1.0] Mengimbas kembali kuliah minggu lepas iaitu Surah Al- Ankabut ayat 10 dimana ayat itu ditutup dengan firman Allah iaitu, "Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada di dalam dada semua manusia ? "Allah tahu apa yang rahsia dan yang dirahsiakan".
2.0] Surah Al-Ankabut Ayat 11;
3.0] Orang beriman (mukmin) terbahagi kepada dua iaitu;
i) Mukmin sejati iaitu sodaqu (benar), jujur beriman, bersyahadah dengan kalimah La ilaha illallah, zahir dan batin sama (iaitu izhar dan idhmar sama).
ii) Mukmin mukrah iaitu orang mukmin yang dipaksa dan terpaksa untuk menyembunyikan keimanan serta terpaksa menzahirkan kekufuran. Contohnya, ugutan pancung untuk orang yang mengaku Islam di dalam dunia Kristian. Lantaran demi untuk menyelamatkan nyawa, mukmin itu mengaku Kristian didepan orang namun apabila bersendirian dia tetap mengEsakan Allah dan Allah Maha Mengetahui apa yang ada didalam hati manusia itu.
4.0] Orang Munafiq pula ialah orang yang menzahirkan keimanan dan menyembunyikan kekufuran. Izhaarul iimaan dan Idhmaarul kufr. Mereka kafir. Orang munafiq ini bersyahadah seperti mukmin, berzakat, berperang tetapi batinnya kufur.
Rujuk Surah Al- Munaafiqun ayat 4;
Ayat ini menerangkan tentang penampilan mereka, tubuh badan dan imej tinggi yang terlihat pada mereka sehingga membuat orang kagum terhadap mereka dan tidak dapat kenal yang mereka sebenarnya adalah orang munafiq.
Ayat ini menerangkan tentang penampilan mereka, tubuh badan dan imej tinggi yang terlihat pada mereka sehingga membuat orang kagum terhadap mereka dan tidak dapat kenal yang mereka sebenarnya adalah orang munafiq.
5.0] Perbezaan ayat;
Di dalam ayat 3 sebelumnya, dinyatakan, " Maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta."
Di dalam ayat 3 sebelumnya, dinyatakan, " Maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta."
Manakala didalam ayat 11 pula, dinyatakan, "Dan Allah pasti mengetahui yang mana orang-orang yang beriman dan yang mana orang-orang munafiq."
Kenapa berubah susunan struktur antara ayat 3 dan ayat 11? Apa perbezaannya?.
i) Didalam ayat 3, Allah menceritakan tentang orang mukmin sejati (sodaqu) dan orang yang berdusta (kaazibun). Kaazibun, mereka juga kaafir. Si kaafir jujur dalam kebohongannya, tidak menyembunyikan , syahadah mereka tidak sama dengan syahadah orang mukmin kerana mereka yaqini Allah itu banyak, malaikat itu anak Tuhan dan mereka itu kaazib (berdusta).
ii) Didalam ayat 11 pula ada kalimah aamanu (orang beriman) dan munaafiqin. Si munafiq bohong dalam kejujurannya.
Syahadah orang mukmin ialah kalimah La ilaha illallah, soodiq, benar mengEsakan Allah.
Syahadah orang munafiq juga ialah kalimah La ilaha illallah, sama seperti mukmin tetapi haqiqatnya mereka berdusta (kaazibun).
6.0] Didalam ayat 3, Allah ingin menunjukkan Sifat Al-FattahNya (Pembuka). Kalimah Al-Fattah hanya terdapat sekali dalam Al-Quran iaitu di dalam surah Saba' ayat 26 yang bermaksud Allah Yang Maha Memberi Kata Putus, Final, Yang Bersifat Mengikat, Tiada Rayuan Lagi. Allah jelaskan dengan tegas tentang orang yang benar dan orang yang dusta didalam ayat 3. Bagi yang berdebat mana yang salah dan mana yang benar, Allah gunakan sifat Al -Fattah- Nya ini .
7.0] Didalam ayat 11, Allah jelaskan tentang nama Nya Al-'Alim (Yang Maha Mengetahui). Walaupun si mukmin dan si munafiq susah untuk dibezakan pada zahirnya tetapi Allah Yang Maha Mengetahui kenal mereka. Dizaman Rasulullah saw, si munafiq telah membina masjid yang hebat. Nabi yang tidak tahu motif mereka telah berjanji untuk merasmikan masjid itu selepas perang Tabut, namun Allah Al-'Alim telah memberitahu kepada Nabi saw motif sebenar si munafiq dan akhirnya berakhir dengan perobohan masjid itu.
8.0] Rujuk surah Muhammad ayat 29 dan 30 tentang orang munafiq yang banyak noktah sauda dalam hati. Titik- titik hitam atau penyakit hati ini, Allah pasti akan dedahkan juga sehingga dapat dikenali dari nada bicara mereka, bahasa verbal atau vokal atau bahasa visual mereka.
9.0] Allah beri amaran kepada orang munafiq yang cuba membungkus amalan mereka dengan amalan ahli syurga. Mereka boleh memperdaya manusia tetapi tidak akan dapat memperdaya Allah Al-'Alim.
10.0] Dalam keadaan orang Yahudi mengaku mereka anak Tuhan dan syurga dicipta untuk mereka, manakala orang Nasrani mengaku sebagai kekasih dan anak-anak Tuhan serta orang Muslim pula mengaku mempertahankan keyaqinan mereka, Allah Al-Fattah juga yang akan menjelaskan segala kebenaran nanti.
11.0] Islam tidak memusuhi orang kafir yang sesat tetapi hanya memusuhi orang yang memusuhi Islam. Orang Islam sepatutnya melihat orang yang belum Islam sebagai objek dakwah dan bukan untuk dimusuhi.
12.0] Semasa Nabi saw mula dilantik menjadi nabi, semua orang dizaman itu sesat, tetapi dengan ruuhud dakwah, Islam dapat tersebar. Orang yang tidak tahu perlu diberitahu, orang yang bodoh perlu diajar, orang yang sesat perlu ditunjukkan jalan, selagi tidak melawan jangan dihukum.
12.1] Contoh terbaik ialah ketika Nabi saw disakiti ketika berdakwah di Thoif. Doa Nabi saw lebih-kurang berbunyi begini, "Ya Allah, tidak mengapa mereka menolak aku kini, tetapi aku berharap akan keluar dari tulang sulbi mereka hamba-hamba Allah yang soleh".
13.0] Ruuhud dakwah sekarang kian luntur, dimana apabila seseorang buat salah kita marah, orang silap kita kritik atau kita hukum. Ini sudah jauh dari cara yang betul dan sepatutnya.
13.1] Pesanan daripada guru ustaz bahawa setiap muslim adalah muballigh (penyampai), oleh itu sampaikanlah apa yang kamu terima walaupun hanya satu ayat, walau pun objek dakwah berbeza, walaupun hanya kepada anak isteri dan ahli keluarga sendiri dahulu.
13.2] Haqiqatnya apabila difikir betul-betul, tidak ada orang jahat, sebaliknya mereka belum berjumpa jalan untuk menjadi baik. Apabila kamu sudah berumpa jalan untuk menjadi baik, beritahulah kepada mereka, mungkin mereka akan menjadi lebih baik daripada kamu.
13.3] Contoh dari sejarah; Umar Al- Khattab yang sangat jahat ingin memenggal kepala Nabi saw, tetapi apabila berjumpa jalan hidayah sebaliknya menjadi sahabat baik Nabi saw, sehinggakan kubur mereka pun bersebelahan.
13.4] Jangan jadi penghalang untuk orang jahat yang ingin jadi baik. Jadikan sifat Al-Fattah sebagai panduan bagi setiap muballigh, penyampai dan pendakwah agama.
14.0] Rujuk Surah Saba' ayat 24,25 dan26 iaitu tentang pendebatan Nabi saw dengan kafir Quraish. Al-Quran mengajar Nabi saw untuk menggunakan bahasa dakwah dan bukan bahasa hukum. Bahasa dakwah yang halus, penuh toleransi, memanusiakan manusia dan mengorangkan orang. Berjaya atau tidak dakwah kita, itu urusan dia dengan Tuhan. Didalam surah Saba' ayat 24, penggunaan kalimah kami atau kamu, "Kami atau kamu pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata", diikuti juga didalam ayat 25, kalimah kami digunakan dan tidak kalimah aku, begitu juga didalam ayat 26, digunakan kalimah Tuhan kita dan tidak Tuhan ku. Digunakan juga kalimah bainana yang bermakna diantara kita. Pilihan kalimah-kalimah yang hebat dengan bahasa lembut yang dapat menarik hati.
15.0] Terdapat banyak majlis agama sekarang dimana penceramahnya menghighlight, menyoroti kesilapan orang lain atau dijadikan tempat untuk mencari kepuasan dan kepentingan diri, yang mana ini sudah jauh dari sasaran dakwah yang murni dan perlu sangat diperbaiki.
16.0] Dalam Al-Quran, bahasa dakwah itu mestilah qaulan layyinan, qaulan kariiman, qaulan maaruufan iaitu bahasa yang lembut, bahasa yang mulia dan bahasa yang baik.
17.0] Imam As-Syafie Rahimahullah, apabila berbeza pendapat dengan orang lain, hanya mampu berkata, "Pendapat ku yang aku yaqini betul mungkin salah dan pendapat yang aku yaqini salah mungkin betul". Inilah bahasa pendakwah, bahasa penyeru dan bukan bahasa qodhi. Pendakwah perlu sabar, terbuka fikirannya dan tidak mudah marah dan jangan ada berunsur memaksa, jangan meninggikan suara, jangan sampai mengangkat tangan, juga jangan sampai jatuhkan hukuman.
18.0] Contohilah Nabi kita Rasulullah saw, akhlaknya, dakwahnya, serbaserbinya, perlu dimodali dengan Al- Quran, jadi generasi Al-Quran Rabbani. Contohi juga Nabi Musa as dan Nabi Harun as dalam berurusan dengan Firaun, yang mengamalkan qaulan layyinan iaitu bercakap lembut-lembut. Moga bermanafaat dan diberkati Allah.
No comments:
Post a Comment