1.0] Masih lagi tentang surah Al-Ankabut ayat 8
2.0] Surah Al- Ankabut ayat 9:
2.1] Tidak perlu diulangi tafsirnya kerana didalam ayat 7 telah dijelaskan tentang Iman, Amal Soleh dan hubungannya. Ayat 9 ini ialah penguat, penegasan bagi ayat 7. Orang beriman dan beramal soleh akan diberi 2 ganjaran iaitu;
i) Diampun kesalahannya.
ii) Akan diberi sebaik-baik ganjaran balasan.
Manakala didalam ayat 9, ditambah lagi dengan kepastian bahawa Allah akan membalas dengan Syurga.
3.0] Predikat soleh ialah satu matlamat untuk dicapai jika ingin menjadi hamba Allah yang sempurna, disamping ada predikat lain juga selain soleh. Contoh didalam surah Al-Ahqaf ayat 15;
i) Sudah dapat menjadi orang yang bersyukur (Syakir).
ii) Sudah dapat menggunakan nikmat yang Allah beri untuk menjadi orang soleh.
5.1] Jangan hilang arah hidup. Jangan jadi seperti didalam surah Al-Kahfi ayat 104;
6.0] Imbas kembali ayat-ayat yang telah dipelajari;
i) Ayat 3 ialah tentang 2 jenis manusia iaitu orang yang benar dan orang yang dusta.
ii) Ayat 4 juga adalah tentang orang-orang yang tidak baik.
iii) Ayat 7 pula ialah tentang orang-orang yang baik, beriman dan beramal soleh.
iv) Ayat 10 ialah tentang orang yang nampak baik tetapi haqiqatnya tidak baik (munafiq).
7.0] Orang Mukallaf terbahagi kepada 3 kumpulan:
8.0] Surah Al-Ankabut ayat 10;
8.1] Perhatikan kalimah-kalimah yang Allah gunakan didalam ayat 10 ini.
1.1] Qodho' Tashri yang Allah sebut didalam ayat ini mudah- mudahan menjadi pegangan hidup kita semua samada kita sebagai anak kepada ibubapa atau sebagai orang tua kepada anak-anak kita. Ini kerana qodho' tashri ini bersifat qot'i iaitu bersifat mengikat (pending), bersifat mutlaq dan berlaku bagi semua umat Islam tanpa pengecualian. Sesuatu yang muttafaqun ilaihi yang disepakati, tiada perbezaan pendapat dikalangan sahabat, tabiin dan ulama sohibussoleh. Boleh jadi tiada perbezaan ketara antara fahaman Sunni dan Syi'i. Oleh itu tiada alasan untuk tidak mengamalkan atau mencari alternatif lain terhadap qodho tashri' ini iaitu birruwaalidain (berbuat baik kepada ibubapa).
2.0] Surah Al- Ankabut ayat 9:
2.1] Tidak perlu diulangi tafsirnya kerana didalam ayat 7 telah dijelaskan tentang Iman, Amal Soleh dan hubungannya. Ayat 9 ini ialah penguat, penegasan bagi ayat 7. Orang beriman dan beramal soleh akan diberi 2 ganjaran iaitu;
i) Diampun kesalahannya.
ii) Akan diberi sebaik-baik ganjaran balasan.
Manakala didalam ayat 9, ditambah lagi dengan kepastian bahawa Allah akan membalas dengan Syurga.
3.0] Predikat soleh ialah satu matlamat untuk dicapai jika ingin menjadi hamba Allah yang sempurna, disamping ada predikat lain juga selain soleh. Contoh didalam surah Al-Ahqaf ayat 15;
3.1] Kadar masa 30 bulan yang disebut didalam ayat diatas ialah masa dimana mengandung minima ialah 6 bulan dan masa menyusu ialah 24 bulan. Oleh sebab itu, jangan cepat berburuk sangka jika ada orang yang mengandung hanya dalam jangkamasa 6 bulan. Ayat ini adalah sebagai buktinya.
3.2] Seseorang anak lazimnya telah mencapai umur kedewasaan disegi fizikal, mental, rohani dan jasmani apabila mencecah umur 40 tahun, iaitu kemuncak umur kematangan dan kesempurnaan. Jangan terpedaya dengan kata-kata "Life begins at 40". Seorang muslim berumur 40 tahun sudah cukup matang kerana jika umur baligh dikira dari umur 15 tahun, sudah ada 25 tahun untuk beramal atau berubah dan menjadi orang yang sempurna.
4.0] Apa Matlamat atau apa yang perlu diusahakan untuk dicapai ketika berumur 40 tahun? Kita sepatutnya sudah dapat menyandang predikat soleh sepertimana yang terdapat dalam doa ayat 15 surah Al- Ahqaf diatas iaitu ;
i) Sudah dapat menjadi orang yang bersyukur (Syakir).
ii) Sudah dapat menggunakan nikmat yang Allah beri untuk menjadi orang soleh.
iii) Sudah mendapat zuriat (anak, keluarga) yang soleh, maka dikatakan sebagai seorang musleh dimana diri sendiri yang soleh dan berjaya baiki orang lain untuk menjadi soleh. Orang musleh ialah orang yang berjaya membebaskan ahlinya dari api neraka.
iv) Sudah menjadi orang yang bertaubat dimana telah diterima taubat diri oleh Allah dan dipanggil taaibuun.
v) Menjadi orang muslim yang berserah diri kepada Allah.
4.1] 5 Maqam / predikat / peringkat diatas hendaklah kita capai apabila kita telah berumur 40 tahun.
Jangan kita racuni fikiran anak-anak kita dengan kata-kata bahawa 'Life begins at 40'. Ini penjajahan minda yang sangat merbahaya dan nilainya adalah lebih bahaya dari penyakit kronik. Jika kita mendengar berita orang meninggal dunia pada umur 45 tahun, maka kita akan mengatakan "Ooh, mudanya", dan apabila yang meninggal itu berumur 90 tahun, maka respon kita ialah "Oo, sudah patutnya-lah". Ini berlaku kerana kita mengukur umur bermula dari umur 40 tahun, padahal kita sepatutnya mengira dari umur baligh 15 tahun. Purata hayat kita ialah diantara 60 ke 70an. Bagi orang yang telah dapat mencapai kelima-lima maqam diatas tidak perlu ditunggu ke umur 60an kerana telah dapat mencapai matlamat hidup.
5.0] Allah telah beri panduan untuk kita berusaha, untuk kita capai apa yang Allah telah tetapkan kepada kita.
5.1] Jangan hilang arah hidup. Jangan jadi seperti didalam surah Al-Kahfi ayat 104;
Na'uzubillah. Moga kita tergolong dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh. Beriqrar beriman kepada Allah dan rasulnya. Mengadakan hubungan rapat dengan Tuhan Maha Pencipta juga dengan sesama makhluknya.
6.0] Imbas kembali ayat-ayat yang telah dipelajari;
i) Ayat 3 ialah tentang 2 jenis manusia iaitu orang yang benar dan orang yang dusta.
ii) Ayat 4 juga adalah tentang orang-orang yang tidak baik.
iii) Ayat 7 pula ialah tentang orang-orang yang baik, beriman dan beramal soleh.
iv) Ayat 10 ialah tentang orang yang nampak baik tetapi haqiqatnya tidak baik (munafiq).
7.0] Orang Mukallaf terbahagi kepada 3 kumpulan:
i) Mukminun iaitu orang mukmin yang menzahirkan keimanannya dengan sebenar-benarnya. Apa yang dizahirkan itulah yang dihatinya.
ii) Kaafirun ialah orang yang ingkar, yang menzahirkan keingkarannya, tidak berselindung, hati ingkar, luar ingkar dan sangat berani menyatakan keingkarannya.
iii) Munaafiqun ialah orang yang terumbang ambing, muzab zabi antara mukmin atau kafir. Mereka menzahirkan baik luaran dan menyembunyikan kafir dihati.
Allah telah menjelaskan tentang mukminun, kaafirun dan Allah tahu orang yang dusta (kazib) dan yang benar (soodiq).
8.0] Surah Al-Ankabut ayat 10;
8.1] Perhatikan kalimah-kalimah yang Allah gunakan didalam ayat 10 ini.
i) Aamanna ; dari segi nahu / sudut gramatika, sepatutnya lebih tepat jika guna aamantu (yang membawa maksud seorang) supaya selari dengan kalimah yaqul,uuzia dan ja'ala didalam ayat tersebut yang menunjukkan keadaan wahid /mufrad, tetapi orang munafiq ingin menampakkan keimanan mereka seperti orang mukmin haqqa. Mereka juga bersyahadah walaupun mereka hanya berbohong. Allah Yang Maha Mengetahui isi hati mereka yang sebenarnya telah menggunakan kalimah-kalimah yang dapat mendedahkan kebohongan orang munafiq.
Kalimah uuzia fillah digunakan disini, kenapa tidak kalimah fii sabilillah sepertimana didalam surah Aa-li-Imran ayat 195? Apa beza kalimah fillah dengan fii sabilillah? Uuzia fillah membawa makna orang munafiq baru diuji dengan iman sudah tergugat. Penggunaan kalimah aamanna (kami beriman) seperti didalam surah Al- Baqarah ayat 8 tidak mencukupi. Orang Mukmin sebenar tidak cukup dengan hanya mengaku beriman tetapi mesti jaahada iaitu bertahan sehingga mungkin perlu memilih untuk berhijrah. Contohnya seorang penuntut universiti diluar negara yang dilarang dari memakai hijab/ tudung yang tetap bertegas untuk terus bertudung walau diancam buang universiti, barulah boleh dikatakan berjuang fii sabilillah.
8.2] Mukmin sejati jaminan syurga. Orang munafiq, apabila diuji sedikit, mudah hilang imannya.
Bagaimana dengan kita? Tahap iman kita bagaimana? Walau tiada ujian pun tetapi masih tidak beriman? Tidak beriman tetapi masih berdoa dengan doa "Ya Allah, masukkan kami kedalam syurga bersama orang Abrar"? Allah hanya akan memasukkan kedalam syurga orang yang beramal dengan amalan ahli syurga. Bagaimana mungkin kita dapat sembuh dari penyakit jika hanya dengan berdoa kepada Allah tetapi pemakanan kita tidak dijaga?.
9.0] Undang-undang dunia, ramai orang yang patuh tetapi undang-undang Allah, ramai orang yang tidak patuh. Contohnya bila ada majlis harijadi kawan yang mesti berpakaian ikut tema, walaupun umur sudah 70an, demi untuk tidak melukai hati kawan, ramai yang patuh tanpa komplain. Begitu juga polis traffik tanpa komplain, pakai juga uniform yang mungkin panas dan tidak selesa demi mematuhi undang-undang. Kenapa apabila Allah yang arah, susah pula untuk dipatuhi?
10.0] Kita hanya patut takut/ patuh kepada arahan Allah semata-mata. Jauhilah dari rasa takut kepada gangguan manusia/ fitnah/ ujian dari sesama manusia. Soalan di akhirat panjang, oleh itu hiduplah didunia dengan sebaik-baiknya supaya kita hadapi soalan yang mudah atau tanpa hisab langsung diHari Kebangkitan, iaitu bighairi hisab (tanpa hisab), manakala munafiquun berada dijurang api neraka.
11.0] Ingatlah bahawa hidup didunia ini hanya sekejap dan orang mukmin akan berada ditaman syurga. Waspada dengan fitnah dari manusia. Fitnatannas bi 'azabillah, iaitu azab Allah untuk orang yang gagal menghadapi fitnah dari manusia dan juga yang melihat fitnah dari manusia seolah-olah azab dari Allah. Oleh itu janganlah menganggap terlalu pedih apabila tertimpa fitnah dari manusia. Contohnya apabila orang tipu ataupun orang curi harta kita, itu bukan azab, itu hanya fitnah, sekadar ujian. Azab ialah balasan siksa dari Allah.
11.1] Apabila sakit menimpa itu adalah ujian atau fitnah. Jika kita memahaminya dengan cerdas kita tidak akan pandang sebagai musibah sebaliknya patut sujud syukur kerana sakit itu isyarat awal untuk kita bersedia buat persediaan rapi sepertimana orang yang tahu awal bahawa dia akan dapat pergi mengerjakan haji tentunya membuat persediaan awal dengan serapinya berbanding dengan orang yang diberitahu dalam waktu yang singkat, yang tentunya kelam kabut dan tergesa-gesa membuat segala persiapan.
11.2] Apabila kita ditimpa sakit kritikal, berhubung terus dengan Allah. Doktor bukan malaikat. Soal diri sendiri, kenapa saya mesti fìkir tentang penyakit? Kenapa saya mesti fikir untuk sembuh? Kenapa saya mesti terima nasihat kawan untuk melawan penyakit? Jangan terlalu berharap untuk sembuh supaya kita tidak terlalu kecewa. Sebaliknya hendaklah kita bersedia untuk berjumpa Allah, kerana jemputan telah dihantar awal-awal. Istighfar sebanyak-banyaknya. Rasakan bahawa rasa sakit itu adalah proses untuk menghapuskan dosa-dosa kita. Bintik-bintik hitam dosa didalam hati yang mengikut kajian, proses membuangnya ialah dengan merasai sakit yang amat sangat. Ujian Allah kepada hamba yang dicintaiNya. Oleh itu bertaubatlah bersungguh-sungguh dan bersedia untak berjumpa Allah. Apabila telah sampai masa, jiwa akan tenang setenangnya. Nabi saw juga bersabda, "Hendaklah kamu roja' (mengharap) dan khauf (takut) sehingga kamu berjumpa Allah didalam keadaan begitu, maka bagi kamu jaminan syurga Allah". Sebagai kawan, kita perlulah pandai menasihati kawan yang sakit dengan menasihati dengan ikhlas.
12.0] Cerita panduan tentang Abu Jahal iaitu seorang ketua Quraish juga hartawan, seorang bangsawan yang menyesal kerana yang berjaya membunuhnya ialah Abdullah Ibnu Mas'ud seorang pengembala kambing yang kecil saja orangnya. Kata Abu Jahal, "Aduhai jika yang membunuh ku bukanlah kamu sipengembala kambing". Abu Jahal merasa terhina kerana dibunuh oleh orang yang dia anggap hina. Janganlah kita warisi hati seperti hati Abu Jahal. Kita dilatih ketika pergi haji dan umrah supaya jangan suka JAIM (Jaga Imej) sampai sanggup melanggar perintah agama. Jangan berpura-pura dalam bab agama. Hendaklah menjaga imej dengan mematuhi agama. Moga bermanafaat dan diberkati Allah.
No comments:
Post a Comment