1.0] Mukaddimah: Ulama tidak sepakat tentang dimana turunnya surah Al-Ankabut ini. Dari tafsir Ibnu Jauzi, daripada riwayat Ibnu Abbas, bahawa surah ini ialah surah Madaniah dimana hanya ayat 1 hingga 10 sahaja turun di Makkah manakala ayat-ayat lain turun di Madinah. Namun ada pula yang berpendapat sebaliknya. Terdapat perbezaan pendapat antara ulama tafsir.
2.0] Surah Al-Ankabut ayat 2;
Setiap muslim akan diuji berkali-kali dalam hidupnya. Terdapat ayat yang berkaitan dengan ayat ini iaitu yang membawa maksud yang sama tetapi uslub yang berbeza. Rujuk surah Aa-li Imron ayat 142, yang bermaksud, "Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah siapa orang-orang yang berjihad diantara kamu dan belum nyata orang-orang yang sabar". Ujian Allah itu menjadi saksi bagi orang itu sendiri. Ayat ini turun pada waktu ada sahabat-sahabat seperti Abu Bakar, Umar dan lain-lain yang mantap iman mereka yang ditimpa ujian berat.
3.0] Wahyu Allah kepada Nabi Daud, "Beri khabar gembira kepada mereka yang berdosa dan beri amaran keras kepada mereka yang beriman". Maksudnya, sebesar manapun dosa mereka, selagi ajal belum datang, masih ada peluang untuk masuk ke syurga. Sebaliknya sebanyak manapun amal dan sebanyak manapun iman, peluang untuk masuk ke syurga belum tentu. Dipenghujung usia seseorang, belum tentu imannya tetap teguh atau tidak.
4.0] Rujuk surah Al-Baqarah ayat 214;
Ayat yang serupa (similar) yang menceritakan tentang kepastian adanya ujian iman. Perlu iman yang kuat untuk menghadapi ujian yang berat, seperti iman Abu Bakar dan lain-lain sahabat. Iman kita belum tentu lagi kentalnya.
5.0] Rujuk surah At-Taubah ayat16, ini juga ayat yang serupa, "Adakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan, sedangkan Allah belum mengetahui orang-orang yang berjuang diantara kamu dan mereka yang tidak mengambil teman setia selain Allah dan Rasulnya serta orang-orang yang beriman?'.
6.0] Sababun nuzul ayat 2 surah Al-Ankabut ini menurut Imam Al-Samarkandi dalam kitab Bahrul Ulum, ialah berkaitan dengan turunnya surah Al-An'am ayat 65 kepada Nabi saw yang membawa maksud, "Allah berkuasa menimpakan azab kepada kamu dari pelbagai arah atau menjadikan kamu pelbagai golongan (perpecahan umat).
Semasa ayat ini turun, Nabi saw bertanya kepada malaikat Jibril, "Lalu apa yang tinggal dari umatku sekiranya diazab dari segala penjuru?" Malaikat Jibril menyuruh Nabi saw agar berdoa bagi umatnya. Nabi saw solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah agar jangan menimpakan azab kepada umatnya. Lalu Jibril berkata, "Allah telah melindungi umatmu dari dua perkara dan telah menetapkan kepada umatmu dua perkara".
7.0] Allah berfirman, "Kami telah mengutuskan utusan sebelum engkau. Ada kaum yang membenarkan dan ada yang mendustakan". Tiada yang dapat menghalang Allah daripada menguji mereka dengan tujuan untuk mengenal pasti keimanan mereka. Samada mereka beriman atau tidak beriman.
8.0] Imam Muqotil, pendapatnya dikutip oleh Imam Qurtubi dalam tafsirnya Zadul Marir, mengatakan bahawa ayat ini berkaitan dengan kematian sahabat Nabi saw yang bernama Mahjak (maula kepada Umar Al-Khattab) didalam Perang Badar. Beliau adalah orang muslim pertama yang gugur syahid dan menjadi orang pertama yang diseru untuk memasuki syurga dari umat Nabi saw. Dengan kematiannya, ibubapa dan isterinya amat sedih. Maka dengan peristiwa itulah turun ayat 2 surat Al-Ankabut ini, tetapi ulama tafsir tidak sepakat.
9.0] Abu Muhamad Izzudin Abdul Salam (Sultanul Ulama), dalam kitab tafsir Istisanul, diambil pendapat Imam Mawardi bahawa ayat ini turun kerana banyak peristiwa yang berlaku, seperti yang menimpa Ammar bin Yassir, Abu Jahl dan lain-lain sahabat yang teruk disiksa oleh orang-orang kafir. Mereka merayu kepada Nabi saw agar Allah menolong mereka dan timpakan azab kepada orang-orang kafir.
10.0] Hadis Abu Sayyid Al- Khudri, "Sesungguhnya seseorang itu digandakan ganjaran sekiranya ujiannya digandakan dan orang-orang yang paling berat ujian adalah para anbiya".
11.0] Pelbagai istilah bagi ujian didalam Al-Quran, seperti Al-Fitnah, Al-Bala', Al-Ibtila'. Rujuk surah Al-Baqarah ayat155, yang bermaksud, "Dan Kami pasti akan mengujimu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar". Bala ialah perkara yang menimpa kita yang kita tidak suka.
12.0] Bala' Ad-Dunyawiyyah dan bala' Al-Ukhrawiyyah. Bala' yang berkaitan taklifiah (masaalah duniawi) adalah seperti bencana, kelaparan, kehilangan dan lain-lain.

No comments:
Post a Comment