda-tanda yang benar dan pasti.
2.0] Hadis Imam Bukhari dan Muslim daripada Aisyah ra, "Sesiapa saja yang mengharapkan pertemuannya dengan Allah dan Allah pula menerimanya dengan baik maka pasti dia akan bertemu Allah pada suatu hari nanti dan siapa yang tidak suka untuk menemui Allah, maka Allah juga benci untuk menemuinya".
3.0] Siapa yang mahu bertemu Allah harus menempuh kematian dahulu. Seorang mukmin yang diambang kematian diberi khabar gembira oleh Allah. Tiada yang lebih disukai bagi seorang mukmin itu pada ketika itu sebab Allah telah menunjukkan kurnia dan nikmat kepadanya. Dia seronok untuk segera bertemu Allah. Sebaliknya bagi orang kafir pula ketika diambang kematian, diberi khabar tentang azab yang menunggu dihadapannya. Tiada yang lebih dibencinya melainkan apa yang dilihat dihadapannya.
4.0] Rujuk surah Fussilat ayat 30 yang bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang yang berkata, "Tuhan kami adalah Allah", kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata), "Janganlah kamu bersedih hati, bergembiralah kamu dengan syurga yang telah dijanjikan kepadamu".
5.0] Kita haruslah yakin dengan kematian kerana Allah yang berfirman dan Nabi saw yang bersabda tentang kematian dan hari kebangkitan.
6.0] Imam Abdul Salam menyatakan bahawa tiada nampak sedikit kesal, sengsara, kecewa atau sakit pada orang yang menempuh kematian yang husnul khootimah dan keadaan yang sebaliknya pula kepada orang kafir.
7.0] Rujuk surah Yunus ayat 7 yang bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya) akan pertemuan dengan Kami dan berasa puas dengan kehidupan dunia serta berasa tenteram dengan (kehidupan) itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat kami". Dunia ini penuh dengan fitnah dan bala' (ujian-ujian). Mana mungkin seseorang merasa puas dan tenang?.
8.0] Imam Al-Khitobi memberi usulan pada hadis Rasulullah saw ini: "Kecintaan hamba kepada Tuhannya ada tandanya, yakni dia lebih mengutamakan akhirat daripada dunia dan dia tidak suka untuk hidup berlama-lama di dunia yang banyak fitnah ini."
9.0] Imam Nawawi: "Makna suka dan benci dalam berjumpa Allah, ia berlaku ketika sakarat atau nazak, pada saat taubat sudah tidak diterima lagi dan penyesalan tidak berguna lagi".
10.0] Maksiat yang menimbulkan rasa kesal dan sedih akan membuka pintu taubat bagi pelakunya, manakala ibadah yang menimbulkan rasa ujub dan bongkak akan membuka pintu neraka bagi pelakunya. Oleh itu hendaklah sentiasa berhati-hati dalam segala perbuatan kita. Apabila berbuat baik, hendaklah istiqomah dan jaga niat dan apabila terlanjur melakukan dosa, bertaubatlah segera. Sebesar mana pun dosa seseorang, sebelum ajal menjemputnya masih ada peluang untuk masuk syurga. Jaza' (balasan) Allah sesuai dengan amal kita.
11.0] Surah Al-Ankabut ayat 6;
12.0] Kalimah jihad, jahada bermaksud:
i) Kemampuan atau keupayaan. Rujuk surah At-Taubah ayat 9 yang menceritakan sebahagian daripada ciri-ciri orang munafik (ada 70 ciri).
Orang munafik suka mencela orang-orang mukmin, mereka suka mengejek orang mukmin yang suka bersedekah (untuk perang Tabuk). Saidina Abu Bakar ra telah menyedekahkan semua hartanya, manakala Saidina Umar ra menyedekahkan separuh hartanya. Orang-orang munafik mengejek mereka. Yang memberi banyak pun diejek yang memberi sedikit pun diejek.
ii) Penat, yang menunjukkan keadaan berusaha bersungguh-sungguh sampai penat. Rujuk surah Al-Ankabut ayat 8,
Ini adalah perintah untuk membuat kebaikan kepada ibubapa walaupun mereka tidak mahu beriman seperti dalam cerita Saad bin Abu Waqas.
iii) Bersungguh-sungguh, jaahada. Rujuk surah Al-Ankabut ayat 69,
Jika berebut didunia, ada yang dapat dan ada yang tidak dapat dan kecewa. Sebaliknya apabila berebut untuk memdapatkan akhirat semua akan dapat dan tiada yang kecewa. Oleh itu hendaklah berebut untuk akhirat, berjihad, berusaha bersungguh-sungguh sehingga penat untuk mencapai sesuatu matlamat selagi ada kemampuan, dan Allah akan memenuhi semua keinginan kita di syurga nanti. Insyaa Allah, Aamiin. Moga diberkati.
No comments:
Post a Comment