Tuesday, October 6, 2015

Surah Al-Ankabut (ayat 4-5) Kuliah 5- Taklif, Liqaa' Allah

1.0] Muqaddimah: Kesempurnaan matahati dan keyakinan akan dapat menolak fitnah syubahat, manakala kesempurnaan akal dan kesabaran boleh menolak fitnah syahwat.

2.0] Surah Al-Ankabut ayat 4;

Orang yang membuat kejahatan tidak boleh berfikir bahawa Allah terlepas pandang akan mereka dan mereka akan terlepas dari balasan.

3.0] Imam Al-Muroghi dalam Tafsir Al-Muroghi menulis, "Adakah orang-orang yang melakukan kekejian itu fikir mereka dapat melepaskan diri? Dari Ibn Abbas, "Walid Al-Mughirah, Abu Jahal, Walid bin Uqbah, Al-Aswad, Abu Sufian, Al-Aas bin Walid, Al-Aas bin Hisham, mereka fikir mereka dapat melepaskan diri daripada kejahatan mereka". Ayat 4 ini berkaitan dengan mereka. Ayat ini juga bersifat umum yang juga dituju kepada jenerasi selepas mereka, kepada kita juga dan kepada jenerasi akan datang.

4.0] Rujuk surah Al-Anbiya' ayat 87;



Ayat ini ialah ayat yang menceritakan tentang kesalahan Nabi Yunus as dalam menghadapi ujian Allah dan kaumnya. Nabi Yunus as telah meninggalkan kaumnya dalam kadaan marah. Dia yakin dan berfikir bahawa Allah tidak akan kisah dan tidak akan menyempitkan kehidupannya. Ternyata anggapannya salah. Allah menghukumnya dengan menyebabkannya ditelan kedalam perut ikan.

5.0] Imam Ar-Rozi: "Selepas Allah menceritakan tentang adanya taklif iaitu perintah dan larangan, kemudian Allah menjelaskan pula sesiapa yang tidak melaksanakan taklif yang diberi, akan disiksa segera atau siksaan yang ditangguh". Azab Allah samada al-imhal (ditangguh) atau al-ihmal. Tiada siapa yang dapat terlepas daripada balasan Allah kerana Allah tidak terlepas pandang akan dosa kita.

6.0] Ibnu Asyur menyatakan bahawa ayat 4 ini adalah ayat janji (al-wa'id) dan ayat ancaman (al-wa'iid) dimana seorang mukmin mendapat pembelaan kerana teraniaya dan amaran kepada orang yang menganiaya iaitu orang-orang kafir. Jangan mencari kepuasan atau kesenangan dengan melihat orang lain ditimpa azab Allah.

7.0] Rujuk surah Al-Mujaadilah ayat 8 yang menunjukkan bahawa bersangka buruk itu adalah satu dosa.



Jangan meremehkan amal, samada amal buruk atau amal baik yang boleh menyebabkan kita masuk ke syurga atau ke neraka. Oleh itu jangan pandang ringan walau pun bakti ibadah yang paling kecil sekali pun.

8.0] Surah Al-Ankabut ayat 5,

Daripada Ibnu Asyur, maksud liqaa' Allah bermaksud yakin akan adanya Hari Pembalasan dimana berhimpun manusia untuk mendapat balasan sesuai dengan amalnya. Tiada perantaraan.

Maksud yarju dalam ayat itu ialah tiada orang yang mengharapkan kejahatan. Sesiapa yang percaya kepada Hari Akhirat dan menyiapkan diri, Allah tidak akan mengecewakannya.

Maksud ajalallaah pula ialah kematian dan Hari Perhimpunan.

9.0] Ada 3 usul dalam beragama:
i. Tauhid -mengEsakan Allah.
ii. Kenabian atau kerasulan -percaya akan adanya para nabi dan rasul sebagai utusan.
iii. Yaumul Qiamah -percaya tentang Hari Kiamat.

10.0] Ayat 1 hingga 5 surah Al-Ankabut ini ada ketiga-tiga usul ini. Ayat ini ditujukan kepada orang-orang mukmin yang mengharapkan kebaikan akhirat.

11.0] Daripada Al-Muroghi, "Sesiapa yang mengharapkan ganjaran ketika menemui Allah, hendaklah melakukan amal yang baik dan bermanafaat". Hendaklah membuat amalan yang boleh memasukkan kita ke dalam syurga.

12.0] Daripada Imam Ash-Sha'rawi, "Sesiapa yang berharap untuk bertemu Allah, dia adalah beriman dan sentiasa menunggu disamping menyediakan bekalan". Sesiapa yang ingin segera mendapatkan ganjaran perlulah menempuhi kematian dahulu.

13.0] Hadith sohih Imam Ahmad, Tirmidzi, Al-Hakim, daripada Anas bin Malik ra, bahawa Rasulullah saw bersabda, "Apabila Allah menginginkan kebaikan bagi hamba-Nya, Allah akan mengambilnya jadi pekerja Allah". Allah akan gerakkan hatinya untuk membuat amal soleh, amal yang akhirat oriented. Allahumma Aamiin. Moga diberkati.



No comments:

Post a Comment