1.0] Masih lagi tentang surah Al-Ankabut ayat 8
2.0] Muqaddimah ayat ini telah dijelaskan minggu lepas iaitu sebesar-besar ibadah yang wajib dilakukan oleh setiap mukallaf ialah ibadah hablum minallah dan hablum minnas.
Hablumminallah ialah hubungan dengan Allah, mengEsakan dan tidak meNyekutukanNya.
Hablumminannas ialah hubungan sesama manusia, berbakti kepada ibubapa dan tidak menderhakai. Perintah Allah supaya mengEsakanNya dirangkai dengan perintah supaya berbakti kepada ibubapa dan larangan Allah supaya tidak sekutukan Nya dirangkai dengan larangan menderhakai ibubapa. Lantaran syirik kepada Allah akan menghapuskan kebaikan amalan dan membatalkan syahadah manakala menderhakai kedua ibubapa pula, amalan soleh tidak akan diterima.
3.0] Allah berikan 2 jenis nikmat kepada hambanya melalui ibubapanya iaitu nikmat iijad (dari tiada kepada ada) dan nikmat ibqa'(segala keperluan untuk kelangsungan hidup).
Melalui ibu, nikmat iijad iaitu mengandung dan melahirkan lalu wujud kita didunia. Nikmat ibqa' juga melalui ibu yang terhasil susu tanpa permintaan ibu, keluar 100% untuk anak, tidak berkongsi.
4.0] Penekanan minggu ini ialah tentang penambahan kosakata kepada kalimah Waalidain(ibubapa) iaitu penambahan Bi, Li, Ila.
Didalam Al-Quran ada 5 tempat digunakan kalimah Bilwaalidain iaitu didalam surah Al-Baqarah ayat 82, An-Nisaa' ayat 36, Al-An'am ayat 151, Al-Isra' ayat 23, dan Al-Ahqaf ayat 15. Penggunaan kosakata Bilwaalidain memberi maksud Melekat. Allah tidak mahu anak ada jarak dengan ibubapa maka disini memberi maksud kewajipan bagi anak untuk berbuat baik kepada ibubapa dalam tingkatan Ihsan. Contoh jika ibubapa meminta supaya anaknya menghantarkan mereka ke hospital, maka anak wajiblah menghantarkannya sendiri walau sesibuk manapun anak itu.
5.0] Kosakata Li- Lilwaalidain, ada disebut didalam Al-Quran didalam surah An-Nisaa' ayat 11 yang membawa maksud the right iaitu haq dimana seorang anak kena berlaku Husnon terhadap ibubapanya. Contohnya jika ibubapa yang perlu pergi kehospital itu merelakan untuk dihantar oleh orang lain disebabkan anaknya supersibuk, maka terlepaslah tuntutan itu kepada anaknya. Kosakata lilwaalidain digunakan juga dalam hal hartapusaka seperti didalam surah Al-Baqarah ayat 180.
Apabila seorang anak meninggal, yang paling berhaq mendapat hartapusakanya ialah ibubapanya.
6.0] Penggunaan kosakata ilalwaalidain pula menunjukkan satu keadaan renggang dimana hubungan anak dengan ibubapanya yang tidak baik atau ibubapanya yang tidak beriman. Contohnya tentang ibubapa yang seperti itu yang mahu ke hospital, maka anaknya hanya perlu berlaku Ma'ruf sahaja iaitu jika anaknya supersibuk boleh disuruh orang lain sahaja untuk menghantarkan ibubapanya.
7.0] Penekanan tentang berbuatbaik kepada ibubapa terdapat didalam surah Al- Isra' ayat 23
"Jangan sekali-kali kamu mengatakan 'uf' dan jangan membentak mereka dan ucapkanlah perkataan yang baik-baik kepada mereka". 'Uf' boleh jadi dengan apa saja kata-kata atau perlakuan yang menunjukkan tidak suka. Walaa tanharhuma memberi makna "dan jangan kamu tong sampahkan mereka". Contohnya andai ibubapa sudah berpuashati dengan layanan anak sehingga memuji apabila ditanya orang tentang layanan anaknya kepadanya, namun jika bagi pihak anak pula merasa seakan terlepas suatu beban apabila ibubapanya telah pulang dari rumahnya maka keadaan itu juga sudah tidak patut dan dikira salah disisi Allah, seolah-olah telah dapat membuang sampah ke dalam tong sampah.
8.0] Tajuk keibubapaan adalah salah satu tajuk terpenting didalam Al-Quran. Seorang anak akan mendapat As-Saadah Al-Kamaliah (kebahagiaan yang mulia) apabila telah dapat berbakti kepada kedua ibubapanya. Didalam Al-Quran, perbuatan berbuatbaik yang disebut juga sebagai Ihsan (suatu hiraki tertinggi), kalimah wabilwaalidaini ihsan disebut sebanyak 5 kali didalam Al-Quran. Ianya sangat-sangat dituntut. Kalimah husnon + waalidain hanya sekali sahaja disebut manakala kalimah ma'ruufun+ waalidain sekali sahaja juga disebut didalam Al-Quran. Lantaran itu setiap anak wajib berbuatbaik secara Ihsan kepada kedua ibubapanya, diikuti dengan rasa lin iaitu lemahlembut, merendahdiri sehingga ibubapa merasa dimuliakan oleh anaknya. Dalil dari Al-Quran secara thabit dan qot'i dan Nabi saw sendiri adalah sebagai contoh dimana dalam masa pembukaan Kota Mekah, didalam masa kera'ian itu, apabila Nabi saw ternampak ibu susuannya Halimatus Sa'diah dalam orang ramai, lantas Nabi saw terus kepangkuannya, walaupun Nabi saw belum pasti samada ibu susuannya itu sudah muslim atau tidak pada masa itu.
9.0] Soalan yang perlu kita fikir-fikirkan ialah buat masa sekarang kita sedang menjadi ibubapa, bagaimana anak-anak kita gauli kita? Semua berdasarkan perbuatan kita juga terhadap ibubapa kita dan perbuatan kita dalam mendidik anak-anak kita. Adakah dengan layanan Ihsan? atau Husnon atau Maaruf? Ibubapa yang ada cacat cela didalam mendidik anak-anaknya, Allah guna kalimah Husnon yang patut anak balas, iaitu ibubapa yang kurang quality. Ibubapa yang dayyus, tertutup pintu syurga untuknya, iaitu ibubapa yang membiarkan anaknya melakukan kesalahan, kesilapan dan dosa tanpa bimbingan ibubapa yang sewajarnya.
10.0] Bagi perlakuan Maaruf pula ialah andai seorang anak yang sudah masuk Islam kemudian dipaksa oleh bapanya, misalnya seorang Hindu, untuk menggantikannya menjadi ketua kuil, maka disini anaknya wajib menolak dengan cara baik, iaitu secara Maaruf. Kita semua bertanggungjawab dihadapan Allah terhadap haq ahli kita. Semoga kita semua ditunjukkan Allah jalan kebenaran untuk mendapat Redho Allah dalam kehidupan ini. Moga diberkati.

No comments:
Post a Comment