1.0] Surah Al-Ankabut ayat 7;
i) Qawlun (ucapan hati) yang menunjukkan rasa hati yang membuahkan 'i'tiqad dan tashdiq.
ii) 'Amalun ( perbuatan) yang melibatkan rasa hati (Al-Qalbu), perkataan (Al- Lisaanu) dan perbuatan anggota badan (Al- Jawarikh). Al-Qalbu membuahkan ikhlas, takut (khauf), mengharap (rojaa'). Al- Lisaanu melibatkan pengucapan 2 kalimah syahadah, pengakuan dengan lidah dan akui tuntutannya. Al- Jawarikh ialah amalan anggota badan zahir dan fizikal.
iii) Al- 'I'tiqaad ialah kepercayaan yang teguh tersimpul mati didalam hati iaitu tashdiiq.
Tashdiiq tidak hanya percaya tetapi juga bermaksud membenarkan dengan lidah iaitu tashdiiq bil-lisan.
5.0] Amal lisan ialah mengucapkan dua kalimah syahadah dan mengakui tuntutannya.
7.0] Didalam Al-Quran jika Al-Iman disebut tanpa bergabung dengan perkataan amal soleh maka secara tidak langsung ianya telah merangkumi amal soleh. Contoh apabila disebut "Alladziina aamanu" yang bermaksud 'mereka yang beriman' itu telah pun merangkumi 6 rukun iman. Jika amal soleh disebut maka itu menunjukkan bahawa belum merangkumi rukun iman. Allah menyuruh hamba-Nya untuk melakukan amal soleh tetapi tidak diperincikan. Oleh itu para ulama telah melihat pada makna berlawanan dengannya iaitu kalimah Al-'Amalul Fasaad (amal rosak). Rujuk surah Al-Baqarah ayat 205
Didalam ayat ini terdapat 2 syarat dan 2 jawapan iaitu dengan iman dan amal soleh dan akan dihapuskan kesalahan dan akan mendapat balasan yang baik. Iman ahli sunnah wal jamaah adalah berdasarkan kepada 3 perkara iaitu:
i) Qawlun (ucapan hati) yang menunjukkan rasa hati yang membuahkan 'i'tiqad dan tashdiq.
ii) 'Amalun ( perbuatan) yang melibatkan rasa hati (Al-Qalbu), perkataan (Al- Lisaanu) dan perbuatan anggota badan (Al- Jawarikh). Al-Qalbu membuahkan ikhlas, takut (khauf), mengharap (rojaa'). Al- Lisaanu melibatkan pengucapan 2 kalimah syahadah, pengakuan dengan lidah dan akui tuntutannya. Al- Jawarikh ialah amalan anggota badan zahir dan fizikal.
iii) Al- 'I'tiqaad ialah kepercayaan yang teguh tersimpul mati didalam hati iaitu tashdiiq.
2.0] Iman yang sempurna mestilah melibatkan hati. Amal hati yang ikhlas dan tidak bercampur dengan riak atau syirik sekecil mana pun. Ikhlas lawannya riak yang mana adalah sebahagian dari syirik.
3.0] Peranan hati ialah untuk mengikat keyakinan pada hati mukmin supaya ada rasa takut (khauf) dan rasa berharap (rojaa') kepada Allah.
4.0] Hakikat iman mengikut At-Tashdiiq ialah percaya dengan apa yang difahami. Kepercayaan ini mestilah pada tahap percaya dengan penuh yakin. Contohnya seperti percaya kepada rasul. Perkara yang difahami dan dipercayai itu atau apa yang hendak diTashdiqkan itu dikatakan sebagai I'tiqad.
Tashdiiq tidak hanya percaya tetapi juga bermaksud membenarkan dengan lidah iaitu tashdiiq bil-lisan.
5.0] Amal lisan ialah mengucapkan dua kalimah syahadah dan mengakui tuntutannya.
6.0] Amal jawarih ialah amalan dengan anggota badan iaitu amalan zahir atau amal fizikal. Amal ini tidak sempurna sekiranya dilakukan tanpa keikhlasan dan mestilah dilakukan mengikuti amalan hati. Contoh amalan haji atau umrah, tanpa amal jawarih , semua amalan dan iman tidak sempurna. Ia merupakan tashdiq (pembenaran) dari ashlul-iman dalam hati sehingga ketiadaan amal jawarikh melazimkan ketiadaan ashlul-iman.
7.0] Didalam Al-Quran jika Al-Iman disebut tanpa bergabung dengan perkataan amal soleh maka secara tidak langsung ianya telah merangkumi amal soleh. Contoh apabila disebut "Alladziina aamanu" yang bermaksud 'mereka yang beriman' itu telah pun merangkumi 6 rukun iman. Jika amal soleh disebut maka itu menunjukkan bahawa belum merangkumi rukun iman. Allah menyuruh hamba-Nya untuk melakukan amal soleh tetapi tidak diperincikan. Oleh itu para ulama telah melihat pada makna berlawanan dengannya iaitu kalimah Al-'Amalul Fasaad (amal rosak). Rujuk surah Al-Baqarah ayat 205
Didalam ayat ini diceritakan tentang orang-orang yang merosakkan tanaman dan alam sekitar, mengacau keseimbangan alam semulajadi, orang-orang yang merosakkan wanita (Al-harth). Disebut sebagai merosak ladang yang bermakna eksploitasi wanita iaitu dalam perkara maksiat.
8.0] Daripada semua cerita tentang amal rosak itu, kita hendaklah membuat amal yang berlawanan dengannya sebagai amal soleh bagi kita. Contohnya seperti mengekalkan keseimbangan alam persekitaran dan menjaga wanita dan sebagainya. Ini semua adalah amal soleh dan ianya akan kekal manakala amal fasid akan hancur.
9.0] Tiga amalan yang kita mahu Allah terima ialah amalan hati, amalan lisan dan amalan anggota. Rujuk surah Faathir ayat 10
Zikir iaitu amalan lisan akan naik sendiri kelangit. Oleh itu perbanyakkanlah zikir terutama diwaktu solat (qiam) dan kalimah yang terbaik ialah kalimah toyyibah atau kalimah syahadah " La ila ha illallah". Kalimah tauhid ini adalah amalan yang diangkat serta merta ke langit.
10.0] Amal qulub seperti solat malam adalah diterima Allah segera (sehingga terbit fajar). Contoh apabila bertaubat ketika Qiamullail.
11.0] Orang yang berdosa dan dia bertaubat penuh sesalan, hancur hati atas penyesalan, hancur hatinya sebab kecuaian, Allah ada disisinya. Allah sangat hampir dengan orang yang munkasiratul qalbi (orang yang hancur hatinya). Oleh itu dekatilah orang-orang yang susah, ziarahilah orang sakit dan orang-orang yang sedang ditimpa musibah. Bergaullah dengan orang-orang susah dan yang memerlukan untuk memahami bagaimana keadaan yang mereka sedang alami. Bantulah mereka semata-mata kerana Allah (lillaahi). Ini tidak akan merendahkan derjat kita malah semakin meningkatkan tingkatan kita dalam pandangan Allah. Apabila turut merasa kesusahan orang lain itu adalah amal qulub.
12.0] Imam Ar-Rozi, Prof. Wahbah Suheli, Muhamad Sadiqon, Imam Sayuti dan lain-lain telah meriwayatkan hadis Qudsi bahawa Nabi saw bersabda, Allah berfirman,"Aku berada disisi orang yang hancur hatinya". Contohnya orang-orang yang susah dan dilanda musibah. Amal hati, Allah datang sendiri untuk menerimanya, amal lisan akan naik sendiri kepada Allah. Amal zahir dan fizikal, ada yang naik sendiri, bergantung atas keikhlasan hati.
No comments:
Post a Comment