Tuesday, February 2, 2016

Surah Al-Ankabut (ayat 16) Kuliah 18- U'budu, Ittaqu

1.0] Surah Al-Ankabut ayat 16;


Ini adalah permulaan kisah Nabi Ibrahim as. Daripada Imam Ar-Rozi didalam kitab Mafatihul Ghaib, " Sembah Allah dan jadi hamba-Nya". Ayat ini sebagai isyarat untuk menTauhidkan Allah.

2.0] 2 perintah dalam ayat ini ialah 2 unsur dalam mengEsakan Allah iaitu U'budu dan Ittaqu yang menjadi tunggak Aqidah (mengesakan Allah) yang dipanggil Tauhidullah. Tauhidullah atau tauhid kepada Allah terbahagi kepada 2 cabang iaitu Ithbaaatul ilaah (menetapkan Tuhan yang sebenar, sebenar-benar kewajipan) dan Nafi ghairah (menafi tuhan lain, sebesar-besar larangan, syirik). Rujuk surah Al-Baqarah ayat 256;


Berdasarkan ayat ini, orang Islam tidak boleh paksa orang bukan Muslim untuk masuk Islam, cuma boleh sampaikan risalah atau message of Islam. Maksud ayat ini untuk orang Islam ialah jangan melakukan perintah atau meninggalkan larangan atas dasar terpaksa. Ibadah ditolak sekiranya dilakukan secara terpaksa. Sesuai dengan ayat Al-Quran, "La ikraa hafiddiin", yang bermaksud, "Tiada paksaan dalam beragama".

3.0] Kewajipan U'budu dan Ittaqu menjadi syariah yang terbahagi kepada suruhan untuk melaksanakan kewajipan dan suruhan meninggalkan larangan.

4.0] Perbezaan diantara kalimah khairullakum (kebaikan bagi kamu) dengan khaira min (lebih baik bagi kamu dari...). Contoh , "Assolaatu khairumminannauum", yang bermaksud, "Solat itu lebih baik daripada tidur".

4.1] Kalimah khairullakum yang terdapat didalam ayat 16, memberi maksud, "Baik bagi kamu", iaitu orang yang khusyuk solatnya lebih tenang jiwanya daripada orang yang sedang tidur. Ayat 16 ini menjelaskan apabila hamba Allah telah mengEsakan Allah dan tidak syirik, itu kebaikan bagi dirinya. Orang yang tidak menyembah Allah telah menafikan hak Allah untuk disembah.

5.0] Dari Tafsir Ibnu Kathir, "Sesungguhya Allah memberitahu Ibrahim as untuk mengEsakan Allah sahaja dan tidak syirik. Cari rezqi hanya daripada Allah, dan bersyukur hanya kepada Allah. Ikhlas dalam bertaqwa dan beribadah kepada Allah. Sekiranya semua itu dilakukan akan mendapat kebaikan dunia dan akhirat. Juga nescaya akan selamat dari keburukan dunia dan akhirat".

6.0] Kewajipan U'budu akan menghasilkan insan yang ikut perintah dan mendapat manafaat, manakala  Ittaqu menghasilkan insan yang dapat meninggalkan larangan dan menolak mudhorat.

7.0] Nabi Muhammad saw, menyuruh kita beribadah mengikut kemampuan. Apa-apa ibadah yang tidak dapat dilakukan semuanya, jangan pula ditinggalkan semuanya. Setiap perintah itu ada kebaikan, disebaliknya semua larangan mesti ditinggalkan sebab setiap larangan itu ada dosa dan mudhorat.

8.0] Dari Tafsir Ibnu Asyur, "Syarat-syarat ibadah yang berkaitan dengan hati (syarat Qalbiah), adalah menyembah Allah dengan rasa cinta (Al-Hubb) dan rasa kembali, menyerah (Ar-Rojaa'), manakala apabila meninggalkan larangan harus ada rasa takut (Al-Khauf). Lantaran itu adalah sangat penting mempunyai rasa penuh mengharap dan penuh ketakutan dalam beribadah kepada Allah. Allahu Akbar.





No comments:

Post a Comment