Tuesday, October 27, 2015

Surah Al-Ankabut (ayat 6-7) Kuliah 8- Unsur Iman, Amal Soleh

1.0] Allah tidak berhajat kepada makhluk kerana Allah bersifat Ghoniyy. Jika Allah hancurkan alam dan seluruh isinya pun Allah tidak rugi sedikit pun.

2.0] Isyara- Khabar gembira- Jika Allah beri segala apa yang diminta oleh hambanya pun, Allah juga tidak rugi, tidak berkurang sedikit pun apa yang dimiliki-Nya.

3.0] Makna ke 4 bagi ghoniyyon atau kaya ialah 'Adamul ikhtiyaaji ila maa 'indannas yang bermaksud tidak berhajat dan tidak memerlukan apa yang dimiliki oleh orang lain. Hidup seadanya dan tidak meminta-minta. Rujuk surah Al-Baqarah ayat 273:


4.0] Mereka fakir bukan kerana malas untuk bekerja tetapi kerana banyak masa mereka dihabiskan untuk berjihad fi sabiilillaah.

5.0] Miskin dan malas bekerja adalah perbuatan terkutuk dan kefakiran adalah sesuatu yang harus dilawan.

6.0] Makna ke 5 bagi ghoniyyon  ialah Al-Kifaayah. Rujuk surah Aa-li Imran ayat 10

7.0] Bagi orang-orang kafir, harta dan anak-anak mereka hanya menjadi azab bagi mereka. Menjadi punca siksaan bagi mereka. Oleh itu kita hendaklah berusaha untuk menjadikan anak-anak kita qurrata 'a'yun penyejuk  mata dan hati. Surah Al-Furqan 74- iaitu doa ' Ibadur Rahman.



8.0] Surah Al-Ankabut ayat 7.


Ganjaran untuk orang-orang yang beriman dan beramal soleh ialah Allah akan hapuskan kesalahan dan dosa-dosa mereka. Allah juga akan memberi balasan sebaik-baiknya apa yang mereka lakukan malah dibalas dengan berganda-ganda.

9.0] Iman mesti ada 3 unsur ini:
i) Qawlun- Kata-kata-  At-tasdiiku billisaanu iaitu ucapan yang dilafazkan atau diikrarkan.

ii) 'Amalun-  Al-Af''alu bil arkaanu- amalan dengan rukun-rukunnya.

iii) 'I'tiqad- Keyakinan yang teguh tertunjang.

10.0] Pentingnya Iman dan 'Amal soleh.
Andainya kita tiada Iman dan Amal Soleh berdasarkan Al-Quran maka kita akan mendapat sifat-sifat ini:

10.1) Al- Dhu' fu iaitu sifat lemah. Dhoiifan ditafsirkan sebagai lemah bukan hanya dari segi fizikal tetapi juga kerana sedikit keupayaan atau kemampuan untuk bersabar atau melawan hawa nafsu atau untuk menanggung bebanan yang berat. Hanya dengan iman kita boleh menjadi kuat. Tanpa iman kita adalah lemah dan tidak akan mampu untuk menghadapi apa-apa pun jua.

10.2) Al-'Ajala iaitu sifat tergesa-gesa atau terburu-buru. Rujuk surah Al-Israa' ayat 11 yang bermaksud, "Dan manusia (seringkali) berdoa untuk kejahatan sebagaimana (biasanya) mereka berdoa untuk kebaikan. Dan manusia memang bersifat terburu-buru ('ajuula)". Ada masanya kita memohon sesuatu yang tidak ada kebaikan kepada kita tetapi kita tidak tahu kecuali Allah. Ada masanya Allah menunda dari kemakbulan doa kita  semata-mata untuk kebaikan kita lantaran Allah lebih tahu yang kita belum bersedia untuk itu. Allah Maha Mengetahui. Bukan semua yang kita minta itu baik untuk kita. Setiap nikmat yang akan diberikan Allah ada waktunya. Allah akan memberi kepada kita pada masa yang tepat. Allah akan memberi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu, walaupun kepada yang Dia Kasihi. Allah akan memberi rezki tanpa hisab (bighairil hisab). Ada masanya Allah memberi kepada kita tanpa kita menyangka.Tanpa iman sesungguhnya manusia hanya menempah tempat di neraka.

No comments:

Post a Comment